♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

kepada

abah tersayang,

Tuan Mangsor bin Ibrahim

~Juliet le sweetheart dan abah tersayang. Masa ni aku berusia 2 bulan. Abah still handsome! Yup! Memang hensem! Dulu, kini, dan selamanya! :) Rindu kat abah!~

dan suami tercinta,

Dr-to-be Khairunneezam bin Mohd Noor

~Niesreena dan Naufal bersama-sama ayah mereka, suamiku yang handsome itew. I love you bebeh!~

Juga ayah mertua,

Cikgu Mohd Noor bin Abdullah.

Selamat hari bapa buat semua!

Saturday, June 19, 2010

Pizza time!

Hari ni aku belanja enche Neezam, Niesreena dan Naufal makan pizza! Siap bagitau lagi aku belanja ek... hehehhe...

Nak tau satu rahsia?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sebenarnya...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hari ni aku malas masak... hehehhe... Tu yang tiba-tiba terbisik kat enche Neezam, "nak makan pizza tak? Sayang belanja," Hehehe... So, dapur hari ni memang tak berasap!

Banyak-banyak kedai pizza kat sini, aku suka pizza kat The Mall, sebab doh dia sedap dan topping dia pun best. Dan yang lagi best, kalau nak extra topping, tak kena extra charge pun. Sangat bagus kan...

Biasanya kitorang akan order 2 large pizza dan topping favorite kitorang ialah Hawaiian dan The Lot. Dan biasanya, makan sekali hadap, memang tak pernah habis! Sebab besar sangat! Esoknya yang baki tu akan dibuat breakfast. Senang kerja aku. Hehehe...

~Our favorite Hawaiian pizza~

~Another of our favorites, The Lot! Macam-macam ada kat topping tu... yummeh bebeh!~

~Naufal menunggu untuk makan dengan penuh kesabaran... hehehe...~

~Kakak Niesreena pun suka makan pizza~

~Nyum... nyum... pandai kakak Niesreena makan~

~Naufal makan salami jer~

~Dohnya nipis jer, toppingnyer olalaaaaaa... mewah...~

Erk... alhamdulillah... kenyang... ;p

Balik Malaysia nanti, aku pasti akan merindui pizza ni. Dohnya nipis dan toppingnya mewah. Puas hati sangat! Kalau kat Pizza Hut atau Shakey's, rotinya tebal sangat dan topping pun lebih kurang jer. Tapi ada orang kata, pizza kat Dominos, thin crust. Betul ker? Tak pernah cuba pulak Dominos Pizza kat Malaysia. Hmmmm... balik ni nanti bolehlah cuba kan... :)

Friday, June 18, 2010

Kitorang sibuk, diorang pun dok sibuk jugak...

Silalah tonton video di bawah ini. Sangat comel diorang dua beradik bermain!

Semalam kan dah dapat kotak. Tiba-tiba semangat berkobar-kobar untuk mengemas dan membungkus barang-barang untuk di bawa balik. So, malam tadi, aku dan hubby cayang memang agak sibuklah...

Yang tak tahannya tu, si kecik berdua ni pun dok sibuk jugak! Habis satu kotak jadi mangsa diorang. Keluar masuk, keluar masuk dalam kotak tu. Kejap kotak tu jadi rumah, kejap kang jadi kedai, kejap kang jadi tikar terbang pulak. Haiiii... macam-macam imaginasi Niesreena. Yang dak Naufal, ikut jer lah rentak kakak Niesreenanya. Bila Niesreena masuk dalam kotak, Naufal pun ikut masuk. Bila keluar, keluar. Pastu terpusing-pusing pulak dalam kotak tu. Ish... macam-macam...

So, malam tadi, aku dan enche Neezam telah berjaya memulakan operasi membungkus barang-barang. Tapi ntah berapa peratus jer lah kan yang dah berjaya dibungkus. Hehehe... Tapi sekurang-kurangnya, dah mulalah kan. Daripada tak start langsung.

Mulanya aku tak tau nak bungkus yang mana dulu. Ingat, nak start kemas barang-barang mainan dan buku-buku Niesreena dan Naufal dulu, tapi takut pulak nanti diorang nak guna ke kan? Nanti susah pulak nak bongkah kotak balik. Lagipun kang bosan pulak budak-budak ni tak der mainan nak main.

So, aku decided untuk mengemas barang-barang yang tidak berkotak dulu. Macam kuali-kuali dan pinggan mangkuk. Jenuh jugaklah nak kotakkan. Lebih-lebih lagi pinggan mangkuk. Kena balut pinggan mangkuk dengan kertas dulu, pastu balut pulak dalam kotak tu dengan bubble wrap. Kena berhati-hati semasa membungkus dan letak betul-betul dalam kotak sebab takut pecah.

~Hasil garage sale untuk dibawa balik~

~Membubblekan kotak dulu demi keselamatan~

~Tefals goes in!~

~Part of Enche Neezam's not so great collection~

~Beginilah keadaan rumah bila berkemas. Dah rupa kapal karam!~

~Berjaya mengisi 4 kotak penuh... Esok pulak sambung lagi!~

Ok! Bila tengok kotak-kotak yang dah siap berisi ni, makin tak sabar pulak rasanya nak balik ke Malaysia! Waaaaaa... tak sabarnyer!!!

back to top