بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Sushi ni... special request dari si kecik ni...
Nak sushi bentuk robot... Gigihlah mama bentukkan nak ada rupa robot...
Last last dia sayang nak makan.
😅😅😅😅😅😅😅
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Sushi ni... special request dari si kecik ni...
Nak sushi bentuk robot... Gigihlah mama bentukkan nak ada rupa robot...
Last last dia sayang nak makan.
😅😅😅😅😅😅😅
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Minggu lepas enche Neezam beli kambing perap frozen 2 kotak. Bila masak... alahai ciputnya... Budak-budak nak makan pun macam terkulat-kulat jer sebab sikit. Tu pun beli 2 kotak, RM30.
Naluri emak-emak ni kan, bila tengok anak-anak dan suami makan tak puas, kiter pun jadi tak puas hati. Jadinya aku beli kambing slice ni kat pasaraya dan perap sendiri. Harga kambing dalam RM30 jugak, perap sendiri. Alhamdulillah... dapat lebih banyak dan lebih puas hati.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Heart broken bila dengar PM announce akan laksanakan PKP semula. Tak boleh rentas negeri, malah tak boleh rentas daerah! Sedih... tapi nak buat macam mana... ni untuk kebaikan kiter semua bersama-sama.
Angka kes setiap hari pun semakin lama semakin tinggi. So, betullah tindakan PM untuk laksanakan semula PKP. Cuma kecewa sebab kiter masih belum menang dalam memutuskan rantaian Covid-19 ni. Malah makin menjadi-jadi pulak.
Haiiissshhh... sedih... sedih...
Kali ni berapa lama pulaklah tak boleh balik jumpa emak abah. Sedih...
Kitorang duduk Selangor ni memang teruklah... kes tak kurang-kurang... Start esok kena PKP, tak boleh nak rentas daerah... stress stressssssss...
So, pagi tadi bawak #mylittlekhairunns jalan-jalan cuci mata sat, then dinner kat our favorite restaurant. Lepas ni PKP tak tau lah bila boleh dok makan luar lagi kan...
Lepas ni makan air tangan mama ayah jer lah yer anak-anak. Mama tak reti nak order-order food panda ke hapa... huhuhu... bertabahlah...
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Lepas asar tadi ingat nak gi Bagan Lalang. Sajerlah nak bawak budak-budak main pantai sat. Dari rumah kitorang ke Bagan Lalang lebih kurang setengah jam jer. Jadilah kalau bebudak ni dapat main dalam sejam ke kan.
Sekali... hmmm... baru sampai kat simpang Bandar Enstek, dah jem kemain. Ntah apasal ntah... Terus kitorang menyimpang ke KLIA. Huhuhu...
Sian Neeyaz, dah excited nak mandi pantai. Sudahnya... kitorang tengok kapal terbang jer lah. Dapatlah tengok jugak beberapa buah kapal terbang mendarat dan berlepas. Terubat jugak hati...
Si kecik ni, orang sibuk tangkap gambar, dia pun sibuk nak tangkap gambar jugak. Habis penuh storage handphone aku. Dia dok main snap jer. Huhu..
Sebelum balik, sempatlah lepak makan aiskrim sat.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Berbulan tak naik basikal kat Kota Seriemas ni sebab PKP. Petang ni ambik kesempatan jap. Tu pun sebab enche Neezam dah paksa-paksa aku gi eksersais. Huhuhu... kalau ikut hati aku nak dok tarik selimut jer atas katil.
Ikutlah cakap laki....
Ramai jugak orang yang dok naik basikal dan beriadah bersama keluarga kat sini.
Seronoknya macam ni... tak terkurung sebab PKP. Harap-harap kerajaan dah bagi kelonggaran ni, kes tak lah mencanak naik nanti. Aku tengok ramai dah yang dok gi bercuti-cuti Malaysia. Aku tunggu masa jer nak book hotel. Huhuhu... sebab at the same time, takut jugak nak gi tempat public. So, tak per lah... tangguhlah dulu hasrat nak gi cuti-cuti ni. Cuaca pun tak menentu sekarang ni. Hmmmm....
Kiter pusing-pusing naik basikal jer lah yer...
Makan Sushi MY
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hi korang... Salam Jumaat dan Selamat Tahun Baru 2021.
Alhamdulillah hari ni 1st batch Assorted Inari dari Makan Sushi MY keluar. Terima kasih atas support kawan-kawan semua!
Sebenarnya dah lama dan ramai customer mintak inari masa masih dalam r&d. Tapi tak berani nak keluarkan lagi masa tu. Nak kena try & error dulu, cuba-cuba menu baru sedap ke idok, buat research dulu yang mana agak-agak customer suka, kira kos dan compare harga dengan sushi Aeon dan kedai-kedai sushi lain.
Then keluarlah rangkaian Inari dari MAKAN SUSHI MY ni. Aku harap keluaran terbaru dari MAKAN SUSHI MY ni kena dengan selera dan berbaloi dengan harga.
Yang berani kitorang janjikan ialah bahan-bahan yang berkualiti dan kepuasan pelanggan. Insya Allah...
Kepada yang telah mencuba dan bakal mencuba, komen korang amat dialu-alukan untuk penambahbaikan. Mohon maaf jika ada yang terkurang. Aku budak baru belajar... insya Allah, hanya yang terbaik untuk semua 😊
Selamat tahun baru 2021. Semoga tahun ini lebih baik dan menjadi yang terbaik. Ameen...
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sushi-sushi dari Makan Sushi MY, korang bolehlah jenguk Instagram dan Facebook Makan Sushi MY. Jangan lupa 'Like', 'Follow' & 'Share' dan yang penting sekali, jangan lupa order!
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com