♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, October 27, 2019

Khairunns @ Water World iCity

السلام عليكم

Dua minggu ni enche Neezam outstation. Tapi tak jauh pun... kat iCity Shah Alam jer. Tapi ye lah... dah namanya outstation, memang enche Neezam kena lepak kat situ jer lah.

Dan dalam masa 2 minggu ni jugaklah aku kena jadi SM! Supermama!

Kena bangun lebih awal daripada biasa. Siapkan anak-anak dan keperluan masing-masing. Hantar diorang gi sekolah dan pergi-balik taska. Yang biasanya enche Neezam yang buat. Huhuhu...

Tu lah... dah biasa ada orang yang settlekan semua, bila 'orang tu' tak der, rasa penat dan stress sangat! Huh! Mengada!

So, semalam, kitorang gerak ke tempat enche Neezam outstation. Kat Best Western iCity hotel. Ni first time aku drive 'jauh' (jauhlah sangat) dengan baby Neeyaz tanpa enche Neezam. Yang aku risaukan sebab Neeyaz ni biasanya duduk pangku atas aku. Ni kang nak drive, kalau dia mintak pangku? Hmmmm... masak!

Tapi alhamdulillah... nasib baik Niesreena dan Naufal pandai jaga adik. Lekalah Neeyaz sepanjang jalan.

Alhamdulillah... kitorang selamat tiba kat hotel lebih kurang pukul 10 pagi semalam. Best jugak view dari hotel ni, boleh nampak iCity theme park. Dan sepanjang duduk kat sini, tetamu dapat tiket Water World iCity percuma untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

So, semalam lepas asar dan sepanjang hari ni, kitorang berkubang kat Water World iCity jer lah!

Nasib baik cuaca cantik jer. Alhamdulillah...

Niesreena, Naufal dan Neeyazlah yang paling seronok sepanjang 2 hari ni. Berkubang betul! Naik terbakar tiga-tiga! Termasuklah aku! Haiiissshhhh...

Overall, Water World iCity ni best lah. Banyak slides - samada untuk dewasa dan kanak-kanak. Pool besar dan pelampung free, tak perlu nak sewa bagai.

Cuma tempat duduk yang teduh memang kurang dan paling aku tak suka sebab tak boleh bawak masuk makanan even makanan ringan dan air mineral. Makanan yang dijual kat dalam pulak kemain mahal dan tak banyak point. So, ramai giler yang beratur nak beli makanan.

Penat giler weh 2 hari kat Water World iCity ni. Penat main air. Penat melayan bebudak ni, kejap ke sana, kejap ke sini. Enche Neezam masih bekerja. Kejap-kejap dia call, check aku dan bebudak. Rasa nak jer jerit suruh datang - nak 'pass batton'. Huhuhu...

Balik bilik hotel tadi, bebudak ni semua pengsan.

Malam ni insya Allah nak gi iCity tengok lampu pulak.

Kalau larat...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top