بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Macam biasa hari Jumaat aku akan singgah supermarket jap... cari-cari menu bahan apa yang boleh dimasak di hujung minggu. Biasanya hujung-hujung minggu ni lah rajin sikit nak masak benda yang susah-susah sikit dan special-special sikit.
So, semalam, jumpa gearbox lembu! Ya... Allah.. kemain teruja rasa. Beli jer. Tapi tak tau nak masak apa. Huhuhu...
Google resepi, tengok orang buat sup tulang merah Singapore. Tapi untuk sup tulang merah diorang guna gearbox kambing. Aku fikir, belasah jer lah pakai gearbox lembu pun... apa salahnyer.
Dan hasilnya...
Kemain pekat sup gear box tulang merah Singapore aku ni. Rasa macam beriani pun ada. Tak kesahlah... janji rasanya sedap!
Tadi sempatlah meroti. Kali ni buat roti kentang. Makan dengan gearbox panas-panas. Ya Allah... nikmatnya!
Kesian laki aku ni... penat berlari 🏃♂️... penat berbasikal 🚴♀️ siang malam... sekali aku masak gearbox, kemain banyak sumsum dia sedut. Berapa banyak kalorilah dia kumpul malam ni. Rasa bersalah pulak 😅😅😅
Tu... dia punya sumsummmmm...
No comments :
Post a Comment