♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, October 29, 2019

First time...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Semalam hari terakhir kat iCity. Niesreena dan Naufal dah tak larat dah nak gi waterpark. Aku pun sama. Penat dah! Aku tengok bebudak pun dah macam udang kena bakar dah. Hitam dah memasing.

So, aku decided bawak #mykhairunns gi cuci mata kat Central Walk berdekatan dengan iCity tu - tengok wayang!

Ni first time nak bawak Neeyaz tengok wayang. Kepala ni asik fikir, boleh ke tak boleh ke tak nak bawak si Neeyaz ni masuk panggung wayang. Karang kalau dia melalak ke, nak susu ke, ajak keluar ke... hmmmm... masak!

Tapi... gamble jer lah...

Sampai kat TGV, Maleficient untuk panggung biasa semua penuh. Then budak kaunter tiket tu cadangkan ke Onyx. Onyx ni tiket agak mahal, satu kepala RM20 tapi memang selesa. Kerusi kemain empuk dan boleh adjust ikut keselesaan kita.

Kelakar tengok Neeyaz. Duduk jer dalam panggung, dia terus kata "Wah! Besarnya tv!"

Huhuhuhu...

Alhamdulillah... wayang baru start beberapa minit, Neeyaz minum susu dan terus tertidur. Fuuuhhh! Selamat! Dapatlah tengok Maleficient dengan tenang sehingga ke penghujungnya.

Selesai tengok wayang, kitorang jalan-jalan kat Central iCity ni. Bestlah... banyak kedai. Tapi lift kemain lembab. Lift sikit tapi yang naiknya ramai. Aku yang bawak stroller budak ni terpaksalah tunggu jugak. Haiiisshhh... tang tu memang tension. Rasa nak marah jer orang-orang yang boleh naik escalator tapi sibuk jugak nak naik lift. Ish ish ish...

Settle lunch semua, baru balik ke hotel semula.

Malam lepas isyak baru kitorang berangkat balik semula ke Nilai. Enche Neezam masih lagi tinggal kat sana. Kerja tak settle lagi.

Sian dia...

Cepatlah balik sayang. Penat jaga bebudak sendiri. Neeyaz pulak hari ni tetiba tak sihat. Mungkin sebab penat sangat dua hari berturut-turut main air.

Hmmm... semoga semuanya dipermudahkan.

And me... please be strong!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top