♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 6, 2018

Hujung minggu di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

USIM memang suka sangat dengan Avillion Admiral Cove ni. Selalu sangat buat kursus kat sini. And yes... kitorang pun suka. Kitorang macam biasalah... ayah kerja... kitorang dok lepak-lepak jer lah kat hotel.

Ni dah beberapa kali kitorang ke Avillion Admiral Cove ni... Last sekali kat sini sebelum bersalinkan baby Neeyaz bulan April tahun lepas... Tapi dah beberapa kali dok kat sini, ni first time kitorang dapat bilik lain sikit; executive studio. Cantik dan besar bilik dia.

Talifon ni memang kena cabut dan simpan, kalau tak baby Neeyaz asik kerja nak buat main jer. Adoiiii... tu talipon nak bukan batu lesong... tau lah kat rumah tak der... huhuhu...

Toilet pun si kecik ni nak terjah!

Hotel ni antara hotel kegemaran kitorang kalau ke PD sebab breakfast dia best! Huhuhu... memang variety sampai tak termakan! Dan facilities dia kat sini pun ada banyak; ada aktiviti untuk anak-anak, ada gym dan pool yang besar dan selesa. Cuma kalau nak ke pantai, kena jalan sikit sebab kat hotel ni port parking kapal persendirian.

Tapi pantai kat sebelah hotel ni memang bersih; air jernih dan pasir putih bersih. Orang pun tak ramai.

So, malam tadi lepas enche Neezam habis ceramah, barulah kitorang keluar dinner. Pekena steamboat sat. Biasanya kitorang suka makan steamboat kat tepi pantai depan Hotel Sri Malaysia. Ada banyak pilihan kat situ dan ramai orang. Dah lewat malam pun masih happening lagi. Angin pantai pun bertiup sepoi-sepoi bahasa jer.

Trip kitorang ke sini kali ni kakak Niesreena tak der sebab dia mengikuti trip sekolah dia teambuilding kat Kuala Pilah. Hopefully Niesreena enjoy kat sana sementara kitorang enjoy kat sini. Huhuhu...

Pagi tadi, macam biasa sebelum check out, terjah pool dulu.

Dan bagi ikan makan.

Dulu ada banyak ikan dan burung kat sini. Kalau baling roti, tak sempat roti nak jejak permukaan air burung dah tangkap dulu. Putih mata jer ikan, penat kejar tapi tak dapat. Pastu kalau sampai ke air, berebut-rebut ikan makan. Tapi sekarang ni memang dah kurang. Banyak dah berhijrah ke hapa? Kalau baling roti, tunggu beberapa minit baru ada sekor dua yang keluar.

Huhuhu...

No comments :

back to top