♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, October 18, 2018

Akhirnya... mendaki Bukit Melati, Nilai

Enche Neezam dah beberapa kali ajak aku naik bukit Melati kat Nilai ni. Tapi aku rasa macam ragu-ragu jer. Boleh ke aku sampai atas? Aku ni dah berbulan tak exercise sejak tahu mengandung tahun lepas. Exercise mulut jer lebih. Makan! Makan! Makan! Huhuhu...

Tup tup tadi on the way balik kerja, enche Neezam call aku tanya dah sampai mana... ajak aku naik Bukit Melati memandangkan cuaca cantik petang ni. Seriously?

Memandangkan aku pun pakai t-shirt je gi kerja hari ni dan ada kasut sukan dalam kereta, so aku fikir... yes, let's do this!

Kebetulan sampai serentak dengan enche Neezam kat sana. Enche Neezam dah lengkap berbaju sukan. Aku terhegeh-hegeh nak tukar wedges 2 inci dengan kasut sukan. Nervous gak rasa. Tapi aku fikir, alaaaaa kalau Naufal dan Reena boleh buat, aku mesti boleh. Eh... Boleh ke? Huhuhu...

Selain kitorang duorang, ada juga kawan sekerja enche Neezam; Intan dan Wan. Diorang dah beberapa kali naik. Aku plak naik segan, kalau aku terbantut tengah jalan, buat malu jer. Huhuhu...

Giler betul! Dengan tak sempat nak warming up, hapa ke... mula dengan Bismillah jer... terus naik! Adoiiii... Terkojut urat saraf den! Huhuhu...

Setelah beberapa minit mendaki, akhirnya kitorang berjaya sampai kat atas Centipede Hill. Alhamdulillah... memang mengah weh!

Tapi bila tengok pemandangan kat bawah... subhannallah... rasa berbaloi! Cantik Nilai ni sebenarnya. Masih banyak bukit-bukit yang menghijau. Alhamdulillah...

Sebenarnya berkata-kata jugak dalam hati... Taklah susah sangat. Huhuhu... Tapi... rupanya tu baru permulaan...

lepas tu... enche Neezam bawak turun dan naik lagi bukit lain! Ingatkan dah settle, boleh balik dah.

Oooooo... yang kedua punya lagi mencabar! Nak nangis rasa!

Turun naik bukit yang curam... pastu licin... becak... memang mencabar!

Tapi alhamdulillah... dapat jugak naik bukit yang kedua... Monkey Hill!

Perjalanan turun tak berapa penat... tapi mencabar bila sampai tempat curam. Lebih-lebih lagi bila kaki dah mula mengigil sebab penat.

Penat giler... Rasa nak suruh enche Neezam dokong jer. Hahhahahaha...

Alhamdulillah... sampai semula kat bawah sebelum pukul 7 petang. Kasut aku yang dah berkhidmat selama 5 tahun ni pun kopak dah. Huhuuuu... sadisnya... Sayang weh kasut ni. Kenangan dari Melbourne nih.

Enche Neezam kata "dah... tak payah basuh lumpur-lumpur kat kasut tu. Boleh buang jer terus".

Hmmmm...

Iyolah... Memang dah sampai masa untuk kasut baru ni kan enche Neezam? Semoga bila dapat kasut baru yang bakal dihadiahkan oleh enche Neezam tak lama lagi (ehhhh.... ye ke? Huuhuhuhu...) aku akan lebih bersemangat lagi untuk exercise atau ikut aktiviti-aktiviti macam ni.

Insya Allah...

Haaaa... betis-betis sumer dah cramp jer ni... cam ner nak gi kerja esok ni???

No comments :

back to top