Bulan ni baby Neeyaz dah masuk setahun 5 bulan. Makin banyak keletah dia, dan makin banyak mulut dia.
Setakat ni vocab yang biasa baby Neeyaz sebut - 'No', 'Nak', 'Nanak' maksudnya tak nak... Kekadang tu keluar jugak dia cakap "Nanak no..." maksudnya tak nak sangatlah tu... Mungkin jugak sebab tu lah perkataan yang selalu aku cakap kat dia. Hhuhuhuhu...
Baby Neeyaz ni memang ceria... suka gelak-gelak... dan manja sangat dengan aku - asyik nak berkepit dan berdokong jer. Dia suka nau baring-baring, golek-golek dengan aku... suka nau tengok aku melengkau macam ulau! Huhuhu...
Pastu kuat tidur dan susah bangun tidur! Kalau biarkan bilik bergelap, mau sampai pukul 11 pagi baru bangun. Tapi kalau hujung minggulah... Kalau weekdays, pukul 6.30 pagi dah kena bangun mandi. Tapi nak kejut dia kemain payah!
Sian dia... ngantuk lagi dah nak kena bangun...
Dan baby Neeyaz suka menyanyi! Pandai menyanyi! Biji butir lirik jer tak dengar tapi rentak tu ada dah.
Dan memang pantang kalau tengok aku lipat baju. Pandai menyakat mama dia. Sajer jer usik-usik baju yang kita dah lipat tu, pastu tengok muka mama dia, nak dengar mama dia jerit. Pastu dia gelak!
Adooooiii comel sangat Neeyaz ni!
Kadang tu dia pegang, dia yang cakap "No". Tangan kat baju berlipat, muka pandang mama. Eeeee... sajer jer kan...
My cheeky little boy. Semoga sentiasa membesar dengan ceria.
Love you sooooooooooooo much!
1 comment :
Dalam perkenalan... nama anak kita sama tapi spelling lain.. Niyaz
Post a Comment