♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 20, 2018

Santapan Sunyi Sepi

Artikel enche Neezam hari ni di Harian Metro sisipan minda, menyentuh mengenai candu gajet dan anak-anak. Alhamdulillah...

'Santapan sunyi sepi' sangat kan...

Sebenarnya enche Neezam letak tajuk lain, tapi ditukar pulak oleh editor HM. Mungkinkah sebab tajuk tu sebelum ni ada perkataan 'candu'? Huhuhuu...

Sebenarnya artikel enche Neezam kali ni bukan ajer terjadi pada kebanyakkan keluarga sekarang ni, tetapi jugak keluarga aku. Dulu masa tak der baby, aku pun ada pandangan negatif pada ibu bapa yang berikan gadget pada anak-anak waktu makan. Tapi bila dah ada baby, aku pun bagi jugak. #guilty!

Waktu makan, biasanya kalau makan di restoran, kitorang akan pasangkan baby Neeyaz video dari handphone. Baby akan duduk diam dan kusyuk tengok video. Makan pun senang. Suap apa pun, nganga jer. Tak banyak kerenah. Kitorang akan bagi handphone bila makanan dah dihidangkan atas meja hingga habis makan. Dapatlah makan dan beri makan dengan aman.

Kalau makan kat rumah, kitorang tak bagilah baby Neeyaz hp waktu makan. Kitorang bagi dia makanan... lantaklah nak berselerak ke hapa. Lepas makan, kemas... Memang tak jadi santapan sunyi sepi.. tapi santapan riuh rendah!

Niesreena dan Naufal, no handphone. Sementara nak tunggu makanan sampai, kitorang akan borak-borak pasal sekolah ke, kerja ke, apa-apa jer lah...

Biasanya Niesreena dan Naufal kitorang memang tak kasi main hp terutamanya weekdays. Tapi memandangkan Niesreena dah tamat UPSR, so ada kelonggaran sikitlah untuk dia. Tapi kena pantau jugak. Jangan nak install apps yang bukan-bukan, game yang bukan-bukan - no wechat, no tiktok! Diharamkan! Hari tu dah habis UPSR baru bagi install FB dan Instagram.

Naufal, memang no handphone. Hujung minggu jer lah bagi sekejap. Tu pun ikut mood mama dan bergantung kepada perangai dia. Huhuhu...

Buat masa ni diorang pun faham kenapa aku dan enche Neezam hadkan penggunaan gadget. Niesreena pun dah pandai nak jimat-jimat dataplan. Tak de lah setiap masa diorang nak mengadap handphone dan tak der lah nak mengamuk kalau tak dapat.

Alhamdulillah...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top