Oh Naufal...
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Hari ketiga Naufal kat sini.
Alhamdulillah... sejak dari subuh tadi suhu badan Naufal normal. Tak panas dah.
Cumanya, kata doktor, macam ada bunyi kat paru-paru. So, takut ada jangkitan kuman.
Petang tadi Naufal diberi neb.
Lepas pemeriksaan oleh doktor, doktor kata Naufal dah ok!
~Baju Naufal 'I'm on vacation'. Hehe... Ha ah... Vacay kat hospital! ~
Alhamdulillah...
Naufal boleh discharge hari ni!
Naufal dah boleh balik!
Lega rasanya...
3 hari 2 malam kat hospital... Penat rasanya... Macam nak bengkok tulang belikat!
Tak dapat bayang orang yang sampai seminggu lebih 'check-in'. Mesti penat giler!
Apa pun...
Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah atas dugaan yang engkau berikan ini. Terima kasih kerana makbulkan doa kami agar Naufal diberikan kesembuhan...
Terima kasih atas doa semua jugak.
Harap-harap Naufal akan semakin sihat, kuat dan lasak macam biasa!
Amin...
Mama sayang sangat kat Naufal!
Semalam, aku dan enche Neezam bergegas balik ke Segamat bila diberitahu Naufal warded...
Hati aku terus tak keruan.
Rasa bersalah sebab berjauhan dengan Naufal pada waktu dia sakit macam ni.
Terasa jauh sangat perjalanan dari Nilai ke Segamat! Rasa macam tak sampai-sampai!
Pukul 5.30 petang, aku dan enche Neezam tiba di GH Segamat.
Sedih dan pilu bila tengok badan Naufal terbaring letih dan lesu.
Panas!
Bibir dan pipi merah sangat!
Terasa hembusan panas nafas dari mulut Naufal.
:(
"Kenapa mama datang lambat?"
Soalan pertama Naufal bila dia celikkan mata dan melihat aku.
"Ayah mana?"
:(
Sorry Naufal. Mama dan ayah mintak maaf sangat...
Badan Naufal masih panas dan asyik muntah. :(
Tangan Naufal mesti sakit dicucuk jarum untuk masuk air.
Ya Allah...
Sembuhkanlah Naufal...
Panas badan Naufal tak menentu... Kejap naik... Kejap turun...
Doktor dah buat pemeriksaan darah dan x-ray.
Alhamdulillah...
Kedua-dua keputusannya okay. Tak der apa yang perlu dirisaukan.
Pagi ni suhu badan Naufal dah menurun lepas masuk 2 botol air.
Dah boleh nak duduk dan main-main. Thanks mak tok bawakkan Naufal mainan. Tak lah Naufal bosan sangat.
Naufal kata Naufal nak cari MH370. :)
Seronok sikit bila tengok Naufal dah ada tenaga macam ni...
Tapi petang tadi suhu badan Naufal naik balik.
Naufal terbaring lesu semula.
Risau.
Sedih.
Cepat-cepat baik yer Naufal sayang...
Assalamualaikum...
Semalam minum petang dengan kuih ni.
Sedaaaapppppp... Korang pernah buat? Pernah makan?
Okay... hari ni nak kongsi dengan korang resepi kuih dari Indonesia ni. Cara buatnya sangat senang! Nama kuih ni ialah
Pisang Molen
Sesuai sangat kalau nak buat minum petang dan sarapan pagi.
Bahan-bahan
Pisang Raja atau apa-apa pisang kegemaran korang
250g tepung gandum
50g gula halus
60g mentega/margerin
50 ml air suam
1 biji telur
Garam secukup rasa
Cara-cara
Pisang kalau besar, eloklah dibelah 2 atau 3... Biar nipis sikit...
Gaulkan tepung bersama gula dan garam sehingga rata.
Masukkan telur dan mentega. Tuang air sedikit demi sedikit.
Uli hingga rata.
Tutup adunan dengan plastik atau kain bersih dan biarkan sekurang-kurangnya 20 minit.
Selepas 20 minit, ambil adunan secukupnya dan leperkan/giling sehingga tebalnya 2mm.
Lebar dalam 3-4 cm dan lebar lebih kurang 30 cm ** mengikut saiz pisang pilihan korang.
Kalau nak senang, nipiskan tepung dengan gunakan mesin guling pakai tangan tu, tau kan?
Gulungkan kepingan tepung tu pada pisang.
Goreng pisang dengan kaedah deep fry. Minyak jangan panas sangat okay.
Bila dah kekuningan, bolehlah angkat dan tuskan minyak.
Sedia untuk dihidangkan!
Korang cubalah buat cantik dan comel lagi dari gambar kat atas ni yer...
Hehehehe...
Selamat mencuba!
Aku dan enche Neezam berkesempatan menonton PC secara langsung oleh PM, DS Najib Tun Razak, secara langsung di Awani pukul 10 tadi.
PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370
This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.
Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.
This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.
We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.
Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.
ENDS
This is a very heartbreaking news. My deepest condolences to all family and friends of all the passengers and crew of MH370. May Allah always be with them.
Al-Fatihah...
Misi! Lah sangat kan?!
Haha..
Biasalah... bila musim cuti sekolah jer... mesti hantar bebudak balik kampung!
Aci tak?
Huhu...
Actually, Niesreena dan Naufal yang request - either balik rumah family aku kat KL or balik rumah family enche Neezam kat Johor. Tapi akhirnya, kitorang putuskan untuk hantar diorang balik kampung daripada balik bandar.
Lagipun kat Segamat tak jerebu... Bolehlah diorang hirup udara segar kat sana...
Lexie... jaga Niesreena dan Naufal bebaik eh...
Duduklah kat rumah mak tok ayah tok baik-baik yer anak-anak...
Jangan noty-noty!
Bolehlah mama dan ayah relax sikit kat rumah.
Honeymoon!
Ngeeeee...
(^_-)Y
Assalamualaikum & salam hari Jumaat semua!
Hari ni hari terakhir persekolahan sebelum cuti penggal pertama bermula esok selama seminggu. Ke mana plan bercuti kitorang cuti sekolah ni?
.
.
.
.
.
Rahsia!
.
.
.
.
.
(^_~)Y
.
.
.
.
.
Rahsialah sangat!
Sebenarnya cuti kali ni kitorang tak plan kemana pun! Sedih... :(
Minggu depan aku busy sangat dengan komitmen kerja. Memang tak boleh cuti! Enche Neezam jangan cakaplah kan... memang busy jer manjang! Hinggakan hujung minggu pun ada benda yang nak kena settlekan. Haiisssshhhhh...
Mujurlah mak dan ayah mertua offer nak jaga Niesreena dan Naufal. So, diorang bercuti kat kampung jer lah... macam biasa... Tq yer mak ayah... I lap you ketat ketat lah! Huhu... Lagipun memang dah lama giler kot kitorang tak balik Segamat!
Sebenarnya ada beberapa tempat aku plan nak bawak bebudak ni. Tapi tak sempat nak survey kat agoda.com lagi. Macam biasalah agoda.com is always my favorite hotel reservation's hub! Kenapa? Sila baca kat sini...
Plannyer nak bawak Niesreena dan Naufal bercuti ke sini... rest and relax...
~Grand Lexis, Port Dickson~
~Avani, Sepang Gold Coast~
Hmmm... tapi dua-dua dekat sangat dengan rumah. Berbaloi ker? Korang rasa?
Nak gi jauh-jauh... aku dan enche Neezam tak boleh nak cuti plak... kalau gi jauh 1 malam jer macam tak best plak...
Hmmm... acaner? Postpone jer lah gi jejalan yer... Tapi kesian kat Niesreena dan Naufal...
Acaner enche Neezam?
Acaner?!!!
Meriah betul hari ni bila bebudak SPM 2013 mendapat keputusan masing-masing. Kat wall fb, masing-masing saling merakamkan ucapan tahniah pada anak, anak sedara, anak kengkawan, adik, sepupu sepapat semualah...
Dan memang dasyat bila tengok keputusan bebudak ni! A+ bagi berbelas-belas matapelajaran! Masa zaman aku dulu paling-paling pun 10 matapelajaran jer. Tu dah kira hebat hokay!
Dulu masa zaman baya-baya kitorang, the 80s, ambil SPM, keputusan masih lagi ada pangkat dan agreget. Alhamdulillah... aku dulu dapat pangkat 1 dengan 9 agreget! Pandai lah konon... Huhuhu...
Then lepas tu, dapatlah masuk universiti - Universiti Teknologi Malaysia. Dok diam-diam kat JB belajar software engineering. Kat sanalah berjumpa dengan enche Neezam. Ehem... Ehem...
Keputusan SPM Enche Neezam pun hebat jugak, walaupun tak sehebat aku... Huhuhu... Agreget enche Neezam tinggi lagi! Riak! Hahahha... Tapi sebab enche Neezam dulu pure science. Ehem... aku dokkkkk...
Hebatlah keputusan enche Neezam. Sampai masuk sotkabor!
Haaaa... cer teka yang mana enche Neezam yang muda belia itew??? Jumpa tak??? Kalau tak jumpa tak per... sebab enche Neezam dulu tak selebar secomel enche Neezam sekarang... Huhuhu...
Maklumlah... deme budak sekolah pandai... apa ke nama sekolah tu ek??? Yang kat Ipoh tu???
Aaaaa... Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR, Ipoh.
Ye.... Starian ler enche Neezam ni. Dapatlah masuk sotkabor... Huhuhu...
Apa pun... memang hebat budak-budak sekarang... Genius genius belaka!
Tahniah pada anak-anak kengkawan yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun lepas! Congrats!
Macam mana pulak cabaran pada masa Niesreena dan Naufal nanti kan? Mungkinkah sehingga 20-30 matapelajaran pulak???
Alhamdulillah... sejak petang semalam hujan mula turun. Walaupun tak lebat dan sekejap ajer... tapi sekurang-kurangnya ada jugaklah. Lagipun air pun tengah tak der kat rumah. So, dapatlah supply air untuk rumput kat laman.
Pagi ni, aku terjaga sebab dengar bunyi bising kat luar. Hmmmm... macam hujan... Hujan yang sangat lebat! Ya Allah... alhamdulillah... Lebat hujan kat luar. Terima kasih Ya Allah... sesungguhnya Kau maha mendengar dan maha mengasihani. Syukur... Berkat doa semua dan mungkin juga usaha Jabatan Meteorologi yang membuat pembenihan awan.
Thank you, Allah.
Hujan lebat sekejap jer. Tapi gerimis sampai ke petang.
Seronok tengok hujan. Sangat hargai dan terharu sangat bila tengok hujan turun membasahi bumi. Rasa nak join jer mandi air hujan. Hehehe... Tapi hujan pada waktu macam ni tak elok untuk kesihatan sebab hujan-hujan ni flush segala pencemaran dan jerebu yang ada sekarang ni.
Harap-harapnya, dengan turunnya hujan rahmat dari Allah swt ni, akan hilanglah atau sekurang-kurangnya kurangkanlah jerebu. Dapat sejukkan balik bumi dan dapat jugak membantu pihak bomba yang tengah teruk bertungkus-lumus memadamkan kebakaran-kebakaran hutan yang sangat teruk berleluasa sekarang ni.
Hmmm... malam semalam cuaca sejuk sikit. So, kitorang ambil kesempatan bawa Niesreena dan Naufal keluar berembun. Huhuhu... Lepas habis tengok JDT lawan Terengganu malam tadi - JDT kecundang lagi, kitorang keluar ke Uptown Dataran Nilai. Pekena sup dan steamboat kat sana. Sup urat keting terbaek!
My cayang-cayang...
~ *juliet le sweetheart's cute husband (^-^)y ~
~ My beloved baby girl~
~ My buchuk baby boy ~
Gambar mama diorang tak der... I tak pandai selfie! Huhuhu...
Makan-makan dan lepak-lepak kat dataran sampai pukul 1 pagi. Niesreena dan Naufal main bola sepak kat padang. Pastu kitorang cuci mata tengok gerai-gerai yang ada. Tak banyak pun gerai kat sini tapi bolehlah kalau takat nak cuci mata kan...
Sampai rumah 1 lebih, then bantai tengok Running Man sampai 2 lebih pulak. :)
Seronok spent time dengan family... Hilang tension memikirkan masalah-masalah negara. Cheh... ayat tak boleh blah! Hehehehe... Saya rakyat Malaysia yang prihatin...
#blessed
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com