♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, April 30, 2015

Resepi | Puding Jagung Kastad dan Cocktail

Semalam enche Neezam bertungkus lumus kat dapur menyiapkan puding jagung castard. Awal-awal lagi enche Neezam dah dapatkan resepi, siap print!

Read: Bila sekali sekala enche Neezam masuk dapur

So, kat sini nak kongsi resepi puding terbaik ni dengan korang. Next time bolehlah kiter buat sama-sama yer!

Puding Jagung Kastad dan Cocktail

Bahan-bahan untuk puding jagung

1 cawan tepung kastad
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
2 1/2 cawan air

Cara-caranya

Campurkan semua bahan di dalam periuk dan kacau rata.
Masak di atas api kecil. Sentiasa kacau sehingga puding likat dan berkilat.

Masukkan ke dalam acuan.

Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam peti ais.

Bahan-bahan untuk kuah kastad

1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
2 gelas air
7 sudu besar gula

Cara-caranya

Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati.

Masak di atas api sederhana besar dan sentiasa kacau sehingga adunan mendidih.

Padamkan api dan sejukkan.

Hidangkan puding jagung bersama kuah kastad.

Boleh jugak dihiaskan dengan buah-buahan cocktail.

Selamat mencuba!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top