♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, April 29, 2015

Bila sekali sekali enche Neezam masuk dapur...

"Ok! Malam ni abang nak buat puding kastad!"

Aik... Tetiba jer orang tua ni...

Enche Neezam memang kekadang tiba mood rajin masak dia. Tapi ni first time dia nak buat desert. Kemain semangat dia pergi beli barang bagai. Siap dah print resepi dari office!

Huhuhu...

(^^")y

Aku jadi pemerhati jer. Kadang-kadang dok mengacau dia. Sajer nak buat dia hilang fokus. Sajer nak sabotaj. Hehehehe... Jahat ek...

Dan akhirnya, berkat usaha dan support yang tidak berbelah bahagi dari isteri tercinta, akhirnya menjadi jugak puding jagung cocktail air tangan enche Neezam ni. Cewah!

Tadaaaaaa!!!!

Sedap!

Memang sedap!

Pandai laki aku cari resepi. Next time bolehlah aku try buat plak!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top