♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, May 13, 2014

Idea hadiah hari guru

Neeeee nooooo neeeeee noooooo!

Hari guru semakin dekat!

Anak-anak korang dah bising tak

"Nak bagi hadiah apa kat cikgu?"

Kena bagi hadiah ke?

Ish... mestilah! Wajib!

y(^-^)y

Banyak jasa-jasa guru kepada kita. Dari kecil hinggalah ke universiti. Bagi aku, disamping didikan emak abah kat rumah, didikan guru-guru kat sekolah tersangat penting dalam membentuk aku hari ini.

Cewah!

Serius... ikhlas dari hati.

(^-^)

Niesreena dari beberapa minggu lepas, dah meleseh-leseh kat aku, "Mama, nak bagi hadiahlah kat cikgu Hari Guru nanti. Mama belikan boleh?"

Ha! Mamaaaa jugak kan?

Nak beli apa?

Mamaaaaa jugak kena fikir!

(@-@)

So, biasalah aku... Benda-benda macam ni, suka tanya kat Prof. Google.

Pasti ada jawapannya.

Dan ada banyakkkkk sangat idea menarik dan yang penting

menjimatkan wang!

Antaranya:-

Homemade Card

Hmmm... cikgu pasti suka kalau dapat kad yang kreatif hasil tangan anak muridnya.

Mungkin dengan cara yang lebih kreatif dan berbeza.

Homemade bookmark

Atau sesuatu yang cikgu boleh digunakan setiap hari!

Contohnya alatulis? Cuma perlu kreatif dalam membentuk sebagai hadiahlah kan...

Aku suka idea note pad bawah ni.

Kreatif kan?

Atau macam bawah ni pun simple but still nice.

Atau sesatu yang boleh dimakan?

Ha! Masa cikgu makan, mesti teringat kat anak murid yang berikan hadiah ni.

Pokok-pokok mini yang cute

Atau korang kalau ada budget lebih, mungkin boleh cari cenderahati

tempah khas seperti kat bawah ni.

So, macam mana korang? Dah ada idea untuk hadiah hari guru?

Kebanyakkan sekolah akan buat sambutan pada 16hb Mei ni.

Niesreena pun dah siap dengan hadiah dia.

Apa dalam tu? Bukan satupun dari idea kat atas. Huhuhu...

Insya Allah... reveal nanti yer...

Naufal pun insya Allah akan bawa sesuatu untuk guru-guru taska dia nanti. Tak sama dengan Niesreena. Naufal akan bawak sesuatu untuk dikongsi semua!

Apa tu?

(^-^)

Nanti reveal yer!

Niesreena & Naufal, apa kite nak bagi kat ayah sempena hari guru ni yer??? Hmmmm... mintak ayah belanja makan ok kot! Kan?

y(^-^)y

3 comments :

Ariesha Noorezan said...

Comel-comel belaka. Tengok macam mudah, hopefully lembut ler tangan ni nak bentukkan banyak benda hehehe =)

Jida said...

memang best kalau kreatif. Macam2 boleh buat sempena hari guru

Juliet Le Sweetheart said...

Kan... kalau DIY pun jimat sikit...

back to top