♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 27, 2014

Pisang Molen

Assalamualaikum...

Semalam minum petang dengan kuih ni.

Sedaaaapppppp... Korang pernah buat? Pernah makan?

Okay... hari ni nak kongsi dengan korang resepi kuih dari Indonesia ni. Cara buatnya sangat senang! Nama kuih ni ialah

Pisang Molen

Sesuai sangat kalau nak buat minum petang dan sarapan pagi.

Bahan-bahan

Pisang Raja atau apa-apa pisang kegemaran korang

250g tepung gandum

50g gula halus

60g mentega/margerin

50 ml air suam

1 biji telur

Garam secukup rasa

Cara-cara

Pisang kalau besar, eloklah dibelah 2 atau 3... Biar nipis sikit...

Gaulkan tepung bersama gula dan garam sehingga rata.

Masukkan telur dan mentega. Tuang air sedikit demi sedikit.

Uli hingga rata.

Tutup adunan dengan plastik atau kain bersih dan biarkan sekurang-kurangnya 20 minit.

Selepas 20 minit, ambil adunan secukupnya dan leperkan/giling sehingga tebalnya 2mm.

Lebar dalam 3-4 cm dan lebar lebih kurang 30 cm ** mengikut saiz pisang pilihan korang.

Kalau nak senang, nipiskan tepung dengan gunakan mesin guling pakai tangan tu, tau kan?

Gulungkan kepingan tepung tu pada pisang.

Goreng pisang dengan kaedah deep fry. Minyak jangan panas sangat okay.

Bila dah kekuningan, bolehlah angkat dan tuskan minyak.

Sedia untuk dihidangkan!

Korang cubalah buat cantik dan comel lagi dari gambar kat atas ni yer...

Hehehehe...

Selamat mencuba!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top