♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 13, 2014

Jerebu - Panduan Kesihatan

Jerebu semakin teruk di sekitar kawasan Nilai. Tapi sekolah masih dibuka. Macam mana pula kat tempat korang? Area office kat Shah Alam pun nampaknya semakin teruk!

Niesreena dan Naufal aku dah bekalkan dengan mask dan suruh diorang pakai setiap masa ketika di sekolah. Aku paksa jugak diorang minum air masak banyak-banyak. Hmmmm... tapi kat sekolah... diorang asyik lupa nak minum air banyak-banyak. Haaaiiiissshhhh...

Hari ni aku nak kongsi panduan kesihatan tentang jerebu. Aku dapat dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk maklumat yang lebih lanjut bolehlah klik ke laman web tersebut kat sini.

Korang! Jaga kesihatan baik-baik!

Panduan kesihatan ketika jerebu

❤ Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

❤ Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

❤ Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.

❤ Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

❤ Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.

❤ Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.

❤ Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).

❤ Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top