♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, August 19, 2010

Beef bolognese lasagna

Tetiba teringin nak makan lasagna. Sedapnya kalau dapat makan yang sendiri buat kan? Boleh letak daging banyak-banyak. Boleh letak cheese banyak-banyak. Boleh letak apa benda jer yang kiter suka. Banyak mana yang kiter suka! Yummeh bebeh!

Tapi malangnya sekarang ni tengah tak der oven. So tak bolehlah nak buat. Hmmmmm... nak beli lasagna kat mana yer? Kat pasar ramadhan gerenti tak der kan? Hehehe...

Selain lasagna yang aku buat sendiri, aku suka gak makan beef lasagna Shakeys. Sedaplah jugak walaupun tak sesedap lasagna yang aku buat sendiri. Hehehe... Tapi kat sini *lokasi dirahsiakan supaya tidak menjadi isu hangat di facebook... hehehe...* tak der Shakeys plak. Yang ada pun Pizza Hut jer tapi lasagna kat Pizza Hut tak sedap *kalau ikut insang tekak aku ni lah ;p*

So, korang nak try tak resepi beef bolognese lasagna aku yang sedap tu? Aku kongsikan kat sini k. Nanti dah try buat, jangan lupa ajak aku datang cuba test rasa. Ngeh ngeh ngeh...

Juliet le sweetheart's beef bolognese lasagna

Untuk buat lasagna ni, mula-mula kena sediakan 2 jenis sos. Sos pertama, sudah tentulah sos bolognese dan sos kedua ialah sos bechamel atau sos putih.

Sos bolognese

Bahan-bahannya

1 botol sos bolognese (500 g)
200 g daging cincang
1 biji bawang besar dicincang
1 cawan mix vegetable
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya

Biasanya aku memang beli jer sos bolognese yang ada dijual kat kedai. Senang. So bila nak guna, just panaskan jer dan campurkan dengan apa yang aku suka.

So, untuk sediakan sos bolognese ni, panas periuk dengan sedikit minyak dan tumis bawang yang telah dicincang tu sehingga kekuningan.

Masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak.

Bila daging dah hampir masak, masukkan mix vege. Kalau suka pedas, masukkan serbuk lada hitam sikit.

Masukkan garam dan gula sedikit ikut suka selera korang.

~Sos bolognese yang telah siap~

Sos bechamel

Bahan-bahannya

1 cawan (250 g) tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam yang telah dilumatkan
1 sudu kecil pati ayam
3 sudu besar cendawan butang
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara-caranya

Campurkan semuanya dan masak di atas api yang kecil. Kena sentiasa kacau. Masak sehingga kuah agak pekat. Senangkan? :)

~Bechamel sauce yang telah siap~

Bahan-bahan lain yang diperlukan ialah...

1 pek lasagna yang telah direbus, atau boleh juga beli yang 'ready to bake'. Tak perlu rebus dulu. Boleh terus susun jer. Lebih mudah.
200 g mozzarella cheese yang telah dikisar
1 biji lada beggala
5-6 biji baby tomato
sedikit nanas
atau lain-lain lagi ikut sukati korang.
Boleh letak cedawan ke, salami ker, olive ke, sukati korang lah...

Cara-caranya

Panaskan oven dengan suhu 180 darjah.

Sediakan mangkuk yang boleh dibakar di dalam oven. Sapukan butter di dalam seluruh mangkuk tu.

Susun helaian lasagna memenuhi mangkuk tu.

Letakkan sos bechamel ke atas lapisan lasagna yang telah disusun tu.

Letakkan pula sos bolognese di atas lapisan sos bechamel.

Kemudian susun semula lasagna.

Ulangi dengan langkah meletakkan sos bechamel dan sos bolognese semula.

Ulanglah sekali lagi.

Akhiri dengan meletakkan lapisan lasagna semula.

Kemudian taburkan mozarella cheese memenuhi lapisan atas lasagna tu tadi.

Dan susun pulak lada benggala, tomato dan nanas.

Tutup permukaan mangkuk tu dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam oven.

Bakar selama 40 minit.

Selepas 40 minit, keluarkan lasagna dari oven dan buka lapisan aluminium foil tu tadi. Masukkan semula lasagna ke dalam oven dan bakar lagi 10 minit.

Dan... siap!

Yummillious beef bolognese lasagna juliet le sweetheart style!

Amacam? Nampak menarik tak?

Gambar-gambar ni diambil masa kali terakhir aku buat lasagna kat Melbourne ari tu. :)

Selamat mencuba!!!

9 comments :

mak encik | SZ said...

wahhh sedapnyaaa...
memang puas makan bila buat sendirik kan..
sbb mmg ikut citarasa sendirian berhad! :)

i.s.z.a.n said...

adoiii terlioq!
/nape anak dara ko aku tgk dah copycat muka bapak dia? ngeeeeeeeee

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

owhhh meriah nye ur lasagna...
kalau buat jaul tue sure lakuuuuuu n larissss...tp untung sikit coz very pemurah dgn bahan2 ;D

Juliet Le Sweetheart said...

Suzi, memang tersangat-sangat-sangatlah puas hati kalau buat sendiri. tu pun kalau menjadilah. hehhehe...

Juliet Le Sweetheart said...

iszan,

anak dara aku tu memang copycat muka ayah dia. sebijik! sejak lahir lagik... huhuhu...

Juliet Le Sweetheart said...

Verde, kalau i jual, tutup pulak kedai Shakeys dan Pizza Hut nanti. ;p Ngeh ngeh ngeh...

hana.basri said...

*like* *like* *like* *default nyum nyum*

Lieya said...

Nakkkkkkkkk...!

Syigim said...

my boys mmg suka italian food - pasta, spaghetti, lasagna, baked mac & cheese.....nk try la u punya ni. sedap sgt nmpaknya! thanks for sharing!

n betul - yg penting kalo buat sendiri ni bole taruh sebanyak2 cheese yg kita suka!!! :D

back to top