Malam ni tadi, aku ke pasar malam dekat dengan rumah mak abah aku. Aku gi dengan emak dan Niesreena jer. Naufal tinggal dengan uncle Joy dia kat rumah.
Macam biasa kalau dah pergi ke pasar malam lepas maghrib memang akan sesak sangat dengan orang ramai. Panas pun satu hal jugak. Berpeluh-peluh aku jadinyer.
Dalam sesak-sesak tu, tetiba aku terpandang seorang penggemis perempuan yang tanpa segan silu bersila di atas kepingan kertas surat khabar. Di depannya ada sebiji bekas buruk yang di dalamnya ada kepingan-kepingan syiling dan di atas riba pompuan ni ada sorang baby yang sedang menangis. Kecik sangat baby tu. Aku rasa baby tu mungkin dalam usia sebulan lebih atau mungkin jugak masih berusia beberapa minggu. Badan pun masih lembik lagi. Baby tu menangis teresak-esak.
Suasana pasar malam yang bingit dan bising membuatkan aku tak dapat mendengar suara tangisan baby tu. Tapi daripada raut wajah baby tu yang merah, aku dapat lihat yang dia sangat tak selesa dengan keadaan dia sekarang. Mungkin sebab dia sedang lapar atau mungkin sebab kepanasan. Perempuan yang memangku baby tu sibuk membetulkan keadaan baby yang sedang menangis tu, kejap letak kat lengan kiri dia, kejap letak kat lengan kanan dia. Sebelah tangan lagi dok mengipas baby tu dengan sekeping kertas a4 yang dilipat 4.
Perempuan tu sangat kekok memegang baby tu. Mungkin baby tu baby first dia atau mungkin jugak baby tu bukan baby dia. Sajer dijadikan alat untuk menagih simpati orang ramai yang berkunjung ke pasar malam.
Melihat keadaan tu, tetiba aku rasa marah sangat! Aku rasa marah sangat pada perempuan tu. Sampai hati menjadikan baby tu sebagai alat menggemis dia! Pada masa tu mau jer aku pergi kat perempuan tu dan suruh dia bawa baby tu balik! Tapi mak aku tak bagi. Kata mak, mungkin tu cara terakhir perempuan tu untuk mencari rezeki. Hmmmmm... mungkin. Tapi hingga ke saat ini, dalam hati aku ni masih terasa marah!
Aku tengok fizikal perempuan tu sempurna jer. Cukup tangan, cukup kaki. Mata pun tak buta. Tak tau lah pulak kalau dia bisu ke kan. Tapi, bagi aku, dengan keadaan dia yang kelihatan sempurna tu, aku rasa, ada banyak lagi cara untuk dia mencari rezeki. Kerja kilang ke, restoran ke, sapu sampah ke kan. Apalah yang membuatkan sehingga perempuan tu mengambil keputusan untuk menggemis dengan baby dia yang masih kecil tu kan? Eeeeee... geram sangat!
Aku kesian sangat kat baby tu. Kesian dengan nasib dia. Hingga ke saat ini, aku masih terbayang-bayang wajah baby tu. Kesiannya...
Tapi mungkin betul jugak cakap emak. Mungkin perempuan tu dah terdesak sangat. Terpaksa membawa baby dia untuk menggemis bagi mendapatkan duit untuk mengisi perut masing-masing. Mungkin perempuan tu terpaksa bawa baby dia sebab dah tak der orang yang boleh jaga baby dia tu dan tak mampu jugak untuk mengupah orang menjaga baby dia kalau dia bekerja.
Hmmmm... mungkin...
Mungkin jugak nasib baby tu lebih baik daripada baby-baby lain yang dibuang oleh mak bapak yang tak bertanggungjawab... atau... mungkin sebenarnya, baby yang dibuang tu lebih bernasib baik daripada nasib baby yang menggemis tu... hmmmmm... macam-macam...
You might also like...
|
2 comments :
Rasa mcm kat kl ni...pengemis jenis tu mmg banyak..kata laporan dolu2...baby tu kdg2 not belong to them pun..kira cam sindiket..kdg2 ada baby y dibeli for this purpose..bila baby tu da besar dlm age of 4-6 , dorang maybe di amputated kn atau dicederakan for this purpose. Sbb tu byk je kes jual baby..kes culik baby...kes import budak2 skrg ni.. tapi setakat mana betulnya, tak pasti le pulak saya...cuma benda ni da penah reveal kat tv sblm ni..tak silap dlm edisi siasat..
-an kecik-
kesian kan dengan baby dan kanak-kanak yang terjebak dalam kancah menggemis ni. malang sungguh nasib diorang...
Post a Comment