♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 25, 2010

Fisher-Price Infant Toys

Pagi tadi, bila bukak blog aku ni, tetiba tengok kat Nuffnang tu dah ada iklan. Terkejut gak aku. Tak der plak aku dapat e-mail ke hapa pasal iklan Fisher Price ni. Cumanya pagi tadi ada lah jugak dapat e-mail kedua dari Nuffnang untuk kempen lain plak. Best! Best! Errr... kalau dua iklan tarikhnya overlap macam mana? Nak kena letak dua link Nuffnang ke kat situ? Hmmmm... aku pun confused.

Iklan yang sedang berlansung atau bersiaran *cheh!* dari blog aku sekarang ni ialah iklan Fisher-Price Infant Toys. Ni nak promote sikit ni. Hehehehe...

Permainan-permainan Fisher Price ni macam semua orang sedia maklum memang best. Dan yang penting sesuai dengan perkembangan minda anak-anak. Biasanya permainan-permainan dia ada muzik dan lampu-lampu. Buat budak-budak leka main.

Niesreena dan baby Naufal pun ada beberapa barang mainan daripada Fisher Price.

Fisher-Price Stride-To-Ride Lion ni kitorang belikan untuk Niesreena dulu. Selain boleh wat duduk, boleh jugak dijadikan walker. Sekarang ni baby Naufallah yang guna. Kalau walker ni bergerak, akan keluar lagu, pastu hidung dia akan menyala lampu. Tapi aku rasa bentuk macam ni sekarang dah tak der jual lagi. Kat OZ ni aku dah tak nampaklah. Tak tau lah kat Malaysia. Tapi masa aku balik bercuti yang terbaru ni, aku tengok masih ada dijual lagi kat Jaya Jusco.

Fisher Price kick gym ni pulak enche Neezam belikan untuk baby Naufal. Gym ni jugak akan keluarkan bunyi dan lampu bila disentuh.

Ada banyak lagi barang permainan Fisher Price yang menarik. Harga dia pun tak lah terlalu mahal.

Menarik? Tertarik? Haaa... apa lagi... jom ler klik pada ads Fisher Price tu untuk tengok lebih banyak lagi mainan! :)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top