♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 14, 2010

Kunjungan balas Desa Bundoora ke South Eastern

Ok... sambung cerita semalam.

Semalam, kitorang dari Desa Bundoora(DB) membuat lawatan balas ke South Eastern(SE). Ari tu kengkawan dari SE datang ke Bundoora, so kali ni kitorang gi sana lah pulak. Tapi masa diorang datang ari tu, aku dan enche Neezam tak der kat sini. Kitorang balik Malaysia.

Lawatan ke SE bukanlah untuk say hi semata-mata tapi diadakan perlawanan persahatan antara DB dan SE; perlawanan bola sepak junior, bola sepak dewasa dan jugak bola jaring. Ari tu masa SE datang berkunjung ke DB, SE kalah dalam ketiga-tiga perlawanan menentang DB. So, kali ni kitorang rasa diorang mesti dah practise habis-habisan untuk mengalah DB pulak. Cuak jugaklah masing-masing. Kitorang pun bukan prepared sangat pun. Bola jaring, latihan seminggu sekali jer. Tu pun dua minggu jer dan tak semua yang turun padang, termasuklah aku! Aku tak sempat nak turun training langsung!

Sebelum ke tempat yang pertemuan yang dijanjikan, famili aku dan famili Nita ke rumah Dr. Laili dulu atas jemputan untuk lunch kat sana. Ada beberapa famili dari DB jugak yang dijemput selain kitorang tapi nampak gayanya yang lain sibuk dengan urusan memasing dan tak dapat nak hadir. Selepas lunch dan solat Zohor, kitorang bertolak ke padang, kat Monash University.

Lebih kurang pukul 4 petang, perlawanan bola sepak jr dimulakan. Tapi aku tak dapat nak tengok sangat pun sebab beberapa minit lepas tu, perlawanan bola jaring pulak start. Aku main WA. Cuak gak. Dah lama tak main. Last sekali main bola jaring masa sekolah dulu. Ni practise pun tak. Hahaha... Sepuluh minit pertama tu memang aku pancit habislah. Tapi main best! Pusingan pertama SE mendahului kitorang dengan 1 mata.

~Rakyat Malaysia dari Desa Bundoora + South Eastern~

~Bola sepak jr~

~Bola jaring~

Pada pusingan kedua aku tak main. Masih putus napas lagi. Then aku masuk balik pada pusingan ketiga dan jugak keempat. Kali ni aku main WD. Nampak gayanya kemenangan masih tak berpihak pada SE. DB menang lagi. Tapi menang tipis jer; 8-6, berbanding masa lawan kat Bundoora ari tu, DB dapat berbelas-belas gol mengalahkan SE. Walau macam mana pun SE memang hebat. DB tak menang mudah pun.

~Bola sepak~

Beberapa minit sebelum perlawanan bola jaring tamat, perlawanan bola sepak dewasa bermula. So, lepas habis main bola jaring, aku bawa Niesreena dan Naufal tengok ayah main bola sepak pulak. Kitorang, kaum-kaum ibu ni dok lepak-lepaklah tepi padang. Sambil tengok diorang main bola sepak, sambil makan-makan, borak-borak dan ibu-ibu of course sibuk melayan kerenah anak-anak memasing.

Haaa... si Niesreena bukan main seronok main petik-petik daun pokok. Kejap tu main pasir pulak dengan kengkawan dia. Eeeee... habis comot! Naufal plak... dok usha basikal Marissa. Habis dipanjatnya basikal girlfriend tu. Hahahah...

~Niesreena main pasir~

~Togel pokok tu Niesreena asyik tarik daunnya~

~Naufal memula usha Marissa dan basikalnyer~

~Pastu terus take over!~

~Pastu wat cam harta sendiri! Muahahahhaha...~

~Kitorang yang kepenatan~

Keputusan... seperti yang sedia maklum *dalam post aku yang lepas*, Desa Bundoora menang lagi dalam ketiga-tiga perlawanan. Bravo Desa Bundoora!!! :)

Actually, pemain-pemain SE pun hebat-hebat jugak. Cuma bukan rezeki diorang jer untuk menang. Alaaaa... lagipun perlawanan persahabatan jer. Bukan dapat hadiah pun. Oh ya... diorang menang jugak; menang sorak dan menang bagi kitorang makan. Makanan memang banyak giler, siap bagi kitorang tapau lagi. Dan masa main, diorang memang support pemain-pemain dengan sorakan yang hebat. Kalah Desa Bundoora. Bravo! Bravo! Hehehehe... So, tak per lah... samada menang atau kalah yang penting kite sama-sama dah berjaya adakan perlawanan persahabatan ni. Dapat kenal kengkawan baru disamping mengeratkan lagi ukhwah yang sedia ada. Betul tak murid-murid? Cewah... ;p

Terima kasih kepada kengkawan daripada SE atas layanan yang sangat baik dan memuaskan terutamanya kak Laili dan abang Ropidi sekeluarga. Insya Allah kalau ada rezeki, kite jumpa lagi k. Tak kiralah samada kat Desa Bundoora atau Dandenong; kat rumah atau kat padang! :)

Seronoklah main... walaupun dah lama tak main. Lebih-lebih lagi bila ada orang kata aku main bagus. Hehehhehe... Enche Neezam pun kata aku main bagus. Ikhlas ker? ;p


3 comments :

Lindah said...

mak aiiii..ramainyer Julie orang Bundoora kat padang

*juliet le sweetheart said...

kamal pun ada. dia kata kau bz. kalau tak bleh jumpa lindah dengan nuha sekali.

Haadi said...

campur SE memang dah ramai dah :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top