♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, December 2, 2018

Teambuilding @ Nur Lembah Pangsun

Lepak giler hari ni... Penat semalam sehari suntuk teambuilding company. Hari ni badan sumer rasa tak sedap. Maklumlah... kiter bukan jenis orang bersenam. Huhuhu...

Yang tak best... pagi tadi badan naik gatal-gatal! Mesti sebab berkubang dalam kolam hijau tu semalam.

Sadis. Tapi alhamdulillah... dah surut sikit gatalnya lepas makan ubat.

Tapi syoklah semalam. Teambuilding memang best.

Semalam, lepas subuh terus gerak ke Hulu Langat kat kem Nur Lembah Pangsun. Tak lah jauh sangat. Alhamdulillah... gerak jam 6.30 pagi, sampai sana tepat jam 7.30 pagi.

Sampai sana terus breakfast dan pembahagian kumpulan oleh ketua kem yang dikenali sebagai Pak Long.

Bestlah banyak aktiviti yang kitorang buat dari pagi sampai malam - explorace, water confidence, rafting dan of course penutup malam tu ada bbq dan tukar-tukar hadiah.

Macam biasa, boss kitorang yang sporting ni pun mesti akan join teambuilding.

This is my teammate!

With my beautiful and understanding lady boss...

Part yang paling aku seram bila nak buat water confidence tu. Bukan takut nak masuk air yang berlumut tu... tapi cara dia suruh kiter masuk tu... mak aih... tak boleh ke kalau masuk elok-elok, pelan-pelan, sopan-sopan jer? Huhuhu... Memang berdebar habis!

Tapi alhamdulillah... aku berjaya jugak kuatkan semangat dan buat!

Huhuhu...

Waktu rafting pun best. Tak pernah berakit dengan 'rakit yang dibina sendiri'. Memula ragu-ragu gak. Takut tak boleh tampung kitorang. Tapi... eh... selamat jer pergi dan balik kolam yang berlumut tu.

Ada jugak beberapa aktiviti yang aku tak pernah buat sebelum ni - keretapi dengan suratkhabar, kenalpasti jenis daun pokok buah-buahan dan lepaskan ikatan tangan.

Sebelum bbq, sempatlah berkubang kat kolam renang dia. Air yang digunakan dalam kolam ni ialah air bukit. Memang sejuk!

Ok lah... Best... Pak Long tu pun kelakar orangnya. Yang tak best bila Pak Long tu sebut pasal politik. Hmmmm... spoil... sempat sebar fitnah... ish ish ishhhh... kena ubah sikit perangai tu...

Makan kat sini pun actually tak berapa sedap dan tak variety. Kitorang tempah lain, diorang sediakan lain. Tapi makan jer lah... masing-masing masa tu pun dah lapar kan.

Dan penutup tentulah majlis penyampaian hadiah dan tukar-tukar hadiah.

Thanks, MF. I like it! My husband pun like it. Sekarang dia yang buat harta. Hmmmm...

Apapun... banyak benda belajar semalam. Aku memang suka buat team building sebab boleh push myself to the limit I never know. Huhuhu...

Pastu lebih kenal lagi dengan dak-dak engineer muda-muda ni... kalau kat opis semua concentrate jer dengan coding and project... kat sini semua lepas kelaku. Hehehehe...

Sudahnya... sekarang ni penat giler... Moh ler kiter tidur sepanjang hari... ZZZzzzzzzzz...

No comments :

back to top