Hari ni kitorang cadang nak gi survey harga jubin dan downlight. Tapi sebab Niesreena dan Naufal ada peperiksaan sekolah agama minggu depan, so, tak bolehlah ambik masa lama sangat nak keluar. So, terpaksalah survey kat area Nilai jer.
Tak banyak pun kedai seramik atau jubin kat Nilai ni. Kitorang pergi kat satu kedai seramik dekat dengan Inti. Walaupun nampak kedai ni nampak besar tapi tak banyak sangat pilihan pun sebenarnya.
Memang tak banyak pilihan... tapi ada jugak yang cantik-cantik dan kitorang jumpa jugak satu jubin untuk dinding dapur yang berkenan di hati. Harganya... tak taulah nak kata mahal atau murah sebab tak survey lagi kat tempat lain lagi. So, simpan harga dulu dan survey tempat lain. Kot-kot boleh dapat lagi murah dan lebih menarik.
Kitorang kemudiannya ke Nilai dan Nilai 3 untuk survey harga down light dan lampu panjang untuk L-box.
Kedai kat Nilai memang harganya mahal giler berbanding kat Nilai 3.
Tadi sempat jugak pergi 4-5 buah kedai lampu dan ada satu kedai kat Nilai 3 ni memang harga yang paling rendah. Tapi sama macam jubin tadi, aku pun tak tahu lah harga kat Nilai 3 tu cukup murah atau tak kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.
Bila cari kat internet, ramai orang akan recommend untuk cari tiles dan lampu kat dua kedai ni:-
Untuk tiles - Super Seramic, Kajang.
Untuk lampu - Houses Lightings, Puchong.
So, lepas Niesreena dan Naufal habis peperiksaan nanti, bolehlah luaskan kawasan pencarian yer. Hehehe...
Walaupun tak der beli apa pun hari ni, tapi sekurang-kurangnya dapat idea jugak untuk budget dan kira betul-betul berapa keping jubin yang diperlukan, jubin macam mana, saiz apa, nak letak kat mana, extra berapa, itu dan ini.
Haaa... aku siap lukis lagi.
Mengikut ukuran sebenar tau ni; 1 cm = 1 kaki. Haaaa... jangan memain. Hahhahaha...
Actually boleh jer tanya kontraktor, tapi kitorang sajer nak kira sendiri dulu. So, bolehlah tahu, berapa budget yang akan terbang. Huhuhu...
No comments :
Post a Comment