♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, March 15, 2016

Permit renovation dari MP... sehari siap!

Assalamualaikum semua.

Ok... rasanya dalam beberapa waktu terdekat ni aku akan update pasal progress renovation rumah. Well, dari start, insya Allah sampailah siap nanti. Step by step especially bila deal dengan majlis perbandaran dan kontraktor. Ini adalah untuk rujukan aku di masa hadapan dan jugak untuk rujukan korang-korang jugak yang nak reno rumah especially di area Sepang.

Semoga perkongsian ni bermanfaat.

Seperti yang aku bagitau dalam post aku yang lepas, pelukis pelan rumah kitorang bercadang untuk ke MP Sepang pada hari Selasa. Dan alhamdulillah... pagi-pagi lagi dia dah mesej bagitau dia nak submit pelan tapi tak boleh sebab ada cukai pintu tertunggak.

Aiyoooooo!

Memang tertunggak... sebab asik bertangguh jer nak bayar hingga lupa. Kata Mr Tang, kena settlekan cukai dulu baru boleh proceed.

Ok! Hiccups!

Tapi alhamdulillah... nasib baik Mr Tang kata dia boleh tolong bayarkan dulu then bayar balik kat dia kemudian. Alhamdulillah... settle satu masalah.

So, lepas bayar cukai pintu Mr Tang terus submit pelan dan dapat permit hari ni jugak! Siap dia watsapp kat aku segala resit-resit pembayaran dan permit.

Alhamdulillah.

So, Insya Allah dalam sehari dua ni enche Neezam akan berjumpa dengan Mr Tang untuk dapatkan permit ni dan juga kontraktor untuk mulakan kerja renovation.

Seperti yang aku pernah bagitau dalam post sebelum-sebelum ni, bayaran untuk planner ni ialah RM3000.00. Bayar 3 kali mengikut step-step kerja yang telah diselesaikan. Bayaran ini termasuk jugak dengan sewa 2 buah tong roro.

Bila dah dapat permit, kontraktor bolehlah call majlis perbandaran untuk mintak diorang hantar tong roro. Setiap sebuah tong roro sewa untuk 2 minggu sahaja. Penuh ke... tak penuh ke... cukup 2 minggu majlis perbandaran akan angkut balik dan sebuah lagi untuk 2 minggu seterusnya.

So, lepas ni, habislah urusan dengan pelukis pelan. Cuma kata Mr Tang, kalau kitorang tengah renovate tetiba macam nak tukar plan sikit, boleh contact dia, dia akan tolong tukarkan pelan secara percuma. Tapi ni pelan untuk simpanan kitorang jer lah. Tak perlu hantar ke majlis lagi dah kecuali kalau nak renovate yang besar dan obvious.

Boleh ke nak renovate rumah tanpa permit dari majlis perbandaran?

Boleh... tapi berani buat, beranilah tanggung!

Ada kawan aku bagitau, mak ayah dia renovate rumah tak mintak permit majlis perbandaran pun. Pecah dapur, besarkan dapur dan ruang tamu. Jimat sikit. Kalau macam kitorang, boleh jimat 3 ribu hengget. Majlis pun tak der datang kacau kat rumah mak dia masa renovate. Mak dia pun rumah taman gak. Selamat jer...

Hmmm... betullah tu... jimat 3 ribu. Alhamdulillah... selamat.

Tapi...

hati tak senang, nak buat apa?

Kawasan rumah aku ni bukanlah kawasan rumah baru sangat. Sumer 'jiran-jiran sebaya' dah lama renovate rumah. Kitorang jer baru nak terhegeh-hegeh. Huhuhu... Cuma belakang rumah kitorang ni, betul-betul belakang rumah kitorang ni, ada 2 deret rumah semi-D baru siap. Insya Allah dalam masa terdekat ni tuan rumah dapatlah kunci.

Dalam keadaan ni, orang majlis mestilah sangat rajin pusing-pusing, tengok ada orang buat renovation ke tak? Ada permit ke tak? Kang tak pasal-pasal kena saman.

Jiran-jiran pun boleh komplen ke majlis perbandaran kalau tengok kiter renovate rumah tak der permit. Tapi aku rasa jiran-jiran aku sumer ni berhati mulia. Tak der kot diorang nak report-report ni... kot... huhuhu...

Dan kalau tak der permit, maka tak dapatlah tong roro. So segala batu-batu hack dinding tu sumer nak sumbat mana? Tak kan nak buang dalam tong sampah yang sekangkang kera tu kan? Gigih!

So, untuk senang hati, ikutlah peraturan. Insya Allah... lebih berkat.

Kalau tak der permit, nanti boleh kena saman dan at the end kena apply gak permit, kena bayar gak sumer-sumer tu plus kena bayar denda lagi. Pastu kalau tak dapat kelulusan, majlis perbandaran berhak runtuhkan balik binaan yang dah buat tu. Dah elok-elok nak jadi kenangan manis, jadi pulak kenangan pahit. Huhuhu...

Dan pelan yang dibuat tu penting jugak kot-kotlah nak jual rumah tu akan datang, kan...

Rindu sangat dengan rumah ni. Rumah pertama kitorang. Tak sabar nak pindah semula ke sana!

Soon!

Insya Allah... soon!

Amin.

1 comment :

afdi said...

Bagus. Good info for me. So lepas renovate dah dapat cccc @ additional cf for new extention ke? Bank akan value harga dgn keluasan baru sekiranya ada cf tambahan.

back to top