Amboi tajuk... kemain... huhuhu...
Penat sebenarnya ni... tapi nak update blog jugak. Bebudak masih layan tv walaupun hari dah lewat malam. Tapi esok cuti sekolah, so, bagilah peluang diorang tidur lewat.
Hujung minggu ni memang full dengan aktiviti keluarga. Keluarga kecik kitorang jer lah. Berempat jer... Alhamdulillah...
Hari Jumaat malam yang lepas, bawak Niesreena dan Naufal gi tengok Boboiboy the movie.
Semalam, Sabtu, sepanjang hari habiskan masa mendobi dan membersihkan rumah - vakum, mop, buang habuk semua. Siap lipat baju sumer... tak der dah baju dalam bakul. Yeah hoooo...
Penatnya... Ya Allah... tapi kalau tak buat hujung minggu, bila lagi nak buat. Kalau sebelum gi kerja cuma sempat kemas rumah jer, nak bersihkan rumah memang tak sempat. Lipat baju pun ikut mood. So, hujung minggu kenalah pulun settlekan semua.
Malam baru berehat sikit. Bawak bebudak gi lepak-lepak kat Dataran Nilai - main badminton. Ingatkan ada gerai-gerai bukak hari ni. Tapi tak der plak. Tapi tetap ramai orang piknik. Seronok tengok family layan anak-anak.
Bila masing-masing dah penat, kitorang gi melepak kat mamak plak. Pekena nan cheese dan ayam tandori. Hmmmmm... dapnyer...
Disebabkan semalam seharian suntuk mengemas rumah, kitorang decide hari ni, kena keluar plak. Kalau duduk kat rumah, memang ada jer kerja rumah nak buat, tak habis-habis. Bebudak tak habis-habis buat sepah, mak ayah tak habis-habis nak mengemas... huhuhu...
So, hari ni, kitorang gi jemputan kenduri x-staff Usim. Cantik jadi pengantin. Lain sangat muka dan naik seri.
Tahniah Syu dan suami. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga ke jannah.
On the way balik, enche Neezam kata nak ke Mitsui. Hmmmm... so singgahlah kejap. Kitorang pun dah lama tak ke sini.
Tak der beli apa pun kat sini. Cuci-cuci mata jer. Enche Neezam suka ke Zalora dan aku suka ke Sasa. Banyak ada jual masker murah - 4 masker stem cell baru sepuluh hengget. Tapi aku tak belilah kali ni sebab masker yang enche Neezam borong kat Korea ari tu ada berlambak lagi. Kasi habis dulu!
Kitorang kemudiannya berhenti solat kat Masjid KLIA ni. Walaupun aku hari-hari selama 4 tahun ni, lalu depan masjid ni tapi ni first time aku singgah sini. Huhuhuhu...
Cantik masjid ni.
Lepas solat, ingatkan nak balik dah. Tetiba enche Neezam ajak gi pusing Putrajaya plak. Hmmmm... kitorang ok jer... Jarang sebenarnya enche Neezam nak ajak jalan tempat ramai orang ni. Entah apalah mimpi enche Neezam hari ni. Heeheheh...
As expected, memang jem giler. Nak nak musim cuti sekolah ni. Lagilah ramai. Tapi alhamdulillah... kitorang dapat parking betul-betul kat bulatan depan tasik.
Malamnya kitorang dinner kat Warisan Pertanian Putrajaya.
Ada macam-macam pilihan makanan kat sini, tapi kitorang pilih untuk makan Satey Kajang Haji Samuri.
Harga satey kat sini mahal 5 sen berbanding kat Kajang. Masih berpatutan.
Arrrggghhhh.. penatnya... tu tak cerita apa yang kitorang buat hari Ahad pagi. Berkaitan dengan renovation rumah. Esoklah aku citer yer.
Sekarang nak rehat, tepek masker yang berlambak tu kat muka. Esok kerja!
Nite! Nite!
No comments :
Post a Comment