♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 31, 2016

Sharing @ Juliet le Sweetheart's Fb Page #2

Hai korang.

Lagi perkongsian di Juliet le Sweetheart Fb Page.

Kalau ada yang berkenan silalah 'like' dan 'share' yer.

y(^^)y

Siapa suka gunakan aplikasi instagram?!Pastinya gambar yang dikongsikan di instagram tu banyak yang menarik. Apa kata...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Wednesday, January 27, 2016

Susun atur dalam peti ais sangat penting bagi memastikan penggunaan ruang yang minimum dan cekap.Kalau main peruk jer...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Tuesday, January 26, 2016

Hanya sedikit sentuhan untuk bingkai pintu akan menjadikan pintu dan ruang kelihatan lebih menarik dan elegan.❤ ❤ ❤ ❤ ...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Wednesday, January 13, 2016

What else you could do with Lego...❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤You are welcome to share and like the...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Saturday, January 9, 2016

Anda kreatif?Inginkan kelainan di rumah anda?Apa kata kita buat sendiri jam dinding untuk mengisi ruang dekorasi...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Thursday, January 7, 2016

Siapa tahu... banyak benda yang boleh kita buat dengan butang. Dan hasilnya semua comel-come belaka.Jom try!❤ ❤ ❤ ❤ ...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Thursday, October 15, 2015

Walk in closet... impian bukan saja kaum wanita tapi lelaki juga. Bestnya kalau dapat sebuah!❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Monday, December 7, 2015

Projek upgrade dapur di hujung minggu=============================Dapur ialah salah sebuah ruang favorite setiap...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Thursday, December 3, 2015

Jom decor decor bilik ayaq!=====================Sedar atau tidak, bilik air sebenarnya merupakan ruang peribadi yang...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Tuesday, December 1, 2015

Decor decor dengan corak chevron============================Chevron! Korang suka tak corak ni? Aku suka sangat. Nampak...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Tuesday, November 10, 2015

Thank you, teacher!================Minggu akhir persekolahan! Tinggal beberapa hari sahaja sekolah dan cuti akhir...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Monday, November 16, 2015

Dulu masa kat Melbourne, kat rumah memang ada 2 jenis tong; tong sampah dan tong kitar semula. Setiap rumah memang wajib...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Thursday, November 5, 2015

Sekarang ni kat rumah ada pokok serai yang merimbun dan gemuk-gemuk, pokok selasih, pokok kunyit dan aloe vera. Memang...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Monday, October 26, 2015

Ruang duduk tepi tingkap ni nampaknya sangat cozy dan selesa sangat untuk dijadikan ruang membaca. Lebih-lebih lagi...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Thursday, October 22, 2015

Korang ada letak sign pintu kat rumah? Aku ada letakkan sign kat pintu bilik tidur Niesreena dan Naufal. Simple...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Monday, October 19, 2015

Navy Blue Bedroom================Korang tercari-cari warna untuk master bedroom? Apa kata kita trywarna navy blue atau...

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Saturday, October 10, 2015

Rumput palsu===========Ok! Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan rumput palsu. Kat rumah sekarang pakai rumput karpet....

Posted by Juliet le sweetheart's blog on Tuesday, October 6, 2015

More sharing, click here >>Sharing @ Juliet le Sweetheart's Fb Page #1

Wednesday, January 27, 2016

Seafood platter versi celop tepong

Yum yum...

Memang sedap. Sedap dimakan ketika masih panas!

Senang jer cara buat dia. Aku cuma gunakan tepung jagung dan sedikit garam jer.

Jemput makan...

Saturday, January 23, 2016

Cha Tra Mue Green Tea

Green tea ni salah satu benda yang aku beli masa kat Krabi ari tu. Memang sedap dan wangi sangat bau teh dia. Sedap diminum samada panas atau sejuk, dengan susu atau tanpa susu.

Rugi beli siket.

Hari ni kitorang berehat jer kat rumah. Semalam sampai pukul 4 pagi kat KK1. Tidur sekejap dan pukul 5.30 pagi bangun balik. Niesreena dan Naufal tetap ke sekolah dan aku serta enche Neezam pun bekerja jugak semalam. Semangat!

Kengkawan kat office pun macam tak cayer jer aku datang gak kerja semalam walaupun sampai pagi tu dari Thailand. Huhuhu...

Kena save cuti lah... Insya Allah... ada rezeki nak berjalan lagi. Lagipun hari Isnin kan cuti. Bolehlah berehat panjang di hujung minggu ni.
So, hari ni, marilah kita mendobi yer!

Semangat!

Thursday, January 21, 2016

:: Road trip to Krabi Day 5 ::

The day we left our he♡rt @ Krabi

Sedihnya... hari ni hari terakhir kat Krabi.

Pagi tadi, sebelum bertolak ke Hatyai, kitorang sempat dibawa ke pasar di pekan Krabi. Kat sini ada macam-macam jenis makanan ringan dan kuih-muih tradisional yang dijual. Aku tak lepaskan peluang untuk mencuba makanan-makanan yang ada dijual kat sini.

Antaranya ini...

Ini ialah Saku Sai Moo atau tapioca dumpling. Kat dalam dumpling tu ada daging lembu cincang. Rasanya manis dan kalau makan dengan cili dan sos tu ada kombinasi rasa manis, pedas dan masam. Kebanyakkan makanan Thai memang ada kombinasi 3 rasa ni.

Dan yang kat bawah ni pulak ialah bihun salad Thai. Sebab tu ia ada banyak sayur-sayuran mentah.

Aku jugak ada cuba keledek kecik rebus ni. Manis sangat! I loike!

On the way, kitorang berhenti untuk 'brunch' kat hentian Trang. Tempat yang sama kitorang singgah masa on the way dari Hatyai ke Krabi hari tu.

Kali ni aku cuba mee sup dia.

Thai green noodle sup. Aroy!

Dan ini pula ialah Thai rice dumpling.

Ooooo sedapnya... Kenapa tekak aku selera jer dengan masak Thai ni???

Ayoh, pemandu kitorang sejak beberapa hari ni memang sporting giler. Walaupun kaki sakit sebab gout sejak sehari dua ni, dia tetap singgahkan kitorang kat Trang Andaman Gateway. Hari tu masa gi Krabi, lalu jer, tak singgah pun. Tapi nampaklah dari dalam mpv...

Kali ni Ayoh singgahkan sekejap. Bolehlah ambik gambar kenangan.

Setibanya di Hatyai, kitorang di bawa ke salah sebuah pasar di sini untuk menghabiskan sisa-sisa Bath yang masih ada.

Ada macam-macam makanan dan barangan yang ada dijual kat sini.

Haaaa.. ini kedai jual mangga dan pulut mangga.

Buah berangan pun ada banyak sangat dijual kat sini dan harganya sangat murah. 500 gm hanya 200 bath sahaja. Puas makan!

Di Hatyai Plaza pulak, aku tak lepaskan peluang untuk beli somtam meggi. Masa ke sini hari pertama hari tu, enche Neezam ada beli tapi tak puas makan. So, hari ni cuba makan puas-puas. Kat Malaysia tak der jual! Huhuhu...

Niesreena pun suka walaupun pedas.

Inilah somtam meggi.

Pukul 7 malam, kitorang bergerak ke imegresen Sadao. Tapi sebelum ke sana, Ayoh sempat bawak kitorang ke tempat ada panda ni. Dari kat Krabi pagi tadi Ayoh kata nak bawak kitorang ke sini untuk tangkap gambar.

Memang cantik tempat ni. Ada banyak sangat patung-patung panda yang berlampu. Niesreena dan Naufal suka sangat!

Enche Neezam dan Ayoh. Terima kasih, Ayoh!

Kitorang tiba di imegresen Sadao lebih kurang pukul 8 malam. Alhamdulillah... segala urusan dipermudahkan Allah swt. Tak der barang kena tax dan ada yang berjaya seludup beras. Hahhaha... Eh.. ye ke???

Lima hari di bumi Thailand merupakan satu kenangan terindah yang tak akan dapat dilupakan. Lima hari ini juga menukar persepsi aku pada penduduk dan suasana yang selama ni di luar gambaran aku. Seriously, memang seronok sangat pengembaraan kali ni. Dan seriously orang Thai memang pandai masak. Huhuhu...

Terima kasih Rushdi dan keluarga serta Ayoh yang sangat mesra, baik hati dan sporting melayan macam-macam kerenah kitorang. Bagi makan sedap-sedap dan tempat yang best-best. We will miss all of you for sure!

Syukur alhamdulillah... terima kasih Allah swt kerana merahmati perjalanan kitorang dan adik-adik USIM dalam berjuang berlajar dan berdakwah. Selamat pergi, balik dan ketika berada kat sana. Terima kasih atas pengalaman yang diberikan ini.

Insya Allah... ada rezeki, kita bertemu lagi.

Sa wad dee krab...

back to top