Aku jarang suka lagu lagu ni. Tapi lagu ni, memang best!
I dedicate this beautiful song to my beloved husband...
L❤ve y❤u s❤ much, baby!
Like I'm Gonna Lose You - Meghan Trainor ft John Legend
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Aku jarang suka lagu lagu ni. Tapi lagu ni, memang best!
I dedicate this beautiful song to my beloved husband...
L❤ve y❤u s❤ much, baby!
Like I'm Gonna Lose You - Meghan Trainor ft John Legend
Ya Allah...
Teruknya jerebu hari ni.
Hari ni dari Shah Alam ke Klang dan balik ke Nilai jerebu jer sepanjang jalan. Jerebu yang sangat teruk.
Baca : [Jerebu] Panduan kesihatan dan topeng N95
Risau betul tengok keadaan cuaca sekarang. Risau dengan tahap kesihatan kita semua. Kesian kat budak-budak kena berdepan dengan cuaca macam ni.
Dulu, masa kita kecik-kecik, mana pernah berdepan dengan cuaca yang tak sihat macam ni. Langit biru dan indah jer.
Ya Allah...
Rindunya nak tengok langit biru!
10 houseplants that clean indoor air============================Sejak akhir-akhir ni negara kita diserang jerebu yang...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Sunday, September 27, 2015
Wuquf merupakan rukun haji paling penting, yang membezakan di antara haji dan umrah. Inilah kemuncak ibadah haji, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:-
“Haji itu adalah wuquf di Arafah” - Hadis sahih riwayat at-Tirmizi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah.
Hari Arafah merupakan hari yang terbaik dan juga merupakan salah satu dari hari-hari sepuluh yang paling disukai ALLAH untuk melakukan amalan soleh, seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:-
“Tiadalah hari untuk beramal soleh yang paling disukai ALLAH dari hari-hari ini, iaitu hari-hari sepuluh (awal Zulhijah)”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bukan jihad di jalan ALLAH?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan ALLAH juga tidak dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikit pun dari jiwa dan hartanya itu (iaitu menemui syahid).” - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari.
Inilah juga hari di mana ALLAH membebaskan hamba-hamba-Nya dari api neraka, dan ALLAH membangga-banggakan mereka yang hadir di Padang Arafah ini di hadapan para malaikat. Rasulullah SAW bersabda:-
“Tidak ada satu hari di mana pada hari itu ALLAH paling banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka selain dari hari Arafah. Sesungguhnya Dia amat dekat (dengan mereka pada hari itu) kemudian Dia membangga-banggakan mereka di hadapan para malaikat, kemudian Dia berfirman: “Apa yang mereka inginkan?” - Hadis sahih riwayat Imam Muslim.
Pada hari perhimpunan manusia yang begitu ramai ini juga, ia sudah pasti mengingatkan mereka yang hadir di padang Arafah ini kepada suatu perkara yang amat agung dan besar, iaitu perhimpunan terbesar manusia di padang mahsyar di akhirat kelak, seperti firman-Nya dalam Surah Hud :103:
“Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk”.
Di hari Arafah ini juga, menjulangnya semangat ukhuwah Islamiah dan penyatuan umat Islam seluruh dunia tanpa mengenal sempadan, bangsa, bahasa, warna kulit, antara tuan dan hamba, tua dan muda, kaya dan miskin, antara kuat dan lemah, raja dan rakyat, mulia atau hina.
Di tempat ini, ALLAH mengajar kepada manusia satu pelajaran dan hikmah yang besar amat maknanya iaitu tentang kebersamaan dan persamaan, di mana semua jemaah haji menuju kepada Tuhan yang satu, kiblat yang satu, Nabi yang satu, kitab yang satu, ibadah yang sama, solat pada waktu sama, berjemaah dengan imam yang satu, wuquf pada hari, waktu dan tempat yang sama, melontar jamrah dengan peraturan yang sama, berpakaian ihram sama warna, bahkan bertalbiah dengan laungan sama.
Inilah hari di antara hari-hari terbaik untuk kita berdoa kepada ALLAH. Baginda SAW bersabda: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan nabi-nabi sebelumku adalah (kata-kata) tiada Tuhan melainkan ALLAH, Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya pemerintahan (yang hakiki) dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu” - Hadis hasan riwayat at-Tirmizi.
Bahkan berdoa pada hari Arafah ini juga bukan sahaja digalakkan kepada jemaah haji, tetapi juga disunatkan kepada umat Islam di seluruh dunia, walaupun tidak berada di padang Arafah bermula dengan tergelincir matahari di bumi Arafah sehinggalah terbenam matahari 9 Zulhijah.
Malah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, disunat untuk berpuasa sunat pada hari ini dan ganjarannya amatlah besar: “Berpuasa pada hari Arafah, aku berharap kepada ALLAH agar dia menghapuskan (dosa-dosa kecil) setahun sebelumnya dan setahun selepasnya”. - hadis riwayat Imam Muslim.
Moga-moga dengan perhimpunan sebegini akan menambahkan lagi keimanan kita, menguatkan lagi hubungan kita dengan ALLAH, serta menjadikan hati kita tunduk merendah diri kepada Tuhan yang menguasai alam ini dan menguasai hari pembalasan kelak.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/
Dan untungnya mereka yang dapat berpuasa pada hari ini.
Kenangan di Jabal Rahmah, Arafah tahun lepas.
Miss this moment a lot! Semoga Allah memberikan kitorang peluang untuk ke sana lagi...
Semalam aku dikerah ke pejabat enche Neezam. Huhuhuhu...
Actually enche Neezam mintak tolong. Enche Neezam nak makeover pintu bilik dia kat fakulti yang berseni habih tu.
Hujung minggu hari tu, kitorang ke Mr. DIY. So, dapatlah grab wallpaper yang agak sesuai untuk ditampal kat pintu ni. Apa lagi... kasi ini pintu pakai bajulah!
Sebenarnya agak mencabar jugak nak pasang wallpaper ni. Dengan nak pastikan angin tak terperangkap kat dalam tu. Pastu dengan pintu yang memang tak rata sebab ada bekas-bekas tampal. Sepatutnya kena kikis dengan kertas pasir dulu. Baru elok. Tapi... hmmm... tak kuasalah! Ni pun dah kikis sikit-sikit.
Pastu mencabar kat bahagian tag nama dan tombol pintu. Berpeluh gak lah buat.
Dalam sejam jugaklah kitorang kerjakan pintu ni. Akhirnya siap jugak! Alhamdulillah...
Banyak sebenarnya kiter boleh buat dengan kertas dinding ni, selain tampal kat dinding.
Kalau nak tau... meh tengok sini...
Makeover menggunakan wallpaper============================Barang lama, masih elok tapi dah buruk? Jom kita makeover...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Monday, September 21, 2015
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hallo! Hallo!
Selamat pagi!
Amboi semangat semacam je Julie pagi ni kan?
Bukan apa... Sajer jer nak dapatkan semangat dan aura positif untuk bekerja. Hari ni bangun awal. Update blog jap. Then... bersiap untuk pergi kerja. Anak-anak kena export ke kampung. So, adalah masa sikit ni.
Just nak tanya korang.
Dah follow page Juliet le Sweetheart kat facebook ke idok?
Kalau belum lagi, moh ler 'like' laju-laju.
y(^^)y
Bukan aper... sajer nak kongsi minat dengan korang. Kat page aku, aku ada kongsikan beberapa idea-idea decor, organizer, diy, etc yang best-best dan berguna. Insya Allah... aku akan kongsikan lebih banyak lagi.
Actually, aku dah lama dah simpan idea-idea ni kat laptop. Untuk rujukan diri sendiri. Cumanya, makin lama, makin banyak plak makan space. So, aku rasa, better aku simpan kat facebook page aku. Boleh gak kongsikan dengan korang.
Minat ni datang sebab... insya Allah, tahun depan nak reno rumah. So, sajer cari-cari idea dan simpan. Antaranya...
Dan ada banyak lagi kat facebook page aku. Moh ler singgah yer.
❤ ❤ ❤ ❤ ❤
Susun atur beg dan barang sekolah============================Anak-anak ni kadang-kadang balik dari sekolah, campak jer...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Tuesday, September 15, 2015
❤ ❤ ❤ ❤ ❤
IKEA idea & hack==============Saya percaya ramai yang suka barangan IKEA. So, kat sini saya kongsikan idea-idea...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Wednesday, September 16, 2015
❤ ❤ ❤ ❤ ❤
Kitchen Printable==============1st step : Pilih mana-mana gambar yang berkenan di hati2nd step : Cetak3rd step :...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Saturday, September 19, 2015
❤ ❤ ❤ ❤ ❤
Idea organise blok lego==================Budak-budak sekarang memang suka main mainan ala lego. Naufal pun memang...
Posted by Juliet le sweetheart's blog on Thursday, September 10, 2015
❤ ❤ ❤ ❤ ❤
Kalau rasa best, kiter follow ler yer... (^-^)
إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون
Pagi semalam dikejutkan dengan satu lagi kes rompakan berdekatan dengan kawasan rumah. Yup! Kat U***. Tapi kat kawasan perumahan staff.
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْم
Jantung aku terus berdegup kencang! Terus teringat kejadian 22 Feb yang lalu.
Waktu kejadian sama macam kitorang kena dulu - antara jam 3 pagi. Beberapa orang penghuni wanita bujang, diikat. Alhamdulillah... diorang tak diapa-apakan. Tapi semua barang berharga diambil perompak.
Kesiannya diorang... Mesti trauma...
Sejak kejadian yang menimpa kitorang masa cuti tahun cina yang lepas, aku memang trauma sangat. Telinga jadi lebih sensitif dan jantung mudah berdegup kencang bila terdengar something yang lain macam sikit. Bunyi cicak pun aku dah terkejut.
Selama beberapa bulan sejak kejadian, aku jadi takut setiap kali menjelang malam. Asyik mengigau, meracau dan menangis. Tidur tak pernah betul-betul lena. Setiap pukul 3 lebih, automatik terjaga dan jantung berdegup kencang.
Allah...
Setiap kali terjaga tu, aku akan meninjau-ninjau keluar rumah. Tengok anak-anak yang sedang tidur dan pastikan dalam rumah memang tak der orang asing. Nak bukak pintu bilik tidur pun perlahan-perlahan dan intai dulu sebelum keluar dari bilik. Memang takut sangat!
Alhamdulillah... lepas beberapa bulan, aku overcome rasa takut tu. But still, sesekali terjaga jugak tengah malam. Tapi tak lah sekerap dulu.
Semalam, bila dapat tahu berita rompakan tu, jantung aku tetiba berdegup kencang semula. Rasa takut dulu tu tiba-tiba datang balik. Takutnya... masih ada perompak berdekatan dan aim rumah-rumah kat sini. Aku takut, diorang akan datang ke rumah kitorang semula!
Malam tadi... jadi balik... Susah nak tidur. tidur tak lena dan terjaga pukul 3 lebih, dok intai-intai kat luar dan bila tertidur semula.... meracau-racau sebab mengingau...
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
Ya Allah... jauhkanlah rumah kami ni dari mata-mata mereka yang berniat jahat ya Allah...
Aku memang takut dan serik sangat. Lepas kejadian dulu, pihak universiti ada pasang penggera keselamatan kat rumah dan tingkatkan kawalan keselamatan. Tapi gantirugi satu sen pun tak dapat! Of courselah mula-mula dulu ada sedikit kekecewaan sebab banyak harta benda personal banyak hilang, berpuluh ribu! Mental pun terjejas! Padahal kitorang wajib duduk kat rumah ni sebab tugas husband. Enche Neezam tetap amanah dan setia nak jalankan tanggungjawab yang diberikan pihak universiti.
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
Apapun, aku tak nak kufur nikmat. Aku redha. Aku bersyukur sangat sebab kitorang suami isteri masih selamat dan tak diapa-apakan secara fizikal oleh perompak-perompak jahanam tu. Anak-anak pun diorang tak bangunkan dari tidur masa kejadian tu.
Alhamdulillah... itulah yang paling aku bersyukur sangat. Barang hilang, ada rezeki boleh cari baru. Tapi suami dan permata hati, memang tak der galang ganti.
Terbaca kisah ni pagi tadi.
Kesian pulak baca cerita pakcik ni. Umur pun lebih kurang dengan abah aku.
Actually aku pun macam anak dia... dulu... Bila call rumah, mesti nak cakap dengan emak. Sejak mak pakai handphone, mesti call handphone mak jer... Kalau mak tak angkat, baru call abah. Tu pun sebab nak tanya, emak gi mana. Hehehhe...
Lama-lama abah pun perasan... bila aku call jer, lepas baru bagi salam, abah terus kata, "mak keluar tak bawah hp". Tak pun cakap sepatah dua, then abah tanya "Nak cakap dengan mak?"
Huhuhu...
Emak pun perasan jugak... then mak pesan, "sekali sekala boraklah dengan abah". Baru aku sedar... ye lah... sian abah... Sebenarnya borak dengan abah best jugak. Especially bila dengar suara dia happy dengar cerita kita... Boraklah... pasal anak-anak ker, kerja ker, apa-apa jer lah...
Sekarang ni dah ada watsapp, lagi keraplah berhubung. Sesekali tanya khabar. Sesekali hantar joke dan cerita viral kat watsapp.
Bab duit, sejak kerja, aku memang bagi duit kat emak tiap-tiap bulan. Dan sejak abah pencen, aku dapat bagi abah duit sikit setiap bulan. Alhamdulillah... setiap kali mesti ada rezeki lebih.
Aku percaya, walaupun tak banyak mana, mak abah mesti happy.
Baca : Indahnya dapat beri duit belanja untuk emak dan abah
Tapi bab berjalan... kalau gi shopping, hmmmm... aku suka gi dengan adik. Hehehe... Apa aku berkenan dia kata cantik dan sentiasa sokong aku kalau aku nak beli. Kalau dengan emak, emak selalu kata "jangan membazir". Nak beli pun terbantut. Huhuhu... Sorry mak... Tapi betullah cakap emak tu. Abah, kalau bawak gi shopping, dia akan bawa diri, gi tempat lelaki ataupun tunggu kitorang shopping sambil minum teh kat kedai.
Tapi kalau gi bercuti, memang kitorang desak-desak abah suruh ikut. Kalau abah tak ikut, kiter postpone!
Ok lah... bila last sekali korang call abah? Hmmm... aku pun dah lama tak borak dengan abah. Jom call sekarang!!! Jangan sampai abah merajuk!!!
Sekali-sekala cuti tengah-tengah minggu ni seronok jugak. Balik dari kerja petang semalam, enche Neezam ajak gi Seremban 2... tengok wayang! Yey!
Actually Niesreena dan Naufal sebuk nak tengok Maze Runner 2. Kebetulan ada dapat tiket TGV free hari tu, so gunalah...
First time kat panggung wayang kitorang kena bangun untuk nyanyian lagu Negaraku. Kitorang berdiri jer lah... Orang lain ada ramai gak yang berdiri. Tapi ada jugak yang teragak-agak nak berdiri. Huhuhu...
Maze Runner 2, aku rasa best laa... Lagi seram, lagi berat berbanding yang first dulu.
Yang tak bestnyer... remaja perempuan sebelah aku makan sambil berbunyi-bunyi mulut dia. Bukan bunyi makan sambil bercakap, bukan bunyi crunchy popcorn tapi bunyi mengunyah! Memang sesetengah orang ni makan jenis berbunyi. Eeeee tak suka! Nasib baik tak ramai sangat orang dalam panggung, aku terus tukar tempat.
Hari ni kitorang tak bercadang nak kemana-mana. Memang plan nak bermalas-malasan kat rumah jer.
Semalam dapat resepi Peanut Butter & Choc cookies dari CN. So, hari ni try laaaa...
Sedap! Tapi termasin sikit... Huhuhu...
Tak per! Next time try lagi yer. Kan practice makes perfect!
Ok! Esok dah kerja... Bebudak pun sekolah!
Jom buat persediaan untuk esok pulak!
Niesreena suruh last sekali tulis "OK Bye!"
Hmmmm... dah macam iklan D'herbs terlajak laris!
Ok! Bye!
Pagi tadi Niesreena dah siap-siap untuk ke sekolah. Nasib baik aku tergerak nak check IPU. Kat Nilai betul-betul pada paras 200. Bila check kat Utusan ada pengumuman bahawa sekolah-sekolah di sekitar Negeri Sembilan ditutup hari ni. Selain Negeri Sembilan, sekolah-sekolah di Selangor, KL, Putrajaya dan Melaka jugak ditutup hari ni.
Alhamdulillah... sepanjang pergi kerja tadi, kat KLIA dah mula hujan. Kat Shah Alam pun dah mula hujan. Lebat! Alhamdulillah... Semoga hujan ni membawa rahmat dan menghapuskan asap-asap jerebu yang semakin teruk ni. Amin...
Tadi dengar kat berita, kat Riau, Indonesia dah diistiharkan darurat sebab bacaan IPU dia dah mencapai 900! Giler! Kiter yang 200 ni pun dah risau dan rimas sangat... nikan pulak hampir 1000! Boleh sesat dalam jerebu woooo....
Tu lah korang! Bakar hutan lagi!
نعوذ بالله من ذلك
Memandangkan keadaan jerebu semakin teruk, so ambiklah beberapa langkah untuk memastikan kesihatan kiter tak terjejas akibat jerebu ni.
Ingat tau!!!
Kurangkan aktiviti di luar rumah!
Pakai penutup muka!
Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih! Kalau ada air purifier lagi baik!
Basuh muka dan tangan selepas melakukan aktiviti luar!
Banyakkn minum air kosong!
Gunakan penghawa dingin ketika memandu!
Oleh kerana keadaan jerebu yang semakin teruk juga, kita dinasihatkan untuk mendapatkan topeng atau mask N95 seperti di bawah. Topeng ni lebih baik untuk menapis asap jerebu daripada surgical masak biasa yang sekeping tu.
Surgical mask atau face mask biasa tidak mampu menapis partikel halus jerebu yang berukuran sekecil 2.5 mikrometer. Ia juga tidak melekap pada muka, membolehkan udara tak bertapis masuk melalui celah atau gap antara topeng dan muka. Respirator N95 melekap pada muka, menghalang udara tercemar masuk ke dalam hidung dan mulut. Ia memaksa udara melalui penapis sebelum masuk ke hidung atau mulut.
Tapi kat mana nak cari mask N95 ni? Ada info?
Mask Naufal dari Vietnam ni ok tak?
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
They died in Kaabah.
They died on Friday.
They died worshiping Allah.
They are the chosen one.
May Allah bless their souls.
الفاتحة
Semoga kita juga bakal meninggalkan dunia ini dalam husnul khotimah.
Amin...
#prayformecca #tragedimekah #11sept2015
Final day kat Port Dickson. Ayah masih berbengkel lagi pagi ni. Little Khairuns ambil kesempatan ke pool dan pantai lagi. Siap tumpang pool GBR lagi... Naufal kata pool GBR lagi best daripada kat Lexis... Huhuhu... Sabar jer lah... Sebab kat GBR ada slide...
Dah macam udang celop tepong dah anak-anak aku...
Sebelum check-out, wajiblah kumpul gambar kenangan!
Naufal dan Niesreena kata Lexis best... sebab diorang tak pernah duduk chalet atas air. Hmmmm... next time kiter gi Grand Lexis atau Lexis Hibiscus plak yer... mesti Naufal dan Niesreena kata berdabal-dabal lagi best!
Sebelum tinggalakn PD, kitorang sempat ke Art Gallery Upside Down. Galeri ni terletak di Teluk Kemang.
Harga masuk untuk dewasa ialah RM15 dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM10.
Niesreena dan Naufal memang teruja nak bergambar kat sini. Ayah diorang... lagilah!!!
Tempat dia ni tak lah besar sangat. Cuma 2 lot bawah rumah kedai. Tapi ada macam-macam dekorasi. Dan yang paling bagus, staff diorang semua friendly! Walaupun ramai sangat pengunjung, diorang tetap layan elok dan senyuman manis. Keep up a good job!
Yang sedihnya... Niesreena tercicir cermin mata Hello Kitty kesayangan dia. Haiya.... tak perlah... tak der rezeki tapi kesian Niesreena rasa terkilan sebab dia sayang cermin mata tu dan memang dah lama dengan dia. Mana-mana dia bawak berjalan. Tapi nak wat cam ner... dia sendiri yang careless.
Korang, kalau terjumpa cermin mata Niesreena (dalam gambar atas tu), tolong pulangkan eh...
Hahahahaha... memang tak lah!!!
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com