♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, June 30, 2014

Juliet le sweetheart's Day!

السلام عليكم

30th June 2014

2nd day of fasting!

Yup! It's my birthday today!

y(^-^)y

Yup! Masih muda... Baru 34 tahun... Huhuhu... Mudalah sangat kan.

Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah swt kerana dipanjangkan usia lagi hingga ke hari ni, disamping keluarga yang tercinta dan kesihatan yang baik.

Terima kasih pada keluarga dan sahabat handai yang memberikan ucapan selamat hari jadi di facebook, wattsapp, sms dan call. Thank you so much!

1st wish, tentulah daripada suami tercinta, enche Neezam.

Love the wishes and also the picture. Gambar ni masa kitorang kat Jabal Rahmah, minggu lepas. Dipercayai kat sinilah tempat pertemuan Adam dan Hawa di muka bumi. Mungkin cinta kitorang tak sehebat cinta Adam dan Hawa, sesuci Siti Khadijah dan Rasulullah atau seagung cinta Yusuf kepada Zulaika, tapi aku sangat ikhlas mencintai suamiku yang comel ni... Aku harap enche Neezam pun sama. (^-^) ♡

Enche Neezam kata, hadiah harijadi tahun ni ialah bawak aku gi umrah yang baru lepas. Yes, I like the birthday present! So much! Thank you baby...

Aiseh... jiwang karat! Huhuhu...

Alhamdulillah... being 34... banyak lagi yang perlu aku pelajari dan perbaiki diri. Semoga tahun mendatang lebih mematangkan aku, menjadikan aku hamba Allah yang lebih baik, isteri yang lebih taat, mama yang lebih penyayang, anak yang lebih bertanggungjawab... Senang citer lebih kepada positif-positif belaka lah! Amin... Insya Allah...

Once again, thanks Allah for your greatest gifts and thanks korang-korang for all the wishes!

Let's celebrate with tarawih 20 rakaat!

back to top