♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, June 27, 2014

Straight As

Petang tadi enche Neezam ke sekolah Niesreena, ambil keputusan peperiksaan Niesreena untuk penggal pertama. Alhamdulillah... Keputusan peperiksaan Niesreena kali ni ada peningkatan. Macam tahun lepas, Niesreena tetap dapat nombor 2 dan straight A!

Purata peratus cuma 94.5%. Hmmmm... kena usaha lebih lagi! Lebih-lebih lagi untuk subjek English!

Regret sikit sebab sepatutnya keputusan untuk subjek Sains patut boleh dapat 100% sebab cikgu salah tanda, tapi dah terlambat nak perbetulkan markah. Masa dapat kertas peperiksaan, kitorang masih kat Tanah Suci. Tapi tak perlah... tak der rezeki...

Untuk seni, thanks to ayah Niesreena yang bertungkus lumus study dengan Niesreena malam sebelum peperiksaan. Beriya-iya buat topeng muka untuk Niesreena jadikan contoh. Huhuhu...

Kitorang bersyukur sangat pada Allah swt kerana diberikan kelebihan pada anak-anak; Niesreena dan Naufal. Semoga mereka menjadi insan yang bijak dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin...

No comments :

back to top