♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 23, 2014

Bayou Lagoon Park Resort... thumbs down!

Leganya dah sampai kat rumah.... Banyaknya kain baju nak basuh! Tak per... buat pelan-pelan... Macam biasa... bukak kedai dobi yer hari ni... :)

Hmmmm... kitorang baru jer balik dari bercuti. Kat mana? Kat Melaka! Melaka lagi?! Asyik Melaka jer kan? Suka nau kat Melaka! Hehe...

Boring gak asik pergi Melaka sebenarnya. Sampai tak tau dah nak jalan ke mana kat Melaka ni. Sumer tempat dah gi, malah berkali-kali! Sebenarnya sebab Niesreena dan Naufal seronok gi ke Bayou Lagoon Park Resort. So, kali ni ke sana lagi.

Since last year, aku dah booked ke Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Ini kali ketiga kitorang ke sini. First dulu, kitorang pergi empat beranak jer. Sebab rasa seronok dan enjoy giler kat sana, so, second trip tu kitorang pergi lagi dengan family aku plak - mak abah dan adik-adik serta pasangan masing-masing dan anak buah sumer pergi! Best! Trip kali ketiga ni, kitorang pergi dengan family enche Neezam plak.

Walau bagaimanapun, pengalaman kali ketiga ni sangat mendukacitakan. Banyak terma dan polisi yang dah berbeza dan nampak sangat mementingkan keuntungan! Yes! Thumbs down! Akan aku ceritakan satu persatu dalam post kali ni.

Kitorang tiba kat Bayou pukul 1 lebih. Sepatutnya waktu check-in pukul 3 petang. Tapi kitorang gamble jer try check-in awal sebab dah penat berjalan dan cuaca pun panas giler. Alhamdulillah... boleh check-in! Tapi mungkin sebab orang tak ramai. Memang tak ramai. Dulu orang beratur check-in dan check-out, tapi kali ni tak berapa ramai orang. Urusan check-in pun laju jer sebab tak ramai orang.

Kitorang menginap di apartment 3 bilik dan mengadap water park.

Deposit

Masa register, memang kena bayar RM2. Standard! Bayaran RM2 ni dikenakan untuk heritage tax - only in Malacca. Tetiba enche reception tu mintak deposit RM100. Aikk?! Dulu tak der pun deposit-deposit ni. Tapi tak per... bagi jer lah... lagi pun dia akan pulangkan semula bila kitorang check-out nanti. Aku dan enche Neezam fikir, mungkin ada pengunjung tak pulangkan kunci masa check-out kot, sebab tu kena letak deposit. So, orang ingat sikit nak pulang kunci dan dapatkan semula deposit. Ok! Logik!

Water Park Wristband

Then kitorang diberi 6 wristband untuk masuk ke waterpark. Enche reception tu kata, wristband ni untuk sekali masuk. Aiiikkk?! Sekali masuk? Aku tanya kat dia semula sebab kalau sebelum-sebelum ni wristband yang sama boleh digunakan sehingga check-out keesokan harinya.

Then dia kata ini polisi terbaru. Wristband untuk sekali masuk sahaja. Bila keluar diorang akan potong wristband tu dan kalau nak masuk lagi sekali kena beli wristband baru.

Bukan itu sahaja, tahun lepas, harga wristband untuk masuk ke waterpark ialah RM10 - boleh pakai hingga pukul 12 tengahari keesokkan hari. Sekarang harga wristband dah naik RM15. So secara logiknya, harga wristband ni naik sehingga 3 kali ganda!

Melampau!

Dulu, budak 5 tahun ke bawah boleh masuk free. Sekarang 3 tahun ke bawah jer yang free. Harga wristband standard. So, untuk budak pun kena bayar RM15 jugak.

Towel

Ni lagi satu yang melampau. Dulu towel kat water park free jer. Boleh ambil berapa banyak pun. Tapi sekarang dah kena bayar! Sewa sehelai towel RM5! Melampau betul kan?!

Then bila orang yang bawak towel dari bilik (towel yang hotel sediakan) tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan waterpark. Boleh bawak masuk towel sendiri sahaja. Then ko aspect orang dah duduk kat hotel nak bawak towel sendiri dari rumah ker? Nonsense!

Aku nak balik bilik untuk ambil towel pun terbantut sebab dia nak potong wristband. Giler! Habis tu dah ambik towel then nak masuk kena beli wristband baru RM15! Ngarut betul!

Sian Niesreena dan Naufal. Mengigil-gigil bila kesejukkan sebab tak der towel. Nasib baik mama diorang ni hangat bagai comforter. Puaslah aku peluk-peluk diorang. Haaaiiiisssshhhh...

Waterpark

Ok... harga entry waterpark dah naik! Fine! Mungkin sebab dah ada benda baru kot...

Tapi...

Tak der benda baru pun! Kalau ada pun cuma bola besar tu. Tu pun kena sewa - RM10 untuk 10 minit. Tu jer lah... Mana ada benda baru. Yang kurang ada lah! Dulu ada belon giant untuk budak-budak main lompat-lompat, panjat-panjat. Tapi sekarang dah tak der!

Basikal ni dari dulu memang ada. Bayaran dia pun sama RM10 untuk 10 minint. Tempat main air rosak dan tidak berfungsi!

Dalam pool pun banyak tiles yang dah tercabut!

Haaaaiiiissssshhhh... harga naik. Tapi maintenance macam hampeh!

Swimming Pool

Masa register semalam, orang kat kaunter tu kata swimming pool biasa tu free. So, kalau nak ke swimming pool biasa tu, tak perlu pakai wristband. Tapi bila adik enche Neezam nak masuk ke pool tu on the second day without wristband, diorang tak kasi masuk jugak. Sebab... tak der wristband. Aikkk?! Kata free?!

Pelanggan mengamuk

Kedatangan kitorang kali ni bukan ajer aku dan enche Neezam rasa nak mengamuk. Tapi nampak beberapa insiden di mana pelanggan mengamuk.

Pertamanya, on second day, hari Ahad, pukul 11.15 pagi, seorang bapa dan anak ni bila keluar dari kawasan waterpark orang yang jaga kat situ nak potong wristband. Then ayah dia tu kata "kejap lagi kami nak masuk balik" tapi mak guard perempuan tu tetap berkeras untuk potong wristband kat tangan diorang. Kata mak guard tu, "kalau saya tak potong, nanti enche pergi depan (naik hotel melalui reseption) orang depan nampak nanti saya yang kena encik. Ni polisi baru, kalau encik nak masuk balik, encik kena beli wristband baru."

Hmmmm... apa lagi. Mengamuklah si ayah tu. Dia kata dia dan famili check-in untuk 3 hari 2 malam. Semalam dia sekeluarga dah masuk ke waterpark then petang tu dah kena potong. Pagi ni dia beli wristband baru, baru pakai 2 jam dah kena potong lagi! Then kalau nak masuk petang tu? Tak kan nak beli lagi kot?!

Melampau kan?!

Then insiden kedua, kat waterpark, pelanggan mengamuk sebab towel kena bayar! Kata pelanggan tu, "This is a nonsense policy! What kind of policy is this!" Hmmmm... kesian gak dengan budak yang jaga towel tu. Tak pasal-pasal kena marah.

Ni review yang aku jumpa kat agoda. Klik gambar untuk full view.

Aku sempat jugak berborak dengan beberapa orang penggunjung kat situ. Terkejut jugak bila kebanyakkan orang yang aku tegur tu adalah repeat visitors. Maksudnya, sama seperti aku, tempat tu (dulu) memang best dan santai sebab tu kitorang datang balik.

Tapi dengan policy baru yang sangat mengarut, ramai yang tak berpuas hati dan for sure tak kan datang lagi lepas ni. Polisi baru ni nampak sangat mementingkan keuntungan semata-mata!

Bantal dan tuala extra

Sebelum-sebelum ni kitorang datang mesti akan mintak extra towel dan bantal. Dulu free.

Sekarang... setiap extra bantal dikenakan RM10 dan extra towel dikenakan RM5!

Adooiiiii! Melampau betul!

Aku sempat jugak berborak dengan pekerja-pekerja kat situ. Kepoh betulkan? Hehehehe...

Diorang kata baru-baru ni management taman tema tu dah bertukar CEO - Singaporean. Sejak dari tu banyak polisi-polisi baru dan charges ntah hapa-hapa yang dikenakan.

Aku cakaplah dah beberapa kali aku datang tapi kali ni macam-macam pulak bayaran yang tak masuk akal dan wristband untuk sekali pakai jer memang sangat mendukacitakan.

Budak-budak kat situ pun cakap, diorang hari-hari dengar keluhan pengunjung. Bukan setakat keluhan, malah kena marah lagi. Padahal bukan salah diorang. Diorang hanya menjalankan tugas dan mengikut perintah sahaja.

Budak yang jaga towel tu kata sepanjang hari tak sampai 10 towel pun yang keluar.

Front desk pun ada cakap yang diorang (kakitangan) dah buat aduan bertulis pada pihak management tapi macam tak der apa-apa tindakan. Diorang pun dah bosan asik kena marah jer dengan pengunjung kat situ. Sekarang pengunjung dah tak ramai macam dulu sebab harga bilik diorang kat agoda pun dah naik.

Orang front desk tu kata kalau kitorang tak puas hati, better kitorang buat complaint kat website diorang atau bagi bad review samada kat agoda.com atau booking.com atau mana-mana hub hotel reservation. Semoga apa yang pelanggan tulis akan membuahkan hasil sebab staff punyer komplen, management tak layan.

Enche Neezam pun sempat bercakap dengan sales person yang kebetulan ada kat waterpark petang semalam. Sales person tu ambil gak notes dan katanya akan email enche Neezam.

Pekerja kat situ pun ada cakap jugak, tak lama lagi betul-betul berdepan dengan Bayou Lagoon tu pun akan bukak waterpark yang sama - under Sunway katanya. Diorang pun nak blah dari Bayou dan nak pindah ke tempat baru tu. Bye bye Bayou!

Hmmmm... kalau keadaan masih tak berubah dan polisi yang entah hapa-hapa ni masih dikekalkan, so agak-agak boleh maju ke Bayou ni? Diorang ada tambah 2 unit apartment baru. So akan datang, kalau apartment ni dah mula dibuka, tentu lagi ramai yang datang. Penuhlah waterpark yang sekangkang kera tu.

Tapi kalau orang dah tak nak ke sana, hmmmm... hantu jer lah yang tumpang duduk kat situ nanti. Huhuhu...

Apa-apa pun, Niesreena dan Naufal memang have fun kat sana. Obviously can see from the pictures, right? Seronok dan puas main air. Lepas ni kiter cari port lain plak yer anak-anak.

Oh! Did I mentioned that the lifts are daaaaaaaaaaaaaaamn slow?!

27 comments :

Anonymous said...

thanks for info n story :)

Juliet Le Sweetheart said...

No worries! :)

natasha said...

hi julie!sy asal dari kwsn area bayou lagoon tu,xjauh pun dari rumah sy..hr tu saja2 je jln area bayou lagoon tu,nmpk pelik coz xde org sgt pun..no wonder la gitu keadaannya sbb polisi mengarut2 dr management diaorg..nnti takut bayou lagoon tu akan jd mcm water city,bgnn yg berhadapan dgn traffic lite nk msuk bayou lagoon tu..dulu water city tu mcm bayou lagoon,apartment dgn water theme park tp sbb management xbetul,last2 tutup je..

joeayu said...

Salam kenal. Terima kasih utk info ni. Sy baru teragak2 nak ke sne. erm.. mikir banyak kali jugak...

Juliet Le Sweetheart said...

Hi Natasha... pernah dengar jugak pasal water city yang dah tutup tu dan dengar cerita depan Bayou tu pun akan bukak satu lagi ala2 yang sama. Tak tau lah dah bukak ke belum...

Juliet Le Sweetheart said...

Salam Joeayu...
Sebenarnya seronok kat sana. Tapi kena prepare untuk bayar extra charges tu lah. Dan prepare mental dan fizikal. Hehehe... Sekarang pun diorang dah tambah banyak benda baru, macam best gak... - boleh refer kat fb bayou...

Yus said...

Thanks for the review.. kensel nak ke sana.. sedang kan gold coast morib oun leh pakai wristband sampai masa check out... kalau bawak anak ramai lagi lah parah....

Anonymous said...

Tqvm untuk review yang sangat lengkap ini. Saya baru je plan nak ke sini tapi tak sure sama ada tempat ni ok ke tak. Nampak gaya tak jadilah pegi sini. Saya pegi Avillion Legacy jela...

Juliet Le Sweetheart said...

Welcome Yus & Anon...
Ini pengalaman ketiga saya kat sana. Actually tempat dia best tapi bila kali ketiga ke sana macam-macam terms tahapa-hapa (bagi saya) tu yang rasa macam tak best. Kalau rasa nak pergi, mungkin boleh pergi... dengarnya diorang dah buat penambahbaikan dan tambahan mainan air kat sana. Mungkin lebih menarik dan lebih berbaloi sekarang... :)

Anonymous said...

Assalamualaikum , harini saya ada call pihak bayou lagoon , dorang kata dorg still dgn polisi boleh pakai wristband smpai checkout utk penginap. So macam mana tu ? Kira dorg dah ubah balek ke ?

Juliet Le Sweetheart said...

W'salam wbt...
Baguslah kalau diorang dah tukar polisi. Macam saya cakap dalam post ni, masa saya pergi ni, wrist band akan dipotong setiap kali kita tinggalkan waterpark, tak kira samada anda penginap atau tidak.Kalau diorang dah tukar semula polisi macam ni, lebih baik... \(^^)/

ell said...

Saya baru pergi minggu lepas...
maybe da ubah polisi kot..
Wristband sy xkena potong pon smpi hari ahad.

Juliet Le Sweetheart said...

Hi Ell,

Ooooo... ye ke? Baguslah! Mungkin sebab ramai yang complaint kot. Kalau macam tu bolehlah kitorang plan ke sana lagi. Thanks for info! :)

Anonymous said...

2 Mggu lps, kami baru ke sana...service so so, lift mcm hampeh..tersangkut dlm lift adalah dlm 5 minit...anak yg kecik dah menangis...puas tekan loceng...tp x de tindakan...seb baik..pastu lift tu ok...tp dia naik dulu sampai plg atas, then baru turun balik....dpt kupon breakfast...tp mknn x byk pilihan...very limited...pendek kata...X BEST....

Juliet Le Sweetheart said...

Saya sekeluarga baru pergi lagi hujung minggu yang lepas. Lift memang masalah utama. Nasib baik kitorang dapat tingkat 3. So, turun naik pakai tangga jer...

FAZIDAH HANUM said...

Adeh! Baru rancang nak gi... mknanya gelang tgn je la boleh ulang pkai... tuala kena sewa mcm pn. Julie mangsor ckp tu ye?

Bende baru yg di tambah tu apa ye?

FAZIDAH HANUM said...

Adeh! Baru rancang nak gi... mknanya gelang tgn je la boleh ulang pkai... tuala kena sewa mcm pn. Julie mangsor ckp tu ye?

Bende baru yg di tambah tu apa ye?

Juliet Le Sweetheart said...

Salam Fazidah,

Thanks sebab sudi baca post saya. Saya ada pergi lagi baru-baru ni dan latest review saya di sini >>>
http://julieluvneezam.blogspot.com/2014/11/surprise-trip.html
Harga sewa tuala tetap sama dan ada tambah mainan baru..

Anonymous said...

Ya.. sy br call.. pakai shingga checkout..

Anonymous said...

Nak tanya sapa yang dah pernah pergi, out food boleh bwk ke theme park tu ke?

marz said...

Assalam.. Nak tanye.. Cemana nk booking yg apartmnt 3 bilik tu.. Sbb dlm agoda or booking.com xde pon.. Yg ade studio je

Juliet Le Sweetheart said...

W'salam Marz,
Selalunya ada dalam agoda atau booking.com. Kalau tak der, maksudnya bilik tersebut dah fully booked. Cuba call hotel, dan buat tempahanan melalui talifon. Saya pernah beberapa kali book apartment 3 bilik dengan agoda.com.

Unknown said...

Thanks info ni. Br nak bwk family ke sini... Xjadilah... Byk sgt yg "tersembunyi" nya...

Madame Bee said...

Ada Sesiapa yang boleh update latest condition pasal hotel ni? Saya dah booked bilik utk cuti krimas ni. Apt 3 bilik pun dah habis.

Unknown said...

Assalamualaikum kak. Saya nak tanya akak sewa apartment 3 bilik kan? Saya nak tanya setiap bilik ada sediakan bilik air sendiri ke?? Saya cuba call hotel tapi susah betul nak angkat. Harap akak sudi balas. Terima kasih :)

Juliet Le Sweetheart said...

W'salam Linda.
Ya, saya pernah booked apartment 3 bilik. Hanya 1 bilik je ada bilik air sendiri. 2 bilik lagi tak der. Tapi ada 1 lagi sharing toilet kat hall.

Mashitah Mamat said...

Alamak, baru jer survey tiket nak pergi Bayou.
tak sangka mencekik nih.
agak2 2017 ni, masih sama ke polisi nya. huhuhu

saya pergi Gold Coast Morib tahun lepas, towel kene sewa dan kene bayar deposit jugak. memang dorang tak benarkan bawak towel dari bilik hotel. boleh bawak towel sendiri, tapi macam sis cakap la, kita datang hotel, memang tak bawak towel dah. .

dan semua benda lah kene sewa.

tapi wristband tu boleh pakai dan masuk theme park guna wristband yg sama selagi stay kat hotel tu.

takut pulak nak pergi Bayou. hahahahaha

back to top