♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, December 4, 2013

Macam kenal jer... Macam comel jer...

Nampak tak? Nampak tak?

Nampak tak insan paling comel kat situ?

Kat situuuuuuu...

Dalam gambar kat ataaasss tuuu...

Nampak kan? Dr Khairunneezam kesayanganku... Over sangat!

Hehehhe..

Gambar tu diambil dari keratan surat khabar Utusan Malaysia hari ni. Rencana penuh seperti di bawah...

Kolej Permata Insan di USIM siap 2015

KUALA LANGAT 3 Dis. - Pembinaan kolej bagi program Permata Insan di dalam kawasan kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan yang bernilai RM68 juta dijangka siap menjelang 2015.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung program Permata Pintar Negara berkata, pembinaan kolej tersebut dilihat dapat memudahkan proses pendidikan program Permata Insan, melibatkan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima yang terpilih.

Menurut beliau, program Permata Insan adalah satu strategi bagi mencapai hasrat negara memenuhi keperluan melahirkan cendekiawan terulung.

"Bagi mencapai hasrat untuk melihat tercetusnya kumpulan yang bakal menjuarai cendekiawan Islam, kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM68 juta untuk membina kolej tersebut," katanya ketika berucap sempena lawatan kerja ke Kem Permata Insan Bilangan 2/2013 di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Jugra, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah PLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil; Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dan Pengarah Pusat Permata Insan, Prof. Datin Seri Dr. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim.

Sebanyak 210 peserta terlibat dalam program tersebut.

Rosmah berkata, matlamat Permata Insan bukan sahaja mahu melahirkan golongan cerdik dalam akademik dan spiritual sahaja, malah menjadi insan yang syumul atau lengkap dalam setiap aspek kehidupannya.

Melalui kem ini, pelajar Permata Insan telah menyertai festival kreativiti antarabangsa, The 9th World Creativity Festival: Mind Frontier (WCF 2013) anjuran Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) dan The Korean Society for the Gifted (KSG) pada Oktober lalu

"Pelajar kita, Mohd. Farhan Bryan Korn, 10, dan Sara Sophea Abdul Nawfar, 9, berjaya mendapat pingat gangsa dalam penulisan tesis bertajuk Ensuring The Children's Happiness: The Edu Fun Plan.

"Selain itu, Ahmad Faiz Yazid, 11, yang merupakan pelajar Permata Insan dinobatkan sebagai Juara Pidato Diraja Peringkat Kebangsaan 2013," katanya.

Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20131204/ka_01/Kolej-Permata-Insan-di-USIM-siap-2015#ixzz2mShsYcel

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments :

back to top