Niesreena dan Naufal; bila dah tengok Lost World ni depan mata, tak sabar-sabar dia nak masuk. Esok lah yer sayang... Hari ni dah tengahari, so rugi nak masuk sekarang. Malam ni kiter gi berendam kat kolam air panas dulu!
Kitorang check-in kat Hotel Lost World; betul-betul kat depan waterpark ni. Dua malam kitorang kat sini. Sebagai complimentary, kitorang dapat 2 tiket free ke Hot Springs & Spa dia untuk 2 malam jugak. But still Niesreena, Naufal dan Mak Su kena bayar jugak; RM17 sekepala. Oklah... still berbaloi.
Hot Springs & Spa ni cuma bukak pada waktu malam sahaja. Pukul 6 petang hingga 11 malam.
Aku ingatkan hot spring dia ni kecik jer. Rupanya luas jugak dan ada banyak kolam. Ada beberapa jenis kolam kat sini dan semuanya berbeza antara satu sama lain.
Memula kitorang lepak kat Saphira's Lair. Air kat sini, suam-suam kuku jer. Niesreena dan Naufal suka kat sini. Agak dalam buat diorang, tapi Niesreena dan Naufal memang tak suka tempat cetek. Diorang memang tak suka tempat untuk bebudak. Aku yang risau!
Tapi bagi aku, aku suka kat infinity pool. Air kat sini lebih panas dan rasa relax sangat! Berdekatan dengan pool ni jugak ada steam cave. Memang terasa kena kukus! Bila keluar jer dari pool yang lebih panas, terasa badan bagai dicucuk-cucuk benda sejuk.
Selain tu ada jugak foot spa. Sakit jugaklah kaki jalan atas batu dengan air panas tu. Tapi best!
Apa lagi ek? Ada beberapa lagi pool yang lebih panas. Kitorang takutlah nak masuk. Kat sini jugak ada spa untuk urut dan terapi. Tapi biasalah... harga lain.
Selain daripada kolam-kolam air panas, kolam air sejuk kat kawasan wave pool pun bukak jugak waktu malam. Cuma wavenyer tak der...
Memang best! Dan terasa relax sangat! Hampir pukul 11 malam baru kitorang gerak balik ke hotel. Niesreena dan Naufal biasalah... tak nak balik. Diorang tu memang hantu air!
Esok kitorang datang lagi k! Lebih advantures!
No comments :
Post a Comment