♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, December 21, 2013

I.P.O.H

Alhamdulillah... Kitorang selamat sampai kat Ipoh dalam pukul 11 pagi. Perjalanan smooth. Walaupun jem sikit kat highway tapi tak lah stuck lama. Cuaca hari ni pun alhamdulillah... best sangat! Redup jer!

Lepas gi hotel, register bagai, kitorang terus gerak gi bandar Ipoh. Nak check in pun awal lagi.

So, first destination kat Ipoh ni, tentu tentulah enche Neezam nak melawat 'tempat jatuh lagi dikenang, ni kan pulak tempat belajar' kan...

Mana lagi kalau bukan STAR, Ipoh.

The proud Starian-Staroba!

Enche Neezam tunjukkan tempat dia belajar dulu kat kitorang; Niesreena & Naufal, nilah tempat ayah belajar dulu! Memang mengimbau kenanganlah... abih nama kengkawan lama enche Neezam sebut, nama cikgu, aktiviti masa sekolah, macam-macamlah...

Ni asrama enche Neezam; rumah Putih!

Ni pulak bangunan sekolah. Dulu enche Neezam kelas 5R! Kebetulan sama jugak dengan aku masa kat sekolah menengah dulu; kelas 5R jugak - 5 Rajin. Enche Neezam kata masa dia sekolah kat sini dulu, dia pustakawan sekolah. Hmmmm... aku up sikit; aku KETUA PUSTAKAWAN sekolah tahun 1997. Ngeeeee...

Habis seluruh pelusuk STAR kitorang pusing. Sempat jugak makan kat Taman Cempaka berdekatan dengan sekolah. Sambung lagi imbasan kenangan enche Neezam. Hehehhe...

Lepas tu kitorang pusing-pusing bandar Ipoh. Enche Neezam cari tempat makan dia selalu lepak dulu; Medan Selera Dato' Tahwil Azar.

Paling menarik kat sini ialah lai chee kang dia. Memang klasik sebab ada sebiji telur burung puyuh dan kacang biji teratai. Marvelous!

Kebetulan semua makanan yang kitorang order sedap plak. Ke kitorang lapar???? Hehehhe... Tak jugak... sebab baru jer makan gak... Konfius jap... ;p

Satay perut... sedap!!!

Nasi lemak... sedap!!!

Sotong kangkung... sedap!!!

Popia kering dan basah! Sedap giler!!!

Alhamdulillah... kenyang...

Malam ni kiter gi mandi air panas plak k!

No comments :

back to top