Balik! Balik! Jom kiter balik!
Naufal dan Niesreena masih memujuk-mujuk aku untuk masuk lagi kat water park hari ni... Huhuhu... Tak reti penat diorang ni!
Next time kiter datang lagi lah yer... Esok mama kerja, ayah pun ada kelas...
Percutian kali ni memang berbaloi-baloi sangat! Budget kitorang...
(1) Dua malam kat Lost World Hotel cuma RM19.57
Terima kasih pada agoda.com!
Tips untuk dapatkan harga hotel murah... klik sini...
(2) Tiket masuk untuk 4 orang (2 x dewasa, 2 x kanak-kanak) ialah RM151.30. Kalau korang duduk kat Lost World Hotel, korang akan dapat 10% discount. Tapi kalau beli tiket online atau guna kad mesra Petronas korang akan dapat 15% off! Kitorang guna kad Mesra.
(3) Sebelum gerak ke Ipoh ari tu, aku check rebat plusmiles... Ada RM61 rebat! Alhamdulillah... Boleh cover untuk toll <> RM 64.00 pergi balik. So dengan rebat, leh cover toll. Jimat! Jimat!
(4) Tiket ke Hot Springs and Spas dapat 2 tiket free untuk 1 malam dari Lost World Hotel. So cuma tambah untuk Niesreena dan Naufal jer, satu kepala RM17.00.
So kesimpulannya kat sini, sila rancang perjalanan anda untuk dapat percutian yang menjimatkan... Hehehhe...
On the way balik, wajib singgah R&R Tapah untuk beli jambussss; jambu batu, jambu air madu dan jambu apple!
Alhamdulillah... perjalanan dan percutian kali ni smooth sangat! Semua orang pun happy!
Hmmmm... task aku lepas ni untuk percutian akan datang plak. Ke mana plak lepas ni?
Oooopppp... chop! Kena focus untuk 'Back to School' dulu!!!
No comments :
Post a Comment