Semalam aku pergi jemput Niesreena dan Naufal balik dari taska. Semasa melangkah masuk ke taska ada seorang wanita ni, ibu salah seorang budak kat situ yang berjalan terlebih dahulu di hadapan aku. Cuma beza beberapa tapak mendahului aku.
Bila dia sampai kat depan pintu taska tu, aku dengar perempuan tu tanya, "Yang mana Naufal?" Uuiiikksss... kenapa dia cari anak aku?
Kebetulan pada masa tu Naufal nampak aku dah sampai untuk mengambil diorang balik dan Naufal memang betul-betul berada kat depan pintu taska tu. So, bila penjaga taska tu tunjuk pada perempuan tu siapa Naufal, perempuan tu terus menengking dan mengacukan jari telunjuk dia ke arah Naufal sambil bertanya dengan suara yang tinggi, "Pukul kakak eh? Kenapa pukul kakak?". Naufal diam jer... Sambil mata Naufal memandang aku...
Aku yang terkedu mendengar soalan perempuan tu terus bertanyakan pada Naufal jugak. "Naufal pukul kakak? Kenapa?" Then perempuan tu kata pada aku yang Naufal pukul anak dia dengan kayu hoki! Terkejut aku mendengarnya. Terus aku bertanya pada penjaga tu, "Mana datang kayu hoki?" Penjaga tu kata, bukan 'kayu' hoki... tapi permainan yang macam kayu hoki tu, diperbuat daripada plastik. Korang tau tak? Mainan kayu hoki plastik kanak-kanak yang jual kat pasar malam RM5 hengget 1 set siap dapat bola plastik tu???? Lega sikit aku dengar... ingatkan betul kayu.
Aku rasa bersalah jugak Naufal pukul budak tu dan aku terus mintak maaf pada perempuan tu. Aku tanya anak dia yang mana. Dia kata anak dia dalam kereta, dok mengadu dada dia sakit sebab kena pukul dengan Naufal. Aku cakap sorry tapi perempuan ni buat tak tau jer dan dia masih tak henti-henti bertanyakan soalan yang sama pada Naufal, "Pukul kakak eh? Kenapa pukul kakak?". Loop dia macam tak nak berhenti! Siap jari telunjuk dia tu kat depan muka Naufal.
Lepas tu Naufal kata, "Sebab kakak pukul Naufal". Then perempuan tu kata, "Kakak mana? Ni? Ni?" Dengan selamba dia tunjuk pada budak-budak lain, termasuklah Niesreena.
Haaaiiissshhh... ni dah lain macam dah perempuan ni... terus aku tarik Naufal dan Niesreena masuk ke taska. Aku nak bayar yuran. Aku buat tak perduli kat perempuan tu. Aku mintak maaf dia buat tak tau jer... Habis tu nak buat macam mana???
Lepas bayar yuran, aku tengok perempuan tu dah tak der. Then aku jumpa balik dengan penjaga taska tu dan tanya perkara sebenar; apa yang terjadi. Budak taska tu kata Naufal berebutkan mainan kat tangan budak tu. Sebab tak dapat, Naufal pukul budak tu sekali dengan plastik hoki tu.
Penjaga tu kata lagi, dia nampak, tapi tak sempat nak tahan. Naufal pukul perlahan jer pun katanya. Tapi budak tu melalaklah jugak.
Then aku tanya lagi, budak yang Naufal pukul tu besar mana? Baby ker? Hmmmm... rupanya budak darjah 4! Hebat Naufal! Penjaga taska tu kata, "biasalah budak-budak..."
Aku bagitau kat penjaga tu, aku memang benarkan dia marah Naufal dan Niesreena kalau diorang buat salah. Tapi jangan sampai diorang takut nak ke taska. Kang satu masalah pulak pada aku dan enche Neezam.
Aku sempat jugak cakap dengan penjaga tu, kalau diorang ni takut sangat anak-anak kena sentuh, tak payahlah susah payah nak hantar anak pergi taska! Ko berhenti kerja, duduk rumah, jaga anak, wat home schooling... tak pun gi ngekoooorrrrrr jer mana anak-anak ko tu pergi. Bila anak-anak ko dah besar nanti, jadilah dumb and dumber!!! Ish... obviously aku memang emo giler dengan situasi macam ni!
Tapi honestly aku tak suka pendekatan yang emak budak tu ambil; datang dan marah anak aku! Helllooooo!!!
Last time, Niesreena dan Naufal pun pernah jugak kena pukul dengan budak jugak kat taska. Aku cuma nasihatkan diorang supaya defense diri sendiri, jauhkan dari berkawan dengan budak-budak yang suka memukul atau kalau dah tak der cara lain, kalau kena pukul jugak, pukul jer balik budak tu. Huhuhuu... pendekatan terakhir ni memang enche Neezam tak setuju sangat dengan aku. Tapi wat to do??? Tak kan nak tadah jer kan kalau kena pukul kan?
Aku tahu siapa budak-budak yang dok memukul anak aku. Tapi aku dan enche Neezam tak pernah nak pergi jerkah budak tu atau ibu bapa diorang. Let them settle among themselves. Ask them to look at each other and defense themselves! This is their world. Let them learn!
Bagi aku kiter sebagai ibubapa kena dulu didik anak kiter sebelum sebuk nak didik anak orang dalam hal-hal macam ni. Kalau ko dok tanya kat anak aku tak berhenti-henti "Pukul kakak eh? Kenapa pukul kakak?" Sampai tahun depan pun, kalau dia jawab samada "Ya" atau "Tidak" apa yang kau nak buat? Eeeee... tolonglah pompuan!
Ya! Aku memang marah pada Naufal sebab Naufal pukul anak orang. Berkali-kali aku cakap pada dia supaya dia tak buat lagi.
Dan ya! Aku marah jugak kat budak penjaga taska tu sebab dia bagitau kat perempuan tu yang mana satu Naufal. Sepatutnya dia tanya dulu kat perempuan tu, kenapa dia cari Naufal? Betul tak?
Dan ya lagi! Aku sangat menyesal sebab tak marah balik perempuan tu! Muahahahahha... Suka-suka hati kau jer nak jerkah-jerkah anak aku kan?
Sebenarnya aku memang terkejut dengan situasi macam tu. Memang tak ready langsung. Tapi next time, kalau ada orang yang sebuk nak brainwash anak-anak aku dengan cara macam tu, aku akan brainwash diorang dulu!!!