♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, January 26, 2013

Moving Day! | Seremban 2 to Sepang

Well... today is the day!!!

We're moving!!!

Banyak bendaaaaa sangat yang perlu disettelkan hari ni...

Packing

Uploading

Astro

Langsir

dan yang paling memenatkan dan mengambil masa tentulah

mengemas kain baju!!!

Selepas rumah dah dipasang grill dan lampu-lampu beberapa hari lepas, semalam baru kitorang berkesempatan untuk membasuh dan membersihkan rumah. Nasib baik ada adik-adik yang ada datang membantu. Thanks sangat!

~Lampu pun dah pasang! Yey!~

~Enche Neezam, yang sangat rajin :)~

~Clean and clear~

So hari ni, settelkan last minute packing dan balut semua barang-barang yang perlu dibalut!

~Ini separuh dari koleksi Levi's enche Neezam. Koleksi kesayangannyewwww...~

Pukul 3 petang, orang Astro datang rumah untuk pindahkan piring Astro. Disebabkan kitorang pengguna Astro Beyond, so kerja-kerja pindahkan piring Astro ni FOC! Yey! Selamat $$$$$$$$... Lepas diorang tanggalkan Astro, kitorang bergerak ke rumah baru untuk kerja-kerja pemasangan pulak. Kebetulan orang nak pasang langsir pun janji datang pukul 4 petang jugak. Memang kebetulan semuanya terkena hari yang sama. Tapi ok lah... semua settel serentak. Alhamdulillah...

~Ada orang tolong pasangkan langsir. Lega...~

~Signal Astro pun sangat kuat. Alhamdulillah...~

Hmmmm... masuk rumah baru ni semua barang nampak kecik. TV 42" nampak macam 14" dan peti ais yang kat rumah sewa nampak besar gedabak, bila masuk rumah baru, nampak cenonet jer. Kena tukar besar lagi ni gamaknyer... TV 60" ke kan? Kan enche Neezam? Kan? Kan? Huhuhu...

Lori sampai rumah dalam pukul 5 petang. Penuh lori 5 tan. Aku ingat barang kitorang sikit jer. Tapi... guullpp... Mana datang barang bebanyak ni?

Ini pun kitorang dah bawak barang sikit-sikit sebelum ni. Tak sangka boleh penuh macam ni. Enche Neezam kata, ada lagi kotak-kotak yang masih tertinggal kat rumah lama. Tak muat! Nanti terpaksa ambil sendiri kemudian... ***sigh***

Alhamdulillah... barang-barang yang dibawa dengan lori ni semua sampai ke destinasi dengan selamat. Tak der yang pecah, tak der yang rosak, tak der yang kemek malah calar sekalipun. Syukur sangat! Diorang pun buat kerja cepat dan tolong letak barang-barang di tempat yang sepatutnya; siap bawak naik tingkat atas. Tu yang penting!

Ok! Task sekarang ni ialah mengemas rumah!!! Yes! That is the hardest part!

Buat masa sekarang ni rumah memang macam tongkang pecah. Tak tau nak start mengemas dari mana. Sakitnya mata.

Kalaulah petik jari jer, semua kerja siap kan ker bagus. Huhuhuhu... berangan jer lah... Apa-apapun kena mulakan kerja walaupun pelan-pelan. Ye dak?

Terima kasih sangat pada semua yang membantu dalam proses perpindahan ni, terutamanya pada keluarga mertua. Banyak sangat membantu! :)

Ya Allah... terima kasih kerana kau permudahkan urusan kami hari ni...

Nak pengsan sekejap sebelum ke task berikutnya.... ZZZZzzzzzzzzz...

No comments :

back to top