You might also like...
|
|
|
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
~Cikgu Julie ;p~
Semalam merupakan hari terakhir aku berkhidmat SMCC. Aku terpaksa meletakkan jawatan seminggu lebih awal daripada tarikh terakhir aku sepatutnya berkhidmat. Kelmarin aku dah hantar surat perletakan jawatan aku sebagai KGSK kepada Puan Pengetua. Dan pagi semalam baru aku sempat jumpa dia. Dia terima perletakan jawatan aku dan mengucapkan semoga aku berjaya.
So, sebelum aku meninggalkan sekolah, aku sempat menyiapkan beberapa kerja. Yelah... takkan nak tinggalkan gitu jer kan? Tak sedaplah pulak...
Sempatlah jugak aku kemaskini markah-markah sukantara dan acara akhir hari sukan, memandangkan aku ialah penyelaras markah pada hari sukan nanti; kemaskini rekod bacaan NILAM pelajar-pelajar aku; kemaskini SMM kelas aku dan macam-macam kerja lagi.
Kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu tingkatan 1 pun sempat aku siapkan dan simpan ke dalam almari keselamatan. Yang aku tak sempat ialah menanda sebahagian besar buku-buku pelajar-pelajar aku. Huhuhu... tak larat lah! Biarlah cikgu yang seterusnya nanti yang menanda yer... huhuhu...
So, melangkah keluar untuk kali terakhir, sempat jugaklah aku berjumpa dan bermaaf-maafan dengan guru-guru dan kakitangan SMCC. Ye... terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pengalaman selama sebulan lebih aku berkhidmat di sini... :)
Selama aku menjadi GSTT dan guru KGSK ni, aku berpengalaman mengajar 3 buah sekolah yang berlainan kategori. Aku pernah mengajar sekolah menengah campur + teknik, sekolah rendah dan yang terakhir ni sekolah perempuan sahaja. Ketiga-tiga sekolah ni banyak memberikan aku pengalaman mengajar yang berbeza-beza.Kalau dulu, ramai yang menyangka yang kerja guru ni adalah satu tugas yang mudah. Deal dengan budak-budak, kerja separuh hari, banyak cuti! Tapi sebenarnya, tugas mendidik anak bangsa ni bukanlah satu tugas yang mudah. Kena banyak sangat bersabar dengan budak-budak, kena pandai mengacu dan membentuk diorang, kena cari 'suis' untuk membuka mata dan minda diorang! Sangat susah! Dari pra sekolah hinggalah ke sekolah menengah, semuanya dengan perangai, ragam dan dugaan yang berbeza-beza! Lebih-lebih lagi budak-budak zaman sekarang ni, bukan boleh ditegur apatah lagi disentuh. Silap-silap cikgu pulak yang kena saman! Huhuhu...
Insya Allah... lepas ni aku tak kan mengadap budak-budak sekolah lagi! Tak kan membahasakan diri aku 'cikgu' lagi! Tak kan berpening-pening nak cari bahan mengajar lagi! Selamat tinggal semua tu! Muahahhahaha...
Insya Allah beberapa hari lagi aku akan berdepan pulak dengan cabaran dan persekitaran kerja yang baru. Aku harap, inilah yang terbaik untuk aku.
Chaiyok Julie!!!
You might also like...
|
|
|
*Yup! Sambungan dari post yang lepas...
Because...
I am
HIRED!
Weeeehhiiieeeeee!!!
* * * * *
Hmmmm... mungkin tak sempat aku nak cerita kat dalam blog aku sebelum ni...
Dah 6 bulan aku dan family balik ke Malaysia. Dalam masa 6 bulan ni, tak banyak temuduga kerja yang aku pergi. Boleh dikira dengan jari, sebelah tangah jer!!! Huhuhu...
Temuduga pertama, ialah temuduga KGSK! Alhamdulillah aku berjaya. Tapi KGSK cumalah kerja kontrak dan on call. Bila ada cikgu cuti bersalin, barulah ada kerja. Gaji pun ikut gaji hari. Bak kata orang, kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Cewah! Huhuhu... cam sedih jer bunyinyer yerk... Ye lah... bila kerja, barulah ada gaji. Bila cuti, hmmmm... melepaslah kan... ;p
Tapi alhamdulillah... setakat ni, kontrak KGSK aku masih penuh lagi. Tahun lepas, aku kerja sampai cuti sekolah. Dan tahun ni aku masuk semula kerja bila penggal persekolah bermula. Cuma rugi masa cuti akhir tahun hari tu lah. Tak kerja... so, tak der lah gaji... huhuhu...
Temuduga kedua yang aku gi ialah temuduga kat Hong Leong Bank. Tapi jauh sangat dari rumah. Kat PJ. Basic pun ciput jer sebab lebih kepada elaun atau bonus bila dapat sales. So, aku rasa, kalau aku dapat pun kerja ni, mungkin aku terpaksa tolak. Cuma aku gi gak interview hari tu sebab sajer nak rasa pengalaman interview. Hmmmm... memang nervous habislah hari tu... gegel gegel... huhuhu...
Temuduga ketiga yang jugak temuduga terakhir aku gi ialah di satu private company kat Shah Alam. Masa gi interview tu, aku rasa confidence sikit daripada interview kat Hong Leong Bank tu. Diorang pun ada buat test masa interview tu dan alhamdulillah aku pass. Hmmm... aku tak lah harap sangat kalau dapat kerja kat situ sebab aku prefer untuk bekerja kat area Seremban. Tapi kalau dapat, mungkin aku akan gi sebab company tu nampak cam best jer. Hehehe...
Dalam masa 6 bulan ni jugak, ada jugak beberapa kali aku dipanggil interview. Tapi aku tak pergi. Bukan apa... masa apply kerja kat jobstreet.com tu, aku main apply jer. Klik! Klik! Klik! Tapi bila dah kena panggil interview, barulah aku review balik setiap jawatan tu; kekadang aku terpaksa tolak panggilan interview tu sebab basic dia kecik, lokasi jauh, company ntah hapa-hapa, task kerja yang bukan bidang aku.
Enche Neezam pun banyak applykan kerja untuk aku. In fact, yang temuduga ketiga aku pergi tu pun enche Neezam yang tolong applykan. Merata-rata tempat enche Neezam tolong hantarkan resume dan segala 'mak nenek' aku. Huhuhu...
Alhamdulillah... beberapa hari yang lepas aku dapat panggilan daripada tempat yang aku gi temuduga terakhir tu. Dan diorang offer kat aku jawatan tu. Yeyyyyyy!!! Seronok betul! Bersyukur sangat! Diorang nak aku datang lapor diri hari Rabu lepas cuti Maulidur Rasul yang akan datang. :)
Alhamdulillah...
Aku harap kerja ni ok lah... Aku pun dah malas dan penat nak cari-cari kerja lain. Nak masuk gomen lagi lah susah. Tapi aku rasa ok lah kalau aku kat private memandangkan enche Neezam dah kerja gomen. Ye tak?
Happy sangat bila dah dapat kerja. Tak mengganggur lagi... tak bergelar surirumah sepenuh masa dah!
Cuma...
... ada beberapa perkara yang asyik bermain-main di kotak fikiran aku ni... membuatkan aku bingung dan tak boleh tidur... kekadang tu jadi sedih...
Kenapa yer?
Nantilah aku ceritakan dalam post yang akan datang yer... :(
You might also like...
|
|
|
*Just send my tender to the boss*
T
O
B
E
C
O
N
T
I
N
U
E
D
...
You might also like...
|
|
|
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com