♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, August 8, 2019

Susun semula frame

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dah rearranged frame! What do you think? Better?

Lepas gantung frame kat bilik Niesreena Khairunneezam hujung minggu lepas, rasa macam tak puas hati je. Rasa arrangement frame tu tak kena dan frame besar tu tak tergantung kemas sebab guna satu penyangkut je kat tengah.

~ Before ~

Masalah frame canvas macam ni ialah kayu dia sometimes tak lurus. So tak melekap betul ke permukaan dinding. Dari bayang-bayang tu dah nampak kan?

So, keesokkan harinya, aku turunkan semula frame-frame tu dan rearranged semula. Frame besar tu aku pasang 2 penyangkut, kiri dan kanan, kat bahagian dalam kayu. So, tak nampaklah penyangkut kat dinding tu dan frame pun terlekat kemas je ke dinding. Cabaran pasang dua penyangkut ni ialah kena kira tinggi dan lebar antara penyangkut tu kena sama tinggi kat dinding dan sama lebar dengan penyangkut kat frame.

Ya... gigih! 💪🏻💪🏻💪🏻

Janji tak sakit mata... Tak lena tidur dibuatnya tau selagi tak betulkan... huhu...

Alhamdulillah... settle buat sorang-sorang. Tak de orang kacau... puas hati...

Oooo... dinding ada 💗 tu pasang stiker. Setiap titik kira sendiri... stiker beli kat shopee. Senang je. Korang pun boleh buat.

Camner? Better tak arrangement baru? 😅

~ After ~

Niesreena suka warna purple.<

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top