♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 31, 2016

Tips | Tampal tag nama atau lencana

Dah hampir genap 3 bulan bersekolah, minggu lepas baru dapat tag nama. Tag nama yang jenis kena jahit kat baju.

Haiiiissshhhh... aku lemah betul bab-bab menjahit ni. Tangan kayu!

Huhuhu...

Apapun, ni nak share tips yang kawan aku ajar, cara mudah untuk tampal lencana atau tag nama.

Dengan menggunakan gam UHU!

Yup! Gam UHU! Lebih baik dari gunakan jarum peniti.

Letakkan sedikit gam kat belakang tag tu dan tampalkan betul-betul kat tempat yang nak dijahit.

Kalau guna jarum peniti, kadang-kadang bila masa kita nak jahit, tag tu akan bergerak. Tapi dengan menggunakan gam UHU ni, memang ia akan terletak kemas jer kat situ. Nak jahit pun senang.

Dah siap jahit!

Serius senang. Korang cubalah yer!

Hmmmm... masalah bila dah tampal tag nama jenis ni ialah baju tak boleh rendam dalam clorox. Kalau rendam habis warna kat tag nama tu pudar. Tapi baju Naufal ni, kalau tak rendam clorox... kotornya... nauzubillah...

Haaaiiiissshhhh... kena cari tips tak untuk pastikan baju putih bersih tanpa gunakan clorox pulak.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top