♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, March 28, 2016

Progress renovation rumah minggu 1

Officially, renovation rumah bermula hari Isnin yang lepas; 21hb March 2016.

Sejak hari pertama, kitorang memang ada pergi tengok-tengok rumah sebab nak tengok progress yang diorang buat. Alhamdulillah... setiap kali pergi tengok, memang ada peningkatan.

Kerja renovation rumah dimulakan dekat bahagian dapur terlebih dahulu.

Hari pertama.

Enche Neezam ada pergi pagi tu ke rumah dan tengok ada pekerja dan peralatan dah sampai. And of course, buat pembayaran pendahuluan pada kontraktor.

Hari ke-2

Diorang dah ikat lantai dapur dan tanam besi untuk tembok.

Hari ke-4

Dinding dapur dah mula dinaikkan.

Grill belakang dah bukak dan dinding baru dah dinaikkan. Table top sedia ada pun dah dipecahkan.

Actually, ini ialah area dapur basah. Tapi besar sangat. So, kitorang decide untuk jadikan study area.

Hari ke-6

Dinding dapur dah naik sepenuhnya.

So, ini ialah baki tanah yang tinggal kat tepi dapur dan belakang. Lebih kurang 2 kaki. Ok lah... boleh lalu. Tak lah sempit sangat.

Untuk bahagian depan pun diorang dah tanggalkan lampu dan kipas serta tanda aras untuk lantai tingkat atas.

Hari ke-7

Pintu dari dapur kering ke basah dah ditebuk.

Awning sedia ada kat area dapur baru pun dah dibuka.

Kayu untuk lantai tingkat atas pun dah susun. Bila tengok dari bawah, nampak besar jugak bilik Naufal ni nanti.

Yang paling excited bila tengok dinding kat tingkat atas untuk bilik pun dah ditebuk.

Kayu-kayu untuk simen lantai atas pun dah sampai. Rasanya minggu kedua ni akan ada lantai untuk bilik baru pulak kot. Insya Allah...

Alhamdulillah... setakat ni aku dan enche Neezam memang berpuas hati dengan progress kerja diorang. Kira cepatlah... dan setiap kali datang mesti ada benda baru yang dah buat.

Kitorang pun tak boleh datang hari-hari atas tuntutan kerja. Tapi dua hari sekali mesti nak gi tengok. Hmmmm... kalau boleh nak tengok hari-hari!

Huhuhu...

Semoga semuanya berjalan lancar!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top