♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, January 2, 2016

Orientasi tahun 1 Khairunnaufal

Hari ni Naufal bersemangat betul nak ke sekolah. Senang sangat bangun pagi.

Naufal memang excited sangat nak mula sekolah. Naufal seronok sebab tahun ni Naufal bersekolah di sekolah yang sama dengan kakak dia, Niesreena. Dan Naufal lebih seronok lagi sebab kali ni Naufal pergi sekolah dapat bawak duit belanja sekolah!

Alhamdulillah, masa pendaftaran, Naufal dapat jumpa semula dengan kengkawan lama dia. Kengkawan dari Miftahul Ulum dan kengkawan dari Little Caliphs. Naufal nampak seronok sangat. Aku dan enche Neezam pun rasa lega bila tengok ramai kengkawan Naufal kat sekolah yang sama.

Berbanding dengan masa hantar Niesreena mendaftar tahun 1, 3 tahun yang lepas, tahun ni memang tak nampak ada bebudak tahun 1 yang menangis sebab tak nak atau takut nak sekolah. Semua nampak relax dan happy jer. Bagus betul!

Alhamdulillah... urusan pendaftaran berjalan lancar. Lepas settle urusan kat sekolah, lepaskan hajat Niesreena nak makan Subway.

Dan ambil gambar passport Naufal.

Lega... selesai satu perkara!

Minggu depan adalah minggu yang sibuk dan penting. Tapi Insya Allah, lebih banyak benda yang boleh settle. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Amin...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top