♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, January 11, 2016

Minggu kedua persekolahan dan rutin harian

Dah masuk minggu kedua sekolah.

Niesreena dan Naufal masih bersemangat macam minggu lepas jugak.

Dan mama pun masih bersemangat lagi menyediakan bento diorang setiap pagi. Alhamdulillah.

Setiap pagi aku akan bangun pukul 5.30 pagi, sediakan bento dan sarapan. Sarapan memang wajib. Paling-paling pun, semangkuk corn flakes dan susu. Bento aku prepare simple jer. Asalkan ada bawak. Sian nak biarkan diorang beratur panjang-panjang kat kantin.

Pukul 6 pagi baru Niesreena dan Naufal bangun. Enche Neezam akan hantar Niesreena dan Naufal gi sekolah dan terus ke office. Bila diorang dah keluar barulah aku pulak boleh bersiap untuk ke office.

Malam, sementara tunggu isyak, mengaji. Tahun ni dah boleh harapkan Niesreena untuk pantau Naufal mengaji.

Niesreena ajar Naufal mengaji agak garang jugak.

Tengok muka Naufal, hampir nak menangis.

Masa ni Niesreena marah Naufal,

"tengok buku! Jangan tengok muka kakak! Ingat muka kakak ada jawapan ke?!"

Huuuiiissshhhh... garang betul!

Niesreena pulak akan mengaji dengan ayah dia. Enche Neezam lagi garang. Kadang-kadang dulu dengar jugak Niesreena tersedu-sedan sambil mengaji. Lama-lama Niesreena semakin baik dan lancar.

Ni area lepak kitorang lepas makan malam.

Yup! Study time.

Buat kerja sekolah, buat revision. Aku pun kena buat homework gak sebelum mengajar diorang. Lebih-lebih lagi bila nak ajar Niesreena. Memang aku sendiri kena study dulu.

Pukul 10 malam Niesreena dan Naufal wajib masuk bilik tidur. Alhamdulillah... dari dulu sampai sekarang memang tiada bantahan bila suruh tidur. Memang senang.

Lepas tu barulah aku boleh teruskan kerja aku yang lain. Kadang tu tak larat nak buat apa dah. Nak lipat kain pun terasa penat.

Alhamdulillah... syukurlah dapat suami yang ringan tulang dan sentiasa membantu dengan kerja-kerja rumah. Rasa ringanlah sikit beban kerja rumah.

Semangat!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top