♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 17, 2015

Oh, senangnya sains!

Last week aku terjumpa komik-komik ni yang diletakkan di rak Sains sekolah rendah kat sebuah kedai buku ni.

First time aku jumpa buku sains dalam bentuk komik. Yaaaa... call me outdated! Huhuhu... Aku sempat selak-selak dan mendapati isi kandungannya agak menarik! Karektor-karektor kartun yang comel dan cara penerangan yang menarik, gambar-gambar yang berwarna. Mesti Niesreena suka! So, aku belikan kedua-dua buah komik ni buat Niesreena. Actually, aku pun berminat nak baca jugak!

Niesreena memang sukalah bila mama dia bawak balik buku, terutamanya komik. Niesreena memang suka sangat baca komik!

Tetiba Niesreena tanya "Mama, kromosom tu apa? Niesreena tak paham yang ini..."

Apa?!

Ehhhh... tergeliat jugak menerangkan. Kena refresh memori bagai. Pastu kena terangkan sebaik-baiknya. Ntah Niesreena faham ke tak. Tapi dia angguk jer. Hehehe...

Banyak jugak Niesreena dok tanya pasal biologi. Aku pun dah dok pening. Akhirnya aku simpan komik biologi tu dan suruh dia baca fizik jer.

Actually kat sekolah dulu tingkatan 4 & 5 memang tak ambil matapelajaran fizik. Tapi bila baca komik ni rasa macam... Oh! Senangnya sains! Hahahaha... memang sesuai dengan nama komik ni.

Ni ke yang diorang belajar kat sekolah dulu??? Tapi rasanya... mesti berdabal-dabal susah kan?

Pagi tadi, sempat baca komik ni, cerita pasal macam mana kiter boleh nampak warna merah. Then ada cerita pasal warna macam kat bawah ni.

Rasanya macam salah jer. Bukan warna asas ialah Merah, Biru dan Kuning ke???

Ni mesti silap ni.

But overall, komik ni memang menarik! Memang korang akan rasa oh, senangnya sains...

1 comment :

Wazie said...

Warna asas ada beberapa jenis. Warna asas yg buku tu sampaikan ialah warna asas dalam komponen cahaya (RGB). Kalau merah, biru dan kuning, itu ialah warna asas untuk pewarna (bahan kimia). :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top