♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 12, 2015

#aidijuma #AJdihatiku

Budak dalam chat ni lah yang kenalkan aku tudung comel-comel keluaran Aidijuma. Memula kirim satu kat dia, pastu dua, pastu... errrr... dah tak terkira dah... Tapi tak boleh lawan, dia punyer koleksilah... Taiko! Huhuhu...

Memang comel! Aku suka!

TQ Aireen sebab kenalkan akak dengan tudung bawal AJ nih!

\(^^)/

Sebelum ni, aku tak pernah gi concept store Aidijuma. Pernah nampak dulu, tapi tak pernah masuk sebab tengok dari luar tak der pun tudung yang diorang jual! Kedai kosong jer! Aku pun tak paham!

Rupanya, once diorang keluarkan tudung, corak baru, dalam masa 3-4 hari, semua sold out! Giler tak! Sebab tu kalau tak der design baru keluar, so kedai AJ memang sangat lengang dan tudung pun tinggal saki baki yang mungkin ada defect je.

So, disebabkan chat di atas tu, hati aku melonjak-lonjak nak gi cs AJ malam tadi. Tapi tak berjaya! Huhuhu... Sadis... Enche Neezam kepenatan... nak beradu...

So, pagi ni, awal-awal lagi bagitau enche Neezam, kata nak singgah Mydin MITC. Tapi tak bagitau nak gi Aidijuma. Ni tak bohong kan? Cuma tak bagitau jer... Huhuhu...

Bukan apa... enche Neezam dah geleng kepala tengok tudung aku yang melambak kat rumah tu. Nak tambah lagi??? Memang nak kena tembak kot.

(^^")y

Aku sebenarnya memang malas nak gi cs AJ ni, sebab tengok kat fb, diorang beratur kemain panjang semata-mata nak masuk kedai. Ada yang sanggup berkampung depan kedai lagi sebelum kedai buka! Siap ada yang bergaduh-gaduh sebab potong q bagai! Memang giler havoc! Aku memang tak lah!

Tapi memandangkan dah alang-alang dekat. So, ingat nak singgah je lah. Kalau orang tak ramai, aku masuk. Tapi kalau kena beratur panjang, ambik nombor bagai, eeee... laki aku tak sanggup nak layan!

Design yang keluar semalam pun comey sokmo! Tu yang beria gak nak gi dapatkan satu!

Comey kan?!

Comey sangat Bl tu!

Dah dekat sampai Mydin, aku bagitaulah jugak niat sebenar aku ke Mydin ni pada enche Neezam. Geleng kepala jer dia. Marah jugak! Tapi marah-marah sayang lah.... Hehehe...

Alhamdulillah... jumpa kedai! And the best part, memang tak ramai. Tak perlu beratur pun. Terus masuk je.

Bl AJ kali ni memang comel. Tapi banyak sangat defect! Pekerja dia pun komplen yang sama. Banyak yang kena pulang balik. So, kena cari betul-betul. Gambar kat atas, cuba tengok rak sebelah kiri, dah kosong! Tu untuk tudung-tudung barulah tu!

Alhamdulillah, aku dapat jugak 1 set dan untuk diorang yang dok kirim, semua dapat!

Niesreena pun nak satu. Yang pelangi tu Niesreena punyer. Comel kan?!

Bilalah nak insaf membeli tudung ni? Makin lama, makin cantik plak design yang keluar. Tapi nasib baik harganya murah-murah je. Tudung paling mahal pun cuma RM33 jer.

Yang aku pakai bawah ni just RM20 je. Design 2-in-1. Pagi aku pakai 1 design.

Malam, aku just pusing tudung dan pakai tudung yang sama tapi design lain.

Best kan!

So, korang, kalau nak tau apa design terbaru Aidijuma, bolehlah ke instagram AJ di
https://instagram.com/aidijuma/

Kalau korang nak beli online boleh ke
http://www.aidijuma.com/

Tapi kat online shop AJ ni selalu sangat 'sold out'.

Atau boleh beli kat group fb Bawal Aidijuma Sale.

Kat sana ramai yang dok jual, beli dan swap tudung. Cuma harga kat sini dah up sikitlah. Dah termasuk upah, postage dan untung diorang. Tapi kena berhati-hati, jangan sampai kena tipu. Duit dah bayar, tapi barang tak sampai. So, sebelum bayar, make sure korang stalk fb penjual tu dulu. Tengok, ada tak komen-komen yang mencurigakan dan tak puas hati. Belilah dengan berhemah yer pecinta-pecinta AJ sekalian, sebab kadang-kadang ada jer orang yang nak ambil kesempatan.

Beberapa hari lepas, jumpa kat fb, orang nak jual tudung, harga asal tudung kalau beli kat kedai baru RM20 then nak jual RM165. Gilos! Yang menjual tu gilos! Yang membeli dabal-dabal gilos! Huhuhu...

2 comments :

emica said...

sis.
tu koleksi sis ke?
tu gantung pakai ape?

Julie Mangsor said...

Hi Emica,

Ya... itu koleksi saya. Tempat penggantung tu sebenarnya rak kasut. Memula semua sidai kat situ tapi bila banyak tudung tak muat dan mula nak runtuh je. So, saya beli hanger kecik-kecik dan sangkut je macam ni... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top