♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, June 3, 2014

✿ Kaison ✿

Korang... kalau orang pompuan, mesti suka tempat ni! Gerenti!

Kaison!

Yup! This is my fave place too! Everytime balik KL mesti ajak emak cuci-cuci mata kat Kaison Festival City. Konon cuci mata... Tak sah kalau duit tak terbang!

Huhuhu...

Korang, orang pompuan, kalau tak pernah jejak kaki kat Kaison ni... huh! Ruginya...

Well, kat Kaison, macam-macam barangan deko rumah ada kat sini. Perkataan 'Kaison' tu sendiri bermasud home@rumah, so, of course lah tempat ni banyak barangan deko rumah. Daripada barangan perhiasan dan deko hinggalah barangan untuk DIY. Sumer ada!

Yang menariknya, bagi akulah, barang-barang kat Kaison ni comel-comel! Manalah tak besar nafsu aku membeli.

Tak cayer? Jom cuci mata... Gambar-gambar ni aku snap khas untuk korang. Huhuhu... (^-^)y

Antara yang menarik kat sini ialah gambar perhiasan yang pelbagai!

Kat bawah ni, gambar 3 in 1! Kalau ada dinding yang luas, sesuai sangat letak gambar-gambar ni.

Ok! Yang kat bawah ni sangat menarik!

Mix and match, 7 in 1! Gambar seragam tapi tak sama, kira adik-beradiklah cuma saiz berbeza. Sesuai untuk dilekatkan kat picture wall atau kat tangga. Dan harganya pun tak lah mahal sangat!

The young lady in the pic is my beloved mom. Berkira-kira nak beli atau tak... Beli jangan tak beli! Gunalah motto aku pakai... "biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli!"

Huhuhu...

This one my fave!

Nice, cute and tidy kan... Saper nak belikan untuk aku angkat tangan! Birthday aku bulan ni!!!

Hehehehe... Tak malu!

Terdapat jugak pelbagai jam dinding yang comel-comel gitew! Jam dinding cupcakes dan Eiffel Tower tu baru RM19.90. Ok sangat kan?!

Orait! Kat bawah ni sekarang menjadi kegilaan!

Font!

Korang pun nak benda ni, betul tak? Cepat grab kat Kaison! Yang kecil tu harganya RM1.90 satu. Yang besar tuuuuu... tak ingat! Huhu... Tapi lebih kurang harga seggit dua cam tu lah. Tak mahal pun!

Kat sini jugak ada dijual pelbagai jenis wallpaper dan kertas tint cermin. Macam-macam corak yang menarik. Ada banyak pilihan.

Tempat letak majalah ni comel kan?!

Kalau letak kat bilik Niesreena, comel sangat!

Macam-macam lagi ada kat sini. Dan seriusly... harga kat Kaison ni masih mampu milik lagilah. Taklah tak masuk akal sangat.

Cuma ada jugak aku jumpa barang kat sini harganya RM15.90 tapi jumpa sebijik barang yang sama kat Mr DIY baru RM8.90. So, pandai-pandailah survey sebelum berbelanja yer kengkawan. Tapi jangan survey lama-lama. Nanti tak sempat nak grab...

Huh! Hujung minggu lepas, aku sempat menjelajah ke Kaison, Ikea (Ikea tengah reno, tak best!), Mr DIY dan Daiso. Hahaha... Jalan-jalan cuci mata dengan emak. Memang terbaik! Bersih mata kena cuci... Bersih gak purse, habis duit! Huhuhu... Sssshhhhh... jangan bagitau enche Neezam!

So, korang, antara Kaison, Mr DIY dan Daiso, yang mana satu menjadi pilihan hati?

4 comments :

O'gosh Iskandar said...

semua pun pilihan hati...kalau pergi sini ada niat dan list pun bole terbabas ambik benda2 lain..huh

Julie Mangsor said...

Setuju sangat!!! Dulu gi kaison, kononnya budget duit bawak sikit-sikit... so tak terbelanja banyak. pastu tak tahan... gi cucuk gak... haiiissshhhh...

Sha Nikitasakura said...

ohh..sgt best brg2 kt kaison..mesti kena pergi ni.

Julie Mangsor said...

Wajib! Hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top