♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, July 11, 2010

Sayonara UQL 155

Hari ni, kami officially tidak mempunyai kereta lagi... huhuhu... sedihnya... Kereta kecil warna merah kitorang tu telah diambil alih oleh tuan barunya.

Honestly, aku memang terasa sangat kehilangan kereta tu. Sepanjang ia berkhidmat dengan kitorang selama 2 tahun lebih ni, kereta tu tak pernah merangam. Kadang-kadang tu aku takut bila dengar kengkawan mengeluh sebab terpaksa mengeluarkan beratus ke ribu dollar untuk kereta diorang; itu rosaklah, ada yang perlu digantilah, ada yang bocorlah, ada jer yang tak kena...

Tapi alhamdulillah, kereta kitorang, walaupun kitorang beli pun murah jer, tapi tak pernah buat hal. Minyak kereta pun jimat! :) Tak kesahlah walaupun ada orang yang kata kereta kitorang tu kecik sangat, cc pun tak sampai 1! Yang penting, kereta tu dapat bawak enche Neezam berulang alik ke uni dengan selamat! Walaupun cc nya kecil jer, tapi kereta tu dah bawak kitorang sehingga ke Phillip Island dan Anakie!

Aku ingat lagi... dulu enche Neezam beli kereta tu masa Niesreena setahun lebih. Lebih kurang baya Naufal sekarang. Dan sekarang, pada usia Naufal lebih kurang Niesreena masa enche Neezam beli kereta tu dulu, kereta tu dijual pulak.

Dulu, masa baru beli kereta tu, barulah kitorang pandai nak ronda-ronda suburb. Barulah senang nak berjalan ke rumah kengkawan. Barulah boleh nak bawa Niesreena ke beberapa park yang best-best yang jauh-jauh sikit dari rumah. Beli barang dapur pun boleh beli banyak terus! Terasa hidup semakin senang dan semakinlah bahagia dan ceria. Cewah!

Best lagi... dengan adanya kereta tu... dapatlah kitorang gila-gila shopping kat DFO aritu! Hehehe...

Kereta itu selalu jugak dipinjamkan kepada kengkawan. Lebih-lebih lagi masa kitorang balik bercuti ke Malaysia dulu. Kereta tu selalu bertukar-tukar tangan. Biasanya yang pinjam masa tu ialah orang-orang yang baru tiba di Melbourne. Yang baru nak bina tapak kat sini. Kereta itulah yang bawa diorang gi cari rumah, kereta dan barang-barang keperluan kat sini. Dengan kereta tu jugak, kitorang selalu tumpangkan kengkawan untuk ke sana ke mari. Dan dengan kereta itu jugaklah kitorang bawa, mak dan ayah mertua aku berjalan-jalan kat sini dulu...

Walau bagaimanapun, aku bersyukur sangat sebab kereta tu dijual kepada orang Melayu juga. Bekeluarga seperti kitorang jugak.

Aku harap, lepas ni, kereta kecil warna merahku itu dapat berkhidmat dengan baik, sebagaimana baiknya ia bila bersama kitorang dulu. Dan aku jugak harap, tuan barunya, akan menjaganya dengan baik, lebih baik daripada kitorang menjaganya dulu... :')


2 comments :

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

jangan sedih. Miya jaga elok2. ;)

bak kata Miya "Ameeya's yed (red) car! Ameeya widing (riding) in car. Ameeya's chair, papa's chair, mama's chair. widing in the car". Cukup possessive tu.

aritu time bwk blk, keta tu overheat tapi sempat la sampai area brunswick. so we all stop kejap. lepas tukar aje to the old cap, terus turun cantik temperature tu. so i kata sah la kereta ni sentimental nak tinggal kan tuan lama dia. cap baru tu dia tak berkenan. nak cap lama gak. macam2 tuan lama aku tukar cam tak sayang aku. hahaha...

*juliet le sweetheart said...

hehehheehe... hopefully kereta tu ok lah. kena cari cap yang dia berkenan jugak nanti. nway, tq for buying that car from us! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top