♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, May 19, 2010

Hijab bersanggul tinggi, haram!

Kat facebook, ada kengkawan yang share cerita pasal hijab bersanggul tinggi yang menjadi trend sekarang ni. Dan rupa-rupanya ada hadis mengenai trend tudung tu. *See... ini salah satu kebaikan facebook. Saling menyampaikan dakwah islamiah...*

So, di sini aku ingin berkongsi pulak dengan semua pembaca blog aku. Mungkin lepas ni, saper yang terbaca pasal ni boleh sampaikan pulak pada yang lain...

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :

"akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka(isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat" - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah S.a.w. telah bersabda :

"2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini." - Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Malik dan selain mereka. Hadith ini adalah hadith sahih.

* * * * *

So, kengkawan, semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang terlaknat. Nauzubillah...

10 comments :

ICA said...

Julie, bagus sungguh u letakkan post ni...Mmg bagi ilmu to those like me yg tak tau pun pasai benda ni. Thanks ya...

PS: dpt pahala tu.....amin.

Anonymous said...

tapi kenapa ye? maksud saya logiknya....

FAM said...

salam. my first time here. i link urs k. masa mula2 tgk trend sanggul tinggi2 ni dah rasa semacam. pelik pun ada nak2 yg over tinggi sanggulnya. anyway, thanks for sharing info. dpt sedikit ilmu thru blog-hop.

isz_3707 said...

erkk, aku xde sanggul tinggi setakat ikan rambut je, xpeke ek? ikat rambut sebab sng nak pakai tdg. xdela sampai tinggi camtu. harap2 aku xtergolong dlm org yg di laknat, Subhanallah

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

mula2 i rasa tak logic. apa salahnye coz janji tutup aurat. so i kaji a few hadith sahih & events sebelum kluarnye kata2 dr mulut rasulullah.

i dok kaji punca kluar hadith ni & found out among it mmg sebab dia serlahkan ayu & lenggok wanita.

moreover, rasulullah pernah kata, once perempuan tu kluar dr pintu rumahnye, setan akan tabur sesuatu yg buat kita ni nampak menarik supaya boleh goda attention org luar.

nak pulak ramai guys suka ladies rambut panjang..so bila bersanggul tinggi, bg illusion yg kita ni ayu berambut panjang..even some dah bygkan being in bed with goddess with long silky hair. so makin menjadi la imagination si lelaki luar tu.

ni semua sama gak dgn hukum napa haram for us ladies utk pakai brg kemas & bg lelaki luar tgk. bukan sebab riak aje, mmg sebab setan tu buat kita look more attractive.

apa2 kita buat, walaupun sebenarnye untuk diri & cantik berhias utk suamai, but setan tu ada aje cari cara nak worsen condition kan?

so i cuba sedaya upaya berniat sebaik boleh time bersiap sebelum kluar rumah tu..takut2 la kan terjebak...

*juliet le sweetheart said...

Mama miya, sangat setuju dengan komen u!

Dila My said...

:D sy pun share dr kawan gak...

Sy. Fatmawati said...

thanx for the info.tapikan..mmg nmpk kelakar sanggul tinggi pakai tudung.;)

HuSkY PiNkY said...

thanx for the info..i've wore it since zaman2 u lagi..sebab masa kat uia dulu macam trend..maklumlah ramai mak arab kan..haha..anyway i'll try to lower it down kebenjolan itew..anyway thanx again...

TyMy said...

lately, i found most of my gb frens post pasal ni, and since then rasa insaf okeh, coa am one of them yg pakai sanggul tinggi...

insyaallah after this am not gonna wear those fake sanggul anymore...sometimes we just follow without knowing further kan, main belasah jerk asalkan cun..

tapi kan my rambut mmg already panjang, and even i tak pakai fake sanggul tu, its still nampak lah, but not setinngi mcm pakai fake sanggul, camner ekk...coz kalau pakai tudung and tak gulung rambut mmg rimas giler...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top