♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 6, 2010

Remaja menyimpang wajar ditegur

Alhamdulillah... hari ni artikel enche Neezam tersiar lagi di surat khabar. Tapi kali ni di surat khabar Berita Harian pulak. Artikel yang sama tersiar kat Utusan Malaysia hari Khamis yang lepas.

Remaja menyimpang wajar ditegur

SEJAK akhir-akhir ini laporan kes rogol gadis beramai-ramai semakin menjadi-jadi. Maruah anak gadis kini diancam golongan lelaki bernafsu binatang dan keji itu. Sangat menyedihkan apabila membaca laporan Berita Harian 2 Mac lalu bahawa seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dirogol bergilir-gilir 15 lelaki selepas menerima ajakan seorang lelaki bersiar-siar secara paksa di kawasan perkelahan dekat Sungkai, baru-baru ini. Bayangkan andai perkara sama terjadi kepada ahli keluarga kita, apakah agaknya perasaan kita saat itu?

Jika diamati kronologi kebanyakan kes sebegini, ada banyak punca perlu diberi perhatian semua pihak, antaranya faktor kebebasan tanpa batasan diberi ibu bapa kepada anak. Kononnya generasi zaman sekarang perlu diberi ruang memilih jalan hidup sendiri. Maka, anak diberi 'lampu hijau' untuk bercampur-gaul dengan golongan rakan yang disenangi mereka. Akibatnya, anak ini tersalah memilih rakan.

Sikap ingin mencuba perkara negatif di kalangan remaja selalunya membawa padah. Mereka terdorong mencuba sesuatu yang nampak menyeronokkan bersama rakan tanpa memikirkan kesan buruknya. Dalam kes rogol beramai-ramai ini, remaja lelaki kelihatan lebih 'berani' melakukannya apabila bersama rakan yang ramai.

Wujud juga faktor 'kerelaan' anak gadis dalam perlakuan seks bebas dengan rakan. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bermula dengan aksi ringan, ia kemudian mengundang kepada aktiviti seks.

Pengaruh gaya hidup sosial terlalu terbuka seperti dipaparkan dalam internet dan media massa banyak mempengaruhi keperibadian serta pemikiran remaja kini.

Usia remaja adalah peringkat anak melalui transformasi daya berfikir dan bertingkah laku seperti orang dewasa. Mereka sentiasa berkonflik dengan diri sendiri untuk memilih dan menentukan gaya hidup yang diingini. Justeru, ketika remaja diberi kebebasan dan toleransi, tetapi perlu ada batasan yang jelas dan tegas berasaskan prinsip keagamaan, moral dan kebudayaan.

Masyarakat juga berperanan sebagai ejen pelengkap dalam mencegah permasalahan sosial dalam kalangan remaja. Tegur dan cegah jika mampu andai kita terlihat perilaku remaja yang kelihatan menyimpang. Jika tidak mampu melakukannya sendiri, lapor kepada pihak sewajarnya seperti polis.

Pada masa sama, langkah perawatan sangat perlu bagi remaja mangsa rogol. Mangsa wajar diberi pemulihan, bimbingan kerohanian dan kaunseling untuk mengatasi trauma dan tekanan.

Kepada perogol dan pihak yang menjaja aktiviti dan bahan lucah perlu dihukum lebih berat sekali gus menjadi pengajaran buat remaja supaya tidak terjebak dan hanyut dalam arus kebejatan sosial.

KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
Fakulti Kepimpinan
dan Pengurusan, USIM.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top