♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 26, 2009

Kenapa 28 April?

Rentetan daripada post aku yang lepas, ada ramai kengkawan yang tanya; Kenapa 28 April? Apa yang istimewanya tarikh tu?

Well... tak der yang istimewa pun tarikh tu sebenarnya. But it will be a special date, a very special date when the baby comes out, of course! :)

Sebenarnya tarikh tu bukanlah aku atau Neezam yang pilih. Tapi gyne yang kasi atas sebab-sebab berikut:

♥ 1 ♥

Bila dah compom nak buat c-section, tarikhnya mesti cepat dua minggu daripada due date baby yang sepatutnya. Alasannya, tak nak aku tetiba rasa sakit nak terberanak sebab high risk bagi aku dan baby sebab aku tak buleh bersalin normal. *berapa banyak 'sebab' daaaa...*

♥ 2 ♥

Gyne tu doktor pakar dan dia sendiri yang akan wat c-section kat aku nanti dan dia hanya available kat Northpark Hospital tu pada hari Selasa jer setiap minggu. Hari-hari lain service dia kat hospital private kat city. Apa ntah nama hospital tu.

So, disebabkan dua sebab-sebab di atas, dapatlah tarikh 28 April tu.

Kalau boleh aku dan Neezam nak 6 Mei. Sebab Niesreena dan Neezam lahir 6hb; Neezam, 6 Febuari & Niesreena, 6 Disember. Manakala aku plak lahir bulan 6. So, kononnya 6 tu macam signifikan jer dengan kitorang. Konon... Hehehehe... Tapi tak per lah...

Apa-apa pun tarikhnya, aku berdoa agar semuanya akan selamatlah. Doakanlah semuanya selamat yer kengkawan.


*juliet le sweetheart : baby boy sangat aktif di dalam belly, Niesreena sangat aktif sekarang ni, aku? penat...



2 comments :

Mas said...

slalunya kalau confirm c zer mmg dia akan buat awal lebih kurang dua minggu awal dari tarikh jangkaan.supaya tak rasa apa2...yer ker...same case cam sofea dulu..tak rasa pun sakit nak bersalin tahu2 jek sofea dah selamat dilahirkan..alhamdulillah..mas doakan semoga dilancarkan segala urusan...kem sala kat nita k...

*juliet le sweetheart said...

Mas, awak dulu ceasar ker? Hmmmm... ikut rezeki orang kan... kalau tak bernasib baik, berjam-jam menanggung kesakitan sebelum bersalin; kalau nasib baik, sedar-sedar jer dah keluar jer baby. Harap-harap kali ni ok lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top