♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, March 3, 2009

First check-up

Setelah hampir dua minggu kat sini, hari ni baru Neezam berkesempatan bawak aku gi wat monthly pregnancy check-up. Kitorang wat check-up kat medical centre kat Reservoir as suggested by Fiza & Hamzah sebab doktornyer doktor wanita muslim.

Tadi first time aku dengar degupan jantung baby boy aku ni. "That's him... that's him..." kata doktor tu... Sebelum ni beberapa kali scan aku tengok jer jantung baby yang berdenyut tu. Hari ni baru dapat dengar.

Hmmmm... pening jugak nak explain kat doktor pasal check-up aku yang lepas-lepas kat Malaysia; sebab semua tulis dalam bahasa melayu... suntikan tu lah... suntikan ni lah... blood testlah... test tu lah... test ni lah... Dah tu tulisan doktor kengkadang tak dapat dibaca. Then bahasa-bahasa doktor ni kengkadang lain skit. Fenin... fenin... Akhirnyer doktor tu nak aku wat blood test sekali lagi. Adiuh! Lemah betul nak amik-amik darah ni. Dah lah salur darah aku ni jenis halus. Payah nak jumpa! Jarang jumpa kalau cucuk sekali jer. Dan seperti aku jangka, MA tu cucuk dua kali baru jumpa salur darah aku. Hmmmm... tu pun kira nasib baiklah tu. Kadang tu sampai 5-6 kali baru kuar darah!

Tadi kat medical centre tu, aku dan Neezam risau sangat sebab doktor tu kata Hospital Mercy dan Epping biasanyer dah penuh booking kalau tinggal 2 bulan jer lagi nak bersalin. Risau... habis tu kat mana pulak aku nak bersalin nanti. Tak kan kat rumah kot! Then doktor tu refer plak kat private hospital; Northpark Private Hospital. Nasib baik ada kosong. Lega... Hospital ni pun tak jauh dari rumah aku. Sama jalan; kat Plenty Rd gaks! Tapi apa yang merisaukan plak ialah OSHC cover ker private hospital? Kang kalau tak cover, kena plak bayar aud$10k, tak kentut berdarah kitorang kang. ;p Aduih... satu masalah lagi ek... Tapi doktor tu kata insurans akan cover. Cuma kitorang yang tak condifen selagi tak rujuk betul-betul dengan OSHC. Lagi pun kengkawan kat sini kebanyakkannyer bersalin kat public hospital. Kalau cover, kenapa diorang tak prefer private kan? Kan lagi best. Haaaiiii risau... risau...

Tadi, selagi tak sampai kat rumah, tak bukak laman web OSHC, kitorang memang risau sangat. Haaaiiii... tak tau lah nak bersalin kat mana kalau OSHC tak cover kan? Tapi... alhamdulillah... rupa-rupanyer OSHC cover. So, legalah... Insya Allah aku akan bersalin kat Northpark Private Hospital. Hmmmmm... harap-harap dipermudahkanlah segala urusan lepas ni...

Kalau nak banding buat check-up kat sini dengan kat M'sia, aku suka lagi kat M'sia tanahairku... :) Sebab kat M'sia diorang check bebetul setiap kali datang; tekanan darah, air kencing, berat, mata, kaki, then ukur kandungan, ada jugak nasihat-nasihat yang diorang bagi. Kengkawan kat sini kata *yang dah pergi berkali-kali untuk check-up* diorang hanya check basic jer; tekanan darah jer kot. Hmmmm... kalau kat M'sia, lengkap! Best! Siap bagi suppliment lagi. Kat sini kena beli suppliment sendiri. Haaaa... untung jadi rakyat M'sia kan... hehehhe...


*juliet le sweetheart : angin tersangatlah kuat hari ni... dengar kata 150km/j...



4 comments :

Kak Thasa said...

Eh..betul ke private hospital dia cover? Akak pernah e-mail OSHC, dia kata x cover utk private. Public hospital je yg boleh. Suruhlah Neezam call, make sure betul2 cover. Sbb masa mula2 check up kat GP, dia refer akak kat Northpark jugak. Quotation utk normal delivery dlm AUD$2K +++.
Julie sama mcm akak lah, susah nak amik darah. Sampai 5-6 kali baru ok. Sampai midwife peluk2 akak laa...pujuk sebab kesian sangat hehehe. Itu laa...kat sini dia org tak amik berat badan kan? Akak masa hari tu dia check tekanan darah, ukur perut, air kencing & check heart beat aje. Tapi diaorg very friendly & concern kan.... byk bagi advice, info & discussion, jd taklah gabra sangat....

*juliet le sweetheart said...

Tq kak Thasa... Neezam pun dah email OSHC tanya pasal benda tu tapi diorang tak balas lagi. Call berkali-kali asyik mesin jer yang jawab. Kena compomkan bebetul kan... Kang tak pasal kena bayar berpuluh ribu dollar plak. $$$$$$ Tapi kalau baca kat website OSHC tu memang dia ada tulis diorang cover kecuali yang datang dengan visa tak lebih dari 3 bulan. Hmmmm... kalau diorang tak cover gak terpaksalah cari jugak public hospital walaupun jauh... :(

lindahpadlee said...

Julie eko try confirm betul2 k..macam Thasa cakap tu betul. Usually OSHC tak cover unless they spesify. Kalau coverpun mesti skit jerk..all the best

*juliet le sweetheart said...

Ye... kitorang sedang berusaha mengkompomkan sekompom kompomnyer... ;) tq!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top