♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, May 24, 2014

Kerutup ikan bawal

Assalamualaikum. Ola peps!

Dimanakah korang-korang semua dihujung minggu ni? Aku dan keluarga lepaking kat IOI Putrajaya. Husband kerja manakala aku dan anak-anak enjoy the bed and pool!

\(^-^)/

Post kali ni sebenarnya nak kongsi resepi

Kerutup Ikan Bawal

Sejak aku post tentang

Tips memasak yang menjimatkan masa bagi wanita yang bekerja,

ramai yang minta resepi kerutup udang yang aku tepek kat post tu.

Tapi hari ni, kerutup ikan bawal yer kengkawan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-

Ikan
Santan
Garam dan gula
Air asam

Untuk menumis, bahan-bahan di bawah ni perlulah dikisar.

Serai
Bawang merah
Bawang putih
Cili giling

Cara-caranya:-

Goreng ikan dengan kunyit dan garam terlebih dahulu dan ketepikan.

Kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar dengan api sederhana besar. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.

Masukkan sedikit air asam dan sedikit santan pekat. Kacau sekejap dan boleh masukkan ikan yang telah digoreng tadi.

Siap! Senang jer kan?

Kerutup ni sesuai dimasak untuk udang, ketam, ayam dan ikan. Mungkin ada sesetengah orang suka juga kalau buat daging keretup. Kalau nak masak kerutup ikan dan ayam, ikan dan ayam perlulah digoreng terlebih dahulu. Kalau udang atau ketam, tak perlu goreng. Masuk jer macam buat sambal udang. Ikan yang sesuai untuk masakan ni ialah ikan bawal dan ikan cencaru.

So, bolehlah korang masak untuk lunch sat lagi.

Selamat mencuba! And enjoy your weekend!

Niesreena & Naufal... bila nak naik ni???

Friday, May 23, 2014

My pantry room

Ola! Olaaaaa!

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang barakah.

Hmmmm... malam tadi sempat jalan-jalan loncat-loncat blog, tersinggah kat blog

Susun Atur Sioca

Suka singgah kat blog ni sebab suka idea blogger mengemas dan susunatur rumah. Aku memang suka intai-intai blog yang suka kemas-kemas rumah ni. Boleh cedok idea dan mood mengemas.

Uiksss... kat blog Susun Atur Sioca ni ada cabaranlah. Ada berani tak? Huhuhu...

Hadiah untuk cabaran ni ialah pop-up spice rack ditaja oleh

http://mylifeconcerto.blogspot.com/

Macam menarik jer... Nak trylah! Cuba nasib!

This is my first time doing challenges on blog!

(^-^)y

Cabarannya ialah

Sudut Istimewa Rumah

Kiter orang perempuan ni, kalau boleh setiap sudut dan ruang kat rumah nak jadikan istimewa. Tapi ruang istimewa dan peribadi kat rumah selain bilik tidur tentulah ruang dapur! Kalau dapur best, masak pun berdouble-double best!

Semua wanita mengimpikan dapur yang selesa dan kemas. Begitu jugak aku. Tapi ada satu ruang dibahagian dapur yang merupakan tempat favorite aku iaitu ruang pantry!

Oooooppppp... chop! Gambar atas ni bukan pantry rumah aku. Besar dan kemas sangat! Oh! But how I wish it is mine!

(^-^)y

This is mine...

Welcome to my pantry room!

Kecik comel jer kan...

Di ruang pantry ni, aku simpan segala mak nenek - stok-stok masak, peralatan dapur dan lain-lain.

Kat bahagian paling atas rak, aku letakkan barang-barang yang jarang-jarang digunakan.

Kat bahagian tepi tingkat bawah sikit ni, aku letakkan segala bawang-bawang dan rencah untuk masakan.

Letak kat sini sebab senang capai. Table top kat dapur tak muat nak letak sebab table top wet kitchen 'comel' sangat! Huhu...

Bahagian ini pulak...

Segala stok-stok sabun dan bahan basuh.

Dan stok makanan kering.

Kat bahagian bawah sikit, aku letakkan jajan. So, Niesreena dan Naufal senang capai.

Hmmmm... ini ialah bekas simpanan plastik DIY.

Kalau nak mudah ambil plastik, boleh baringkan macam ni...

Aku pernah post dulu. Nak tau macam mana buat dia, boleh klik sini DIY Bekas Simpanan Plastik

Bawah ni ialah bekas simpanan beras - from Tesco.

Stok dalam pek aku akan simpan dalam kontainer bawah ni supaya tak menjadi tarikan semut atau serangga.

Buku-buku resepi aku letakkan di atas peti sejuk yang comel dalam pantry ni.

Di dalam peti sejuk comel ni, tentulah aku simpan segala stok-stok yang perlu disejukkan.

Ruang pantry ini adalah bersebelahan dengan dapur kering.

Seriously, aku memang suka ruang ni. Masa kat tinggal kat Waterdale, Bundoora dulu; apartment kitorang tu pun ada bilik pantry. Seronok susun barang - dah macam kedai runcit! Huhuhu... Insya Allah, kalau ada rezeki nak reno rumah kat Sepang nanti pun nak buat bilik pantry jugak! Boleh yer enche Neezam?

y(^-^)y

So korang! Jom lah join cabaran ni!

Thursday, May 22, 2014

Like, like, loiiikkkeeeee!

Ola! Ola!

Semalam boring-boring tunggu client sempat blogwalking.

Singgah beberapa blog then tengok beberapa personal blog ni ada like fanpage button. Tau tak? Alaaa... macam kat page beautifulnara.com tu. Macam bawah ni...

So, terdetik plak hati macam... nak buat jugak!

Tapi...

ada orang nak 'like' ker?

Hahahaha...

Tak kira! Janji ada satu! Korang lepas baca kena 'like'!

Hehehe... boleeeeehhhh????

y(^-^)y

'Like' cepat!!!

Huhu...

Tak derlah... Tak sudi 'like' pun tak per... Blog kite pun sekadar suka-suka jer. Letak gadget ni pun sekadar suka-suka jer.

Tapi saper yang dah 'like' tu, terima kasih yer...

(^-^)y

Tujuan aku letak gadget ni sebab gadget follower kat blogger untuk blog aku ada error. Entah kenapa tak appear. Then tak boleh nak reinstall. Yang ada pun gadget follower untuk Google+. Hmmmm... kalau sudi, lai lah, add to my cycle. Ada button kat bawaaaaahhh post ni. Scroll laju-laju yer.

Pada blogger-blogger kat luar sana, aku rasa gadget kat fb ni bagus gak kalau letak kat blog. Sebab kalau korang update blog, then kongsi kat fanpage blog kat fb then follower akan update. Sebab sekarang ni aku rasa orang jarang check email tapi kerap check fb! Betul tak?!

Macam aku, hari-hari check e-mail company jer. Personal email dah lama tak check. So, notification sumer tak update. Sekali sekala check personal email pun kalau ada keperluan jer.

So blogger! Jom letak gadget ni satu kat blog korang!

Bolehlah aku 'like' dan 'follow'!

back to top