♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, August 3, 2021

Bekas simpan ikan Mr DIY

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Semalam ada update kat IG story, gambar bersihkan dan simpan ikan ni. Tak sangka ramai pulak yang DM tanya mana beli bekas ikan yang panjang tu.

Bekas ni beli lama dah kat Mr DIY. Rasanya macam dah tak der jual dah kot. Atau mungkin masih ada lagi dijual disesetengah branch, tapi kat tempat aku tak der.

Aku suka bekas ni. Senang nak simpan ikan yang besar-besar dan panjang dan jimat space. Tapi yang paling aku suka sekali sebab penutup dia lekat sekali. So tak der lah asik nak mencari jer penutup gi mana.

Dalam freezer aku, ni jer lah yang muat. Peti ais tak besar mana. Kenalah pandai susun nak masukkan segala mak nenek dalam tu. Huhuhu...

Barang-barang kecil lain aku simpan dalam bekas 'tipuware' jer lah.


Alaa korang kalau cari kat shopee ada banyak sangat bekas-bekas kontener dengan pelbagai saiz, harga dan fungsi. Cantik-cantik semua.

Aku nak share sikit tips untuk memaksimumkan penggunaan ruang untuk di dalam peti ais.

(1) Sediakan bekas pelbagai saiz untuk menyimpan barang. Cuba elakkan bekas berbentuk bulat dan gunakan bekas berbentuk segiempat sebab bentuk segiempat lebih kemas dan menjimatkan serta memaksimakan ruang.

(2) Gunakan bekas lutsinar supaya boleh nampak isi di dalam bekas. 

(3) Labelkan setiap bekas, kalau menggunakan bekas tak lutsinar. Tapi kalau guna bekas lutsinar pun boleh label gak sebab kadang-kadang bila sejuk, tak nampak juga apa isi dalam bekas tu kan. Dengan ini, akan lebih menjimatkan masa nak cari barang dan nak fikir nak masak apa. 

(4) Labelkan tarikh luput atau tarikh disimpan. Sesetengah barang yang ada tarikh luput bolehlah dilabel dengan tarikh luputnya sekali. Contohnya macam cili boh, kerisik dan lain-lain yang ada tarikh luput. Atau tarikh korang simpan, supaya korang boleh ingat berapa lama dah benda tu tersimpan dalam peti ais. Contohnya - kuah laksa frozen yang korang buat sendiri.

(5) Gunakan bekas yang bertutup supaya boleh disusun bertingkat-tingkat.

(6) Simpan barang di dalam bekas mengikut saiz. Maksudnya kalau bendanya sikit atau kecil, simpan dalam bekas kecil. Kalau bendanya banyak atau besar, simpan dalam bekas besar.

(7) Elakkan guna bekas yang ada separator. Bekas yang ada separator atau pemisah ni bagus kalau setiap bahagian ada barang. Tapi kalau satu bahagian dah kosong, jadinya membazir ruang. Kecuali kalau setiap ruang memang berisi, then okay.

(8) Elakkan bekas yang ada tangkai atau pemegang. Membazir ruang!

(9) Elakkan gunakan bekas aiskrim sebab nanti anak-anak ingat ada aiskrim dalam peti ais. Padahal korang simpan ikan. Ngamuk tak ingat kang budak tu. Huhuhu...

K lah... tu jer tips from my point of view. Mungkin korang ada gak tips-tips lain. Jom kongsi!


No comments :

back to top